Friday, December 13, 2013

vaksin pada bayi dan kanak-kanak. suatu keperluan? atau memudaratkan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
sementara nak menunggu raja lawak kul 10 satgi, saje merajinkan diri menhupdate blog..

kali ni, suka nak singgung senggol sentuh sedikit mengenai isu vaksin.

sejak kebelakang kedepan ni, hangat isu vaksin diperkatakan.. haramlah, ada unsur zionis la, membawa penyakit kepada kanak2 la apa la dan pelbagai lagi.. 

disini, suka saya sharekan serba sedikit apa yg saya tau tentang vaksin.. dan ini mungkin adalah pandangan peribadi saya. apa2 persoalan boleh kemukakan kepada saya. sebelum saya pergi lebih lanjut, meh saya tunjuk dulu, jadual pemberian vaksin di malaysia.


okay macam ni, saya rasa tak perlu saya jelaskan dengan lebih detail, tapi cukuplah saya jelaskan secara am apa sebenarnya vaksin tu ok.

vaksin ni sebenanrnya digunakan adalah sebagai langkah untuk mencegah atau melindungi dari terkena sesuatu penyakit dengan cara mengenalkan sistem imun tubuh dengan virus yg mati/ yg sudah dilemahkan dengan tujuan agar sistem imun kita akan membina antibodi (pahlawan) yang akan melawan sesuatu penyakit sekiranya individu tersebut terdedah kepada penyakit itu pada masa akan datang.

contoh senang, orang yang dah biasa makan kat tempat kotor, makan tepi jalan, guna air yg kotor, kalau pegi makan kat mana2 dia susah nak kena cirit birit, sebab apa? sebab sistem imun dia dah terbiasa dengan kuman2 tersebut. tapi kita selalu kutuk je cakap, ala perut tong sampah mmg la tak sakit.. hehehe..

side efect? setakat yang saya tahu, paling pun side effect adalah demam, itu pun bukan la semua org demam, masing2 adalah berbeza. yela rambut kaler semua hitam tapi dalam semua len2 kan.. tapi serius ni, sepanjang saya belajar, side effect yang saya tau adalah demam, dan mungkin alergi. tapi mcm saya cakp la, org tak sama semua.. ko makan ketam smpai bengkak2 bibir, aku makan satu besen rilek je sedap beb.. hehe..

adala plak kata, kalau amik vaksin terutama MMR, boleh kene autism.. pulak dah.. ok jom kita tengok balik macam mana bleh datang nye isu autism ni.. yg jugak merupaka soklan ujian lisan aku masa student medic dulu.. (aku tibai je jawab sbb mmg tak tahu, tapi mungkin sebab doa mak aku power, so jawapan aku btol.. hahaha).. seperti yg kita tau, or korang mungkin tak tau, tapi dah bleh tau dah bile tengok kat jadual di atas, vaksin MMR diberikan pada saat usia 12 bulan, ada sesetangah negara 12-15 bulan. haa, dan bagi mereka yg baca tentang autism, penyakit ini selalunya muncul tatkala usia sekira 15-18 bulan, ada yg kata 12-18 bulan. so disini ada coincidence di situ. so mulalah spekulasi kononnya vaksin MMR ni menyebabkan terjadinya autism. tapi setelah kajian dilakukan, ternyata tiada kaitan antara vaksin MMR dan autism.. 

ok pahe dok ni? hehe..

ada yang cakap macam ni, (termasuklah kakak aku, tapi nak wat camne anak dia, so apa2 jadi dia kene tanggunglah aku dah bgi nasihat)..
" takyah bagi vaksin, kan dah ada habbatussauda, madu semua.. cukup semua tu.. vaksin tu kan sebagai wasilah je, semuanya ketentuan Allah"

ok bila orang dah cakap mcm tu, apa yg ko mampu nak jawap? hahaha... aku dalam hati hanya mampu berkata, wasilah tak wasilah yg penting usaha nak melindung anak.. doiii...

ada jugak ckp macam ni
" tapi doktor, habbatussauda ngn madu semua pun meningkatkan imunisasi badan, so buat apa nak vaksin2 lagi?"

doii.... tak paham la ni beza vaksin dengan habbatussauda n madu pelbagai..

meh saya perjelaskan lagi perbezaan antara mereka ni:

madu, habbatussauda, vitamin C, atau semua supplement peningkat daya tubuh yang len dia cuma meningkatkan .. saya ulang, cuma meningkat sistem imunisasi tubuh supaya lebih kuat.

contoh la .. kat kilang emas ni ada 10 pak guard je, tapi sebab dah bagi extra duit (vit c, habbatussauda, etc) kat syarikat pak guard, so dia tambah pak guard, tu diaa ada 30 pak guard, tapi pak guard ni semua fresh graduate, dia tak pernah lagi kene test power, so tiba2 satu hari datang la team perompak ala2 italian job.. so apa jadi, sekelip hidung je emas tu semua kena sapu.. pak guard2 ni tak sempat nak buat apa2 pun lagi..

so kat sinila guna vaksin..

kilang emas ni pon kemudian bagi la extra duit lagi untuk syarikat pak guard ni supaya diorang lebih siap sedia lepas ni.. so apa syarikat ni buat? dia kasikla test pekerja2 dia dengan situasi-situasi rompakan sebenar, mungkin 3 bulan sekali, atau 6 bulan sekali,(vaksin) tanpa memberitahu pak guard2 ni.. so bila datang rompakan sebenar diorang lebih bersedia dan dah tau dah macam mana nak handle..

so paham dah apa beza vaksin dengan yang lain2? vaksin ni lebih kepada kualiti dan yang len2 tu lebih kepada kuantiti.. 

sistem imunisasi tubuh pun macam tu jugak.. ada dalam sel imunisasi tubuh kita panggi memory cell, so dia ni la yang akan ingat infection2 sebelum ni dan handle benda2 ni..

harap hangpa pahamlah.. seronok jugak cerita2 pak guard lawan2 nih..hhahaha..

ok, so kalau dah vaksin, mmg takkan terkena penyakit la?

ok disini pun ada satu lagi kesilapan persepsi masyarakat, vaksin hanya mencegah dan cuba melindungi, belum tentu kalau dah vaksin takkan kene penyakit tu.. 

mesti akan ada yang cakap," laaaa... kalau macam tu bek takyah kasik vaksin kalau bleh kene jangkit jugak..."

apa lagi kalau tak vaksin kan?? kan? kan? haha..

orang pakai payung pun belum tentu tak basah kan kalau hujan lebat? 
orang nek moto pakai helmet, belum tentu lagi kepala dia tak apa2 kalau eksiden kan?

ada jugak yang tanya, halal ke vaksin ni?

ok kalau berdasarkan fatwa ulama malaysia tahun 1998 kut ke 1989, nnti korang cekla kat jakim rasanya, sesungguhnya pengambilan vaksin2 ini adalah diharuskan, Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci, sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar diperolehi, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan.. ok? so setakat ni, saya tak habis kaji plak isi2 kandungan vaksin yg sedia ada... sebab buat post ni pon cam instant sangatkan... hahaha...

berdasarkan pengalaman masa clinical dan kerja, mmg banyak pengalaman aku dengan org yg bervaksin dan tidak bervaksin.. ok jujurlah k, setakat ni, kalau pesakit yang datang teruk2, kancing gigi, batuk kering yg teruk, semuanya tidak pernah mengambil vaksin.. suratan atau kebetulan? wallahualam, mungkin suatu hari nanti, bila cukup resource boleh saya buat kajian atau penelitian terhadap mereka yang mengambil vaksin dan yang tidak mengambil vaksin..

tapi serius, kalau anda pernah nampak org yang tak divaksin kene penyakit2 ni, menderita depan mata, dan ada yang sampai mati.. mmg korang akan vaksin smua anak2 yang ada.. trust me... huhu...

n then persoalan hubungan vaksin dengan zionis? merupakan agenda zionis? (dah macam virus T dalam resident evil plak.. haha..) .. Wallahualam, saya tida arif tentang hal ni. nak baca di internet, macam semuanya duk copy paste je, takder sumber yg mmg betul2 benar dan sahih...

saya rasa tu je kot.. tak tau nak explain apa lagi.. mungkin ada yg tertinggal ke apa ke.. kalau ada pertanyaan, jgn malu2 tanya je.. saya tak bang org nyer. kita terima dengan terbuka hati sebarang kritikan dan saranan..

cuma nasihat dari saya, beringat sebelum kene.. jangan kerana duk percaya cakap org vaksin itu la ini la, org yg kita sayang yg merana..

dan sekali lagi, ini adalah pandangan peribadi saya, tidak dibayar oleh mana2 company pharmaceutical (tapi kalau diorang nak sponsor aku kawen ok jugak.. hahaha), dan mungkin juga ada sahabat