Showing posts with label hidupku sebagai doktor. Show all posts
Showing posts with label hidupku sebagai doktor. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

i still dont understand! penyesalan jadi doktor?

salam subuh semua..hehe.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk mengerjakan solat subuh pada hari ni.. tiba2 terdetik nak usik blog aku ni.. merajuk dah dia, tak kene belai berapa bulan dah.. heheh..

1st thing is, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinNya aku berjaya tamatkan latihan housemanship aku tepat 2 tahun seperti yg dikehendaki oleh KKM. dulu tak sabar nak habis HO, sekarang dah jadi MO, byk bebanan yg ditanggung, sebab sekarang dah tak bleh nak discuss2 dengan MO dah, but dah kena start buat keputusan sendiri..

well, aku sgt berminat dengan surgery, tapi kerana tiada kekosongan, aku dicampakkan ke department kecemasan dan trauma sementara menanti kekosongn yg tidak tahu kapan akan tiba. mungkin terus balik semenanjung je nnti.. heheh...

kehidupan di unit emergency and trauma department atau nama glam dia ETD, sangat menguji diri ni. dari segi tahap kesabaran, tahap kekuatan mental, tahap kepintaran, tahap membuat keputusan dan pelbagai tahap lain.. hahaha.. sangat menarik, but then sangat scary.. hahah.. yelakan, dalam hospital ETD adalah first liner. semua pesakit ETD yang terima dahulu.. kat sinilah kita kene perah otak, memikirkan diagnosa2 penyakit yg dimiliki pesakit dan menstabilkan pesakit2 yg tidak stabil sebelum dibawa ke wad2 yg berkenaan..

okay cukup disitu.. tujuan aku menulis hari ni, bukanlah sebab nak cerita pasal pengalaman aku kat etd, which is nnti aku akan buat post lain la pasal pengalaman di ETD.

tujuan aku menulis hari ni adalah kerana aku masih tidak faham kenapa masih ramai pelajar2 yang masih tergila gilakan bidang medic ni.. khususnya doktor perubatan.

mungkin mereka tidak sedar bidang ini sangat tough. dan mungkin mereka tidak sedar lambakan pelajar perubatan sekarang yang lambat laun akan menyebabkan adanya lambakan doktor2 di Malaysia yang sekarang sudahpun dapat dilihat.

setiap tahun, malaysia akan melahirkan tidak kurang dari 4000++ doktor pelatih. dah banyak sgt sekarang. rakan2 saya yg menjalankan housemanship di semenanjung yg telahpun mula menjadi medical officer, banyak yg "floating" kerana tidak banyak tempat atau kekosongan di hospital2 semenanjung untuk jawatan itu. ada yang kena floating di bank darah, di makmal perubatan dan pelbagai lagi.

doktor2 contract yang diambil dari negara luar contohnya india, myanmar, pakistan, pun mulai tahun ini sudah tidak lagi boleh menyambung contract mereka setelah expired kerana memberi ruang kepada doktor2 tempatan untuk bekerja. 

ini merupakan satu situasi yang mengkhuatirkan. apa lagi buat adik2 yg baru sahaja berjinak2 sebagai medical student.

bukan saya ingin menakutkan. tapi ini adalah hakikatnya. sedangkan saya sendiri berasa takut kerana ini bermakna saya kena cepat untuk mengambil master atau spesialisasi. kerana dengan kadar graduasi pelajar2 perubatan, tidak mustahil dan sudah pasti perebutan kerusi untuk mengambil master akan terjadi.

ada ura2 yang mengatakan mungkin akan bermulanya sistem kontrak untuk medical officer. dengan erti kata lain, kalau u bagus kontrak u kene sambung, kalau u kurang bagus, u harap la org lain lebuh kurang bagus, kalau tak, bye2.. kalau sampai ini terjadi, mmg makin banyak la klinik2 swasta tumbuh yg sekarang ni pun dah macam cendawan tumbuh selepas hujan.

competition semakin hebat, kene kuat kalau nak berada didalam bidang ni.. seriusly aku pun tak hebat mana pun. tapi cuba untuk menghebatkan diri, kalau tidak, susah nak pegi lebih jauh.

itulah sebabnya aku tak faham kenapa masih ramai nak amik medic.

seriously bagi mereka yg belum terlambat, tolonglah fikir masak2 betulke memang nak ambil medic. lainla kalau mmg korang dah minat sangat. macam dalam post saya sebelum ni, saya dah cakap, tak semestinya result power kene amik medic. tidak sama sekali. ambilllah bidang lain. sebelum anda menyesal.

mak ayah pun, jgnla paksa anak2 tu amik medic, kalau mereka tak mampu, takpayahla sanggup habiskan duit hantar anak keluar negara. medic tu tak menjanjikan kekayaan. banyak bidang lain yg boleh buat duit. serious. apalagi sekarang kita dah masuk zaman dimana tahap pendidikan bukan lagi penentu derajat kekayaan seseorang.

dan sekali lagi, saya bukan nak melemahkan semangat kamu semua.. tapi ini adalah hakikatnya. sesuatu yg kamu kene hadapai apabila kamu grad nanti kalau kamu ambil bidang ni.. syukur sebab adik saya dengar cakap saya dan dia ambil doktor gigi walaupun dia juga dapat tawaran biasiswa untuk mengambil perubatan.

huerm cukup tu saja la kut. renung dan fikir fikirkanlah.

sekian.

wassalam
dr3142


Thursday, June 14, 2012

kenapa nak jadi doktor??


kenapa nak jadi doktor? tulah persoalan yang kadang timbul kt diri aku.. tapi aku simpan utk diri aku sendiri je la jawapan dia.. haha... 

so aku juz nak share bebapa sebab atau sumber inspirasi yg mungkin menyebabkan seseorang nak jadik doktor... hehe..

p/s: ni opinion aku je..lolx

Masa kecik-kecik zaman tadika
main2 depan tv pastu ada iklan susu.. Nespray ke Dumex ke.. dalam iklan tu kalau minum susu nanti jadik pandai, pastu kononnya bila mak sakit, kita bagi ubat la, sapu minyak la apa la sambil pakai stetoskop mainan... so maybe terinspirasi dari situ la kot... hehe

Masa masuk sekolah rendah
masih ingat masa mula2 masuk sekolah rendah? ada beberapa form yang kene isi kan, tapi parent la yang isi... aku tak tau la korang kan, tapi yang aku tau, bila aku tengok borang tu, dalam tu dah memang parent aku (yg aku rasa bapa aku tulis la kan, sebab tulisan beliau..lolx) tulis cita2 aku dah besar nak jadik apa, 1st doktor, 2nd Guru 3rd polis... hahaha... so maybe sebab dah termindset dari situ utk jadik doktor.. hahahah...

Masa masuk sekolah menengah (menengah rendah)
masa menengah rendah, masa ni macam krisis kerjaya, hahaha...cuma tau target nak masuk kelas sains masa menengah atas nanti.

Menengah atas
time ni banyak member semua nak jadik doktor, so maybe terpengaruh la nak jadik doktor kan, member semua nak doktor kita pon nak jugak, pastu ada doktor bagi ceramah kat sekolah kan, muda kacak, pastu plak doktor ni disinonimkan dengan kaya...muahahahahha (plz korang jgn tipu, even ko ckp jadik doktor sebab nak berbakti kepada masyarakat, but deep inside u, u nak duit jugak kan?).. so mmg terinspirasi la kan..

lepas dapat result SPM
tup2 dapat result SPM bagus kan, so mesti la apply mana2 samada engineer tak pon doktor kan? stigma masyarakat "ko result power, amik medic la, sia2 je ko belaja pandai2 result gempak tapi amik course bese2 je"..lainla kalau ko macam liyana jasmay dalam papadom, result 20A tapi amik meskom, bukan nak kata meskom tu noob ke apa, tapi mcm tak logik la kan straight 20A tak amik medic or engineering.. hehehe ..so bila member2 ckp mcm tu, makin berkobar2 la nak amik medic, sebab medic ni disinonimkan dengan bijak, pandai...walaupun ada yang dalam hati tak minat pon medic.. btol tak? btol tak?

and ada juga yang time ni, nak amik course len, tapi parent cakap, "nak, amikla medic, nanti senang nak keje" ada jugak yang macam ni "kau je la harapan keluarga ni, mak ayah nak jugak bangga ada anak jadik doktor" and yang paling tak bleh elak macam ni " ayah kau dah tak lama dah, dia teringin sangat ada anak dia adik doktor, bleh jaga dia"..........and ada yang lebih sadis "mak ngn ayah kata medic, medic la, no medic, no pocket money, not my son" lagi2 plak, anak orang hebat2, jiran kawan mak ayah anak semua nak doktor je kan, anak ko ada? haha..so, walau hati berat, tapi demi parent, medic lah jalanku...loolx..

first 3 year medic
ni bagi aku la kan.. huerm, best jugak belaja bende ni, sebab macam tau tentang ur human sistem, tapi penat , arghhh... malasnya... dah la belaja lama, time ni bagi orang yang mmg passionate ngn medic, mmg akan terus jalan tanpa menoleh belakang dan lulus itu adalah hal yang pasti bagi mereka, yang half passionate, layan je... lulus, lulus la tak lulus, repeat je la, rilek sudah... nanti jadi doktor gak.... bagi yang lansung tak passionate, tak yah la pi kelas, malas, bukan faham pon, bende ntah, banyak gila benda nak kene hafal, bek tido...

(seriously time ni aku rasa aku half passionate je)

clinical year
time ni macam, arghhh... apa aku belaja selama ni, kenapa la aku nak jdik doktor, kenapa aku tak tau nak buat apa2 (bende ni kene kat aku..hahaha..padan muka, sape suruh tak sungguh2 masa teori).. 

time ni, bagi mereka yang btol2 suka medic ni, mmg smooth je, mereka tau setiap tindakan yang mereka lakukan, bagi orang2 macam aku  ni, kadang2 aku tak tau apa aku buat, aku ikut je... hahahha..

and bagi yang mmg tak ada hati lansung nak amik medic, mmg lagi la macam robot. buat je apa orang suruh...  pastu selalu MIA (missing in action).. lolx

final year
bila tengok member2 len dah keje, dah ada duit, dah kawen.. masa ni mostly akan "argghhhh...... kenapa dulu aku amik medic, arghhh...... nyesal nye..... belaja pon tak habis lagi.. orang len dah berumah tangga dah.... aku tangga rumah pon takder lagi....".. pastu bila pk plak nak deal ngan real situation pasni, walaupun dah grad still kegembiraan tu hanya sementara... " waaa.... mcm mana ni,, takutnye, pasni dah kene sendiri2.... berdepan ngan nyawa orang..  boleh ke aku deal ngn bende2 ni... aaaa..kenapa aku amic medic...."..lolx... tapi bagi orang2 yang hebat... "nothing to worry about, juz give the patient, with knife i will cut them open, with meds i will heal them all..come bebeh, come bebeh" hahahahah.... dan aku? ntahla...hahah

bila dah keje jadi HO...
waa... asyik oncall je,., ngntuk..... working hour plak, sadis..... pastu keje plak under pressure... high performance adalah satu permintaan...slight mistake, u will be shout at (in most hospital la based on my fren experience).. u did a gud job, no one will appreciate u, because u a doctor so thts ur level.. the worst thing is kalau kene extend, kalau kene extend, ho lebih 4 tahun, bye2 la... hah, time tu, kot ko nak keje kilang tapi pakai grad medic? -no offense utk pekerja kilang, tapi its reality, melainkn ko ada bisnes family, aku strong cable.. boleh la keje kat farmasi ke apa ke.. kalau tak? selaind dari jadik doktor, ko nak jadik apa?... hehehehhe.....

tetibe aku rasa macam dah lari dari topik kenapa nak jadik doktor.. wakakakka..... lantakla labu.. hahah...


so kalau mmg nak jadik doktor, seriusly
                 PASSION is a MUST!

selalu kalau ada doktor2 yang dah berjaya, bila bagi talk kat sekolah, dia akan cakap, "medic tu senang je, saya dulu tak belaja sangat pon".. padahal bersengkang mata sampai malam buta belaja, orang ajak men pon tak nak join... .

SO, jangan percaya bila orang cakap medic tu senang jee... hahahahha...... 

okaylah... saje je nak menhupdate blog ni, tatkala aku off hari ni...

salam

dr3142

and for me, seriosly he (dr house) inspired me alot.... muahaha... (put away those illegal thing he did)

Sunday, May 20, 2012

Budak 5 tahun dan pondok yang usang

hehehe.. budak 5 tahun dan pondok yang usang.... actually pondok yang usang tu merefer kepada apartment yang aku baru pindah ni, and budak 5 tahun tu merefer kepada kereta 2nd hand yang baru aku beli and dapat semalam.. wehuuu~ vroom vroom.. hehehe..

actually merupakan satu kepuasan bila dapat sewa rumah sendiri, beli kete, even 2nd hand sekalipun.. actually bila pakai duit sendiri, rasa macam, damn~ aku dah dewasa, makan berak tidur semua aku kene bayar sendiri dah skang, takder lagi FAMA macam dulu.. lolx..

master bedroom@bilik aku
Apartment yang aku duduk ni, dah lama dah rasanya usia dia, tapi takde la lama sgt, im guessing dari segi design, maybe max 10 years? who knows.. hehe.. okayla, ada dua bilik, satu mini kitchen, satu ruang makan, satu ruang tamu, dan dua bilik mandi (satu sangat besar) tapi disebabkan aku duduk master bedroom yang ada toilet kat dalam, so aku pakai toilet kecik je la..bilik aku ada aircondla tuan rumah bagi. masa nak pindah masuk rumah ni, banyak gak nak kene beli, itu la ini la, and i do installed a water jet pump + heater dalam toilet aku, disebabkan tekanan air yg pelan kat apartmnt aku ni.. but so far okayla apartment ni, sesuaila utk org bujang, takpon small family.. and right now, im waiting for a housemate...



ruang tamu - tv takde, tuan rumah anta repair, tapi aku request bagi jela TV plasma baru.. lolx
toilet master bedroom
ruang makan
mini kitchen + pull up bar aku bawak dari ipoh..lolx

my budak..lolx
kete aku plak, setelah aku survey semua kedai2 kete 2nd hand kat sandakan ni, akhirnya hati aku bertaut la kat sebijik kete ni, bukanla kereta mewah, kete biasa je, proton wira SE 1.5 tahun 2007. ni la yg aku rasa masih ok, suspension pon cun lagi, engine pon mengaum lagi, dan tak banyak gegar dan masalah. faham2 la sandakan, jalan lubang2 suatu ketika dahulu.. :)..amik masa dalam 4 hari la uruskan loan segala, sampai la aku dpt kete ni semalam (jumaat).. 

pagi tadi, aku bawak kete ni pi adjust alignment, timing, tukar spark plug baru semua, dan beberapa hal lagi.. tapi sygnye, timing tak dapat di adjust ngn btol, sbb kene pi pusat servis EON gak, memandangkan timing dia nak kene setting pakai computer... haih, kete buruk pon nak pakai computer bagai.. takpe, lain harila aku pi, sbb harini, EON bukak sampai kul 12 je.. aku datang tadi kul 1, so dah tutup... 

paperpon, aku puas hati la ngn kete ni, kene xtra care, memandangkan kete dah lama, so kene slalu aware la..setelah sebulan lebih kat sini, akhirnya settle down gak aku... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..

okayla nak tidoq dulu.. besok nak keje... lusa plak oncall.. till then peeps... Salam..

dr3142
adjust alignment



Wednesday, May 9, 2012

forever alone?

im post call today, meaning baru je habis oncall... it was my 2nd oncall for my first posting here.. if during my first "virgin" call, im having a well calm night, not for my 2nd one.. heheh... even patient juz come one by one, but they came continously from 10pm till 7am.. owh ya for junior, oncall will b as a first call, yang mana one person will cover for PAC (pt assessment center), antenatal, and post natal.. thnx gudness sbb post natal cuma ada satu prob je, which i have to refer a jaundice + high fever baby to paeds department.. so kene la tangguh kejap2 pt2 di PAC, i have to take blood from baby, run to the lab, get the result then baru i boleh refer paeds.. tapi Alhamdulillah, malamku berlalu dgn cepat n without much probs. :)

post call, kene ikut round then p clinic.. masa kul 11 pagi kat clinic, rasa macam dah sakit kronik dah ni, mata ngntuk gile,  badan dan "malaise" tahap belut tak jumpa air, n even bleh telelap sesaat dua masa tgh attend pt..naseb baik sesaat dua je, kala seminit dua, mmg cari nahas la kan.. hehe... habis je clinic, terus makan, then naik HO room menunggu jam 2pm nak balik. 20 minit dirasakan sgt lama.. haha.. angin aircond yang bertiup mesra, apalagi ditambah tiupan kipas menyebabkan aku dan member post call aku yg satu lagi (walaupun dia mcm cukup tidur je oncall malam tdi, sbb ward dia tak sbuk sgt) tetidur.. naseb baik terjaga balik jam 230pm, tu pun sbb tibe2 panas, disebabkan takder letrik.. lolx.. seb baik, kalau tak mau sampai pagi besok tidur... heheh..

balik rumah, sambung tidur, bangun juz untk semayang asar pastu tidur balik.. gila letih.. pas maghrib p carik makan, tak tau nak makan apa, aku pon p la McD, yang tak begitu jauh dari rumah aku kalau naik moto/kete la. terasa macam loner je duk kat mcd makan sorang2, tapi pedulikan, yg aku ingt masa tu hanya aku, perut dan burgerku.. hehehe.. ingt nak ajak housemate pi makan, tapi masing2 takder kat umah.. smua sibuk ngn urusan masing2. takpela.. 

owh ye besok aku off, n pindah rumah.. hehe.. so, aku mmg akan forever alone la buat sementara waktu, sampai la ada orng nk jadik osmate aku.. haha...

ok la, malam sudah, kene tidur, nak save energy utk pindah esok.. :) till then peeps!

Tuesday, May 1, 2012

Sandakan: so far how it goes..



langit sabah; adakah itu gunung kinabalu?
Pejam celik pejam celik, dah 2 minggu aku kat sandakan, tak terasa masa berlalu dengan begitu cepat.. blog pon dah berghabuk tak update, ni baru la nak update, tu pun teringat nak update sbb bukak email, ada comment yg request buku medic..

sandakan, apa yang aku boleh ckp. its a "pekan koboi" town. jam 6, semua kedai dah tutup, hanya meninggalkan beberapa kedai makan dan kelab2 malam. tagging selama 2 minggu dari jam 630 pagi sampai 10 malam, menyebabkn kfc dan satu restoran nasik kandar menjadi destinasi aku memuaskan nafsu perutku dikala malam hari. panggung wayang plak, ada satu je, ala2 cinema india kat ipoh, tapi buruk skitla.. hahah.. but, not bad la.. siap ada langsir kat dinding dalam wayang tu yg fungsi dia aku tak tau utk apa.. hahaha..

buat masa ni, aku mmg hidup sebagai parasit, duduk kat bilik orng, pinjam moto orng, haih, apa la nasib, tapi naseb baikla ada kawan kat cni, kalau tak? tak tau la kan apa jadi.. credit to dr aziz shaukani for his house n his bike. maybe dalam seminggu dua lagi, aku akan pindah ke apartment, dan bila masuk bulan depan, aku akan mulakan misi mencari kereta 2nd hand plak.. nak kawen beb, kene jimat. hehe..

sampai sudah airport sandakan
Alhamdulillah, semalam aku dah officially off tag, harini off, esok aku dah start first on call aku.. scary weyh!sbb aku sorang2 kene handle 3 wad (PAC, MAT and Postnatal).. haha.. mula2 risau gak kene extend tagging ni, yela, first posting, dah kene kat OnG, siap kene warning lagi first day. mula2 mmg specialist taknak terima aku masuk OnG, sbb aku baru first posting, pastu bukan dari local U, so nnti susah nak adapt dengan cara main kat sini. tapi akhirnya diorang terpaksa gak terima sebab by the end of may, ramai yg cuti n habis OnG, so tak ckp orng..teringat kata2 one of my specialist during first day " fairuz, u must work hard ok? kalau ada org yelling2 at u, u simpan je dalam hati..ni first 3 day u kat labour room, i expect u to have at least 10 delivery..".. masa tu, gemuruh dalam hati aku, hanya Allah yang tahu.. hehe..tapi Alhamdulillah, walaupun lamabt pick up skit, but i try to learn n learn..its a bit hard nak adapt actually, tpi i know nak tak nak, i must do it! setiap pagi, bila nak pi keje mindset aku adalah "dont scared, tak kisah ko belaja kt u mana sekalipun, yg penting ur attitude!"...bagitula aku lalui hari2 aku.

my temporary transport
mula2, macam berat sebenarnya nak p sini, tapi bila dah kat cni, aku dpt rasakan, aku dah pilih tempat yg betul, HO kat sini ada dalam 100++, tak skit, dan tak ramai, sedang la. environment hospital best, people here are kind, staff nurse, nurse, semua baik2. apa lagi di OnG, sangat best, tak sombong dan tak kedekut nak ajar. so takdela aku malu nak tanya walaupun nampakla kebodohan kita ni, haha.. tapi apa nak kesah, yang penting aku belajar kan. MO sporting2 je, cuma bila pt banyak, stress la skit kan, apa lagi kalau yg datang dah kritikal2, fetal distress la, PPH la apa la.. specialist pon ok, baik je, kalau mmg salah dia marah la kan, tapi kalau tak salah, takde sebab ko nak kene marah. cuma ada la specialist dari department lain yang katanya mmg garang.. tapi takpe, kalau kita nekad, ikhlas, insyaAllah, semuanya akan dipermudahkan, yang penting jangan tinggal solat.

kepada member2 kawan2, jomla ke sandakan, 2 tahun je, nnti MO, mintak la ketempat lain..hehe.. wateva it is, even im having a hectic, and bz life now here, but at the same time, i do enjoy my life here.. okaylah.. till then peeps! :)

disinila tempat aku kerja

Saturday, April 14, 2012

Berakhirnya Induction, bermulalah sengsara lolx..

hari ni (jumaat, 13 april), berakhirlah sudah kursus induksi aku kat corrus paradise resort, port dickson... okla tempat ni, hotel dia not bad, tapi yg pling best, makanan dia, mmg sedap.. haha

-bersukan di petang hari; corus paradise resort PD-
at first i thought, kursus ni akan sgt membosankan tahap gaban, but in fact, its quite nice, cuma yela, ada certain penceramah mmg mengantuk gile dengar dia ckp, apa lagi, bahan2 dia, semua tentang kerajaan, perintah am, budaya korporat, and bla bla bla.. but who cares when u juz have to sit and listen, n then, eat 6 times a day, n then, got aerobic in the evening, and u are being paid RM 90 per day (assuming UD41's basic salary for 30 days a month)... :) 

got 89 participant, and mostly indian n chinese.. malay? juz around 30 if im not mistaken.. mula2 mcm alamak, mcm mana nak mix ngn diorang ni? ckp BI pon berbelit lidah ni, so i try to gel up dgn diorang ni kt lobby hotel before check in.. huerm, okla BI aku, sbb diorang leh faham.. hahah..

- Group 2 -
after 5 days berlalu, im rily happy, and yg penting, i got lots of new friend, walaupun kami berbilang bangsa, tapi kami berjaya utk bersama2. i wish, all malaysian can be like this. they are very nice. :)

berakihrnya induction, bererti akan bermulalah lembaran baru dalam hidup aku sebagai seorang penjawat awam UD41 isnin ni. akan bermulalah kesengsaraan, hahaha.. start with tagging (orientation alike) for 1 to 3 weeks, from 6am to 10pm minimum, n then habis tagging kerja 6am to 6pm everyday and if got oncall, 12pm to 12pm. tiring right? sudahla belajar lama, kerja pon lama, haha.. im not complaining, but juz sharing.. (am being responsible with the way i choose to do for living..lolx)

new buddyz :)
As an HO@house officer@latihan siswazah,  i will be working for 2 years at least, 6 posting ,4 month for each of them. holiday? 25 days A YEAR. hahaha.. n guess what, ni baru training, not pegawai tetap yet, dah lulus 2 tahun baru jadi pegawai tetap, if not,extend, maximum 4 years, tak lulus jugak, bye2.. scary right? bukan nak menakutkan mereka yg baru nak amek medic, but ni la hakikatnye... bygkanla kalau kene bye2.. ko nak keje apa ngn degree medic? maybe dpt la, tapi malu la kan ngn jiran2 tetangga, sanak saudara, rakan dan taulan. Ya Allah, jauhkanlah aku dari tak lulus ni.. belajar dah cukup lama dah.

alahai, dah ngntuk plak, ingat nak menaip panjang lagi.. sok luse je la... 

owh ya, i will be posting at one of the hospital at Negeri di bawah bayu.. so far2 away from my home, mula2 dapat mmg bercampur baur perasaan ni, sedih ada suka ada, berat ada mcm2 ada (mcm astro plak), tapi keputusan muktamad perlu diambil. Insyallah, pas habis HO, aku akan pulang ke semenanjung.

till then peeps!




massaging before drive back to ipoh.. hehe
dr3142



Wednesday, April 4, 2012

At last, penantianku berakhir!! lolx

Pukul 1100am hari ni, tengah2 mandi tibe kedengaran "pon2" eh ke "pin2", camtulah lbeh kurang bunyi van pos laju nye hon kat depan rumah aku.. disebabkan aku masih lagi tgh bersexy2 dalam bilik air, so aku pon menyeru adik aku supaya pi amik surat, aku plak cepat2 selesaikan mndi... "nah utk ko" kata adik aku.. URUSAN PADUKA BAGINDA.. n in my mind "induction!!" yeay!!! tapi jgn seronok dulu, aku pon bukakla surat tu.. n... Yeayyyyyy!!!! sekali lagi... btul aku dpt induction.. akhirnya setelah setiap hari aku menunggu posmen, selepas kecewa sebab tak dpt join first nye induction disebabkan gara2 MMC dan tempat full.. masa kawan2 dpt induction hari tu, aku menunggu surat, sampai tidur kat ruang tamu depan kes tak nak miss posmen nye pasal.. lolx



walaupun mulut menzahirkan  kegembiraan dalam bentuk yeayyy!!!!! tapi dalam hati ni, terzahir pulak "sentaphatimaknak!", sebab ini bermakna, berakhirlah cuti2 rumah ku yang indah, takde bilik beraircond free tak yah bayar, takde lagi makan pagi petang siang malam maghrib subuh oleh Chef paling berkaliber dengan percuma, takde lagi mengadap computer berjam2, dan byk bende lagi la bakal takde... and the most important thing yang membuatkan sentaphatimaknak is, life as Housemanship a.k.a HO.. 

life as an HO: mostly people will say, is a "hell" for a doctor. some might say, "okayla, takderla teruk sangat", n little do said "okay je, santai je aku, rilek2 gaban je".... so, which group will be join by me???
lets hope i get the best for me.. dalam erti kata lain, aku dapat sesuai dengan kemampuan aku, sebab ada kata2, ke hadis, tp utk tak salah, i will juz write it as generally yang mengatakan


"Sesungguhnya Allah hanya akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang memang mampu dihadapainya" -- begitulah lebih kurang bunyinye..


wallahualam, till then peeps!