Showing posts with label santai time. Show all posts
Showing posts with label santai time. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

forever alone?

im post call today, meaning baru je habis oncall... it was my 2nd oncall for my first posting here.. if during my first "virgin" call, im having a well calm night, not for my 2nd one.. heheh... even patient juz come one by one, but they came continously from 10pm till 7am.. owh ya for junior, oncall will b as a first call, yang mana one person will cover for PAC (pt assessment center), antenatal, and post natal.. thnx gudness sbb post natal cuma ada satu prob je, which i have to refer a jaundice + high fever baby to paeds department.. so kene la tangguh kejap2 pt2 di PAC, i have to take blood from baby, run to the lab, get the result then baru i boleh refer paeds.. tapi Alhamdulillah, malamku berlalu dgn cepat n without much probs. :)

post call, kene ikut round then p clinic.. masa kul 11 pagi kat clinic, rasa macam dah sakit kronik dah ni, mata ngntuk gile,  badan dan "malaise" tahap belut tak jumpa air, n even bleh telelap sesaat dua masa tgh attend pt..naseb baik sesaat dua je, kala seminit dua, mmg cari nahas la kan.. hehe... habis je clinic, terus makan, then naik HO room menunggu jam 2pm nak balik. 20 minit dirasakan sgt lama.. haha.. angin aircond yang bertiup mesra, apalagi ditambah tiupan kipas menyebabkan aku dan member post call aku yg satu lagi (walaupun dia mcm cukup tidur je oncall malam tdi, sbb ward dia tak sbuk sgt) tetidur.. naseb baik terjaga balik jam 230pm, tu pun sbb tibe2 panas, disebabkan takder letrik.. lolx.. seb baik, kalau tak mau sampai pagi besok tidur... heheh..

balik rumah, sambung tidur, bangun juz untk semayang asar pastu tidur balik.. gila letih.. pas maghrib p carik makan, tak tau nak makan apa, aku pon p la McD, yang tak begitu jauh dari rumah aku kalau naik moto/kete la. terasa macam loner je duk kat mcd makan sorang2, tapi pedulikan, yg aku ingt masa tu hanya aku, perut dan burgerku.. hehehe.. ingt nak ajak housemate pi makan, tapi masing2 takder kat umah.. smua sibuk ngn urusan masing2. takpela.. 

owh ye besok aku off, n pindah rumah.. hehe.. so, aku mmg akan forever alone la buat sementara waktu, sampai la ada orng nk jadik osmate aku.. haha...

ok la, malam sudah, kene tidur, nak save energy utk pindah esok.. :) till then peeps!

Sunday, May 6, 2012

Only in Malaysia! :)

i love malaysia!


Saturday, April 14, 2012

Berakhirnya Induction, bermulalah sengsara lolx..

hari ni (jumaat, 13 april), berakhirlah sudah kursus induksi aku kat corrus paradise resort, port dickson... okla tempat ni, hotel dia not bad, tapi yg pling best, makanan dia, mmg sedap.. haha

-bersukan di petang hari; corus paradise resort PD-
at first i thought, kursus ni akan sgt membosankan tahap gaban, but in fact, its quite nice, cuma yela, ada certain penceramah mmg mengantuk gile dengar dia ckp, apa lagi, bahan2 dia, semua tentang kerajaan, perintah am, budaya korporat, and bla bla bla.. but who cares when u juz have to sit and listen, n then, eat 6 times a day, n then, got aerobic in the evening, and u are being paid RM 90 per day (assuming UD41's basic salary for 30 days a month)... :) 

got 89 participant, and mostly indian n chinese.. malay? juz around 30 if im not mistaken.. mula2 mcm alamak, mcm mana nak mix ngn diorang ni? ckp BI pon berbelit lidah ni, so i try to gel up dgn diorang ni kt lobby hotel before check in.. huerm, okla BI aku, sbb diorang leh faham.. hahah..

- Group 2 -
after 5 days berlalu, im rily happy, and yg penting, i got lots of new friend, walaupun kami berbilang bangsa, tapi kami berjaya utk bersama2. i wish, all malaysian can be like this. they are very nice. :)

berakihrnya induction, bererti akan bermulalah lembaran baru dalam hidup aku sebagai seorang penjawat awam UD41 isnin ni. akan bermulalah kesengsaraan, hahaha.. start with tagging (orientation alike) for 1 to 3 weeks, from 6am to 10pm minimum, n then habis tagging kerja 6am to 6pm everyday and if got oncall, 12pm to 12pm. tiring right? sudahla belajar lama, kerja pon lama, haha.. im not complaining, but juz sharing.. (am being responsible with the way i choose to do for living..lolx)

new buddyz :)
As an HO@house officer@latihan siswazah,  i will be working for 2 years at least, 6 posting ,4 month for each of them. holiday? 25 days A YEAR. hahaha.. n guess what, ni baru training, not pegawai tetap yet, dah lulus 2 tahun baru jadi pegawai tetap, if not,extend, maximum 4 years, tak lulus jugak, bye2.. scary right? bukan nak menakutkan mereka yg baru nak amek medic, but ni la hakikatnye... bygkanla kalau kene bye2.. ko nak keje apa ngn degree medic? maybe dpt la, tapi malu la kan ngn jiran2 tetangga, sanak saudara, rakan dan taulan. Ya Allah, jauhkanlah aku dari tak lulus ni.. belajar dah cukup lama dah.

alahai, dah ngntuk plak, ingat nak menaip panjang lagi.. sok luse je la... 

owh ya, i will be posting at one of the hospital at Negeri di bawah bayu.. so far2 away from my home, mula2 dapat mmg bercampur baur perasaan ni, sedih ada suka ada, berat ada mcm2 ada (mcm astro plak), tapi keputusan muktamad perlu diambil. Insyallah, pas habis HO, aku akan pulang ke semenanjung.

till then peeps!




massaging before drive back to ipoh.. hehe
dr3142



Saturday, April 7, 2012

7 petala cinta

"Assalamualaikum cinta, waalaikumussalam rindu.."

Bagi yang dah tengok cite ni, mesti sudah tidak asing dengan ungkapan kat atas. 2 minggu yang lalu, aku baru je tengok cite ni, tak tgk wayang pun, dan tak juga melangga astro movie yg rm15 tu, tapi cukupla sekadar download dari internet. bukan takmo support, tapi cite2 melayu ni biasanya mengecewakan, so rasa tak worth it untuk bayar tiket wayang nak tgk. kalau mcm kl gangster ke, lawak ke der ke, ok la jugak kan,..

aku tgk cite ni pon sebab mula2 macam teruja tgk behind the scene cite ni kat astro yang duk ulang2 kali tayang, dah mcm takder cite lain nak tunjuk. tgk kat the making macam ala2 ayat2 cinta, takpun, wanita berkalung serban atau dibawah lindungan kabah, tapi bila dah tengok, huerm....

bukan nak kutuk ke apa, cuma nak komen, skit jela,

cerita tentang kisah cinta kat pondok agama, tapi cinta yang ditunjukkan dan ada scene yang ditunjukkan boleh buat orang konfius tentang islam yang sebenar, bukanla nak kata aku ni baik, tapi kalau nak buat cite tentang islam, buat betul2, biar orang luar tgk, oo begini keindahan islam. contohnya macam waktu fizo (hamka) duk pukul2 manja tunang dia ngn serban (kalau islam yang sebenar apa lagi di pondok, mana ada mcm tu, even aku dulu sekolah agama pon cakap ngn pompuan kat belakang tingkap, aku kt sini, dak pompuan kat sebelah tingkap),

pastu, scene yang dalam rumah beria pakai furdah/niqab bagai, tapi lengan tangan nampak padahal attar ada masa tu hantar barang.

Apa lagi ek aku tak ingat.

pastu ada beberapa scene yang mcm tak logik, contohnya masa attar kene tikam, orang tu dah bajet dah siap cakap "mati kau malam ni", pastu attar kene tikam pastu kene buang kat dalam tong sampah, tapi yang peliknya, dia tak dibawa kt hospital pon, even kalau bawak pon, tak menginap kat hospital, tapi rilek je rawat sendiri kat umah, pas 5 hari baru sedar... kalau dah kene tikam, sampai tak sedar diri macam tu, dah kompem2, masuk ICU, paling pon kalau dah stable masih lagi dalam pengawasa kat wad..

tapi takpela, good try utk buat film berunsurkan islam, cuma lepas ni, pengarah kene lebih peka dan sensitif tentang perkara ni sebab agama islam bukan suatu yang boleh diambil mudah supaya kesyumulan dan kesuciannya tetap terpelihara.

wallahualam,

dr3142

p/s: bagi yang nk tengok bleh la download dari link ni: 7 petala cinta

Friday, April 6, 2012

PTPTN wajarkah utk dihapuskan?

Sebenarnya dah lama nak buat post pasal benda ni, tapi malas, n disebabkan hari ni ada dua sahabat saya yg post di facebook berkenaan menatang ni, sorang sokong, sorang tak, maka aku pon rasa nak share la jugak pandangan aku tentang benda ni.

Jom kita ketahui dulu apa itu PTPTN



PTPTN atau Perbadanan Tabung pendidikan Nasional diperkenalkan pada tahun 1997 atas tujuan mengurus bantuan pinjaman kewangan untuk pelajar di peringkat pengajian tinggi. Pinjaman kewangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga selama anak-anak mereka melanjutkan pengajian tinggi yang kebiasaannya memakan belanja yang besar selama tempoh pengajian. Bukan sahaja yuran pengajian yang ditanggung, pinjaman kewangan PTPTN juga merangkumi pembelanjaan kos sara hidup.-dipetik dari blog sahabar saya.

Jadi pada pandangan saya, sebenarnya, PTPTN ini boleh dihapuskan/dikurangkan hanya bila:
1. untuk keluarga yang benar2 tidak mampu.
2. untuk mereka yang memperoleh pointer lebih dari 3 atau anugerah dekan

Kenapa saya berpandangan berikut?
1. untuk memberi semangat kepada anak keluarga miskin untuk terus belajar
2. memberi motivasi kepada pelajar yang mengambil PTPTN untuk berusaha lebih gigih.

Apa yang terjadi kalau PTPTN dihapuskan?
1. pelajar akan sambil lewa, kurang motivasi dalam diri, memandangkan mereka tahu samada belajar 
    betul2 atau tidak, mereka tetap akan dibiayai.
2. Kurangnya kualiti pada diri pelajar dan graduan yang dihasilkan tidak akan memenuhi kehendak    
    pasaran sehingga terjadi masalah pengangguran.
3. Sudah tidak ada perbezaan antara pelajar cemerlang dengan yg tidak cemerlang kerana perbezaan itu penting utk memotivasi pelajar utk belajar dengan gigih,
 

Jadi apa yang boleh di syorkan:
JANGAN mansuhkan tapi di PERBAIKI dengan cara:
1. kalau memang duit PTPTN adalah suntikan dari rakyat, kurangkan bunga yang katanya melampau, sebaliknya cukuplah hanay utk membiayai bagian pengurusan PTPTN.
2. Pengurangan pembayaran bagi keluarga anak miskin atau percuma bagi anak keluarga miskin yang cemerlang.
3. Pengurangan pembayaran balik PTPTN bersesuaian dengan hasil akhir pengajian,
4. mungkin anda boleh syorkan?

Jadi, anda fikirlah yang mana yang bagus, jgn terpengaruh kepada isu politik, hutang itu ke hutang ini, sebaliknya lihat dari sisi untuk kebaikan pendidikan dan kualiti pelajar2 kita.

Wallahualam.

dr3142

Share internet anda dengan connectify

Banyak sangat bende canggih zaman sekarang, tak terkira ngn jari, dan tak ter catch up.. ni aku nak share la ngn korang, macam mana nak share internet yg korang pakai kat laptop korang tu dengan laptop lain, atau erti kata lain jadikan laptop korang sebagai hotspot.

okay bende ni sangat berguna, sebab skang ramai yang pakai smartfon, pakai tablet, pakai notebook.. semuanya memerlukan broadband sebagai salah satu nadi utama..miskin jugakla kana, kalau semua nye nak pakai plan internet.. huhu.. boleh je nak pakai smartfon jadi hotspot, tapi tak digalakkan la, sebab kalau lama2 nnti jadik panas fon tu.. so kt sini ada satu cara macam mana nak jadikkan laptop anda sebagai hotspot.

konsep dia mcm kat bawah ni:



ha, lbih kurang mcm tula, buruk btol aku buat, lolx.. so, apa yg anda perlukan adalah, satu software yang bernama connectify. click disini untuk download. lepas anda dah install and crack semua, ikut petunjuk kat bawah gambar ni.



instruction:
1. Pada advanced pegi kat sharing mode tu dulu, pilih yang  ad-hoc WEP
2. Kemudian, pada share over, pilih nama peranti wireless anda
3. Pada internet , pilih peranti yang anda gunakan utk connect internet, maxis ke, celcom ke apa ke,   LAN ke.
4. baru isi hotspot name ngn password
5. start hotspot anda! :)

mudah, senang, dan jimat, so takyahla beli wireless router ke apa ke, modem mifi maxis ke apa ke.. hehe.. enjoy!

p/s: kalau peranti/ tablet/apa2 anda dapat connect ke hotspot anda, tapi tidak ada internet, cuba tukar sharing mode, dari WEP pakai WPA2.

Saturday, March 31, 2012

HO dan Locum

seperti yang dikatakan oleh dr izwan ismail, Isu 'houseman' (HO) membuat locum buat suatu perkara yang baru. Kebanyakannya membuat locum di luar waktu kerja bagi menambah sumber pendapatan.

Walaubagaimanapun mengikut Undang-undang Malaysia Akta 50 - Akta Perubatan 1971, adalah menjadi satu kesalahan bagi HO (ie. pemegang APC sementara) untuk membuat locum serta hukuman boleh dikenakan kepada mereka. Malah ada HO yang pernah ditangkap sebelum ini dan dikenakan tindakan tatatertib diatas kesalahan mereka itu.

Realitinya, ramai HO yang membuat locum.
HO buat locum = Langgar peraturan = Kerja yg salah
Apabila kerjanya salah, maka apakah status wang yang diperolehinya? Halal atau haram?

Menurut pandangan ulama-ulama, pada waktu wujudnya akta rasmi yang melarang, ia secara rasminya dianggap haram dari sudut hukum Islam atas dasar "kewajiban taat kepada pemerintah dalam hal yang tidak berkait dengan maksiat dan demi kemaslahatan umum yang dilihat oleh pemerintah". Pada masa yang sama, HO itu sendiri dapat memudaratkan pesakit locum yang mereka temui ketika memberikan rawatan dan ubat kepadanya kerana pengalaman serta pengetahuan yang masih cetek dan baru di dalam bidang perubatan.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Tepuk dada, tanya Iman.

Kebenaran itu kadang kala sungguh pahit

Thursday, March 29, 2012

whats happen when people ask a question that state the obvious??

hahah.. see the title up there? try watch this video.. its funny but its true... lolx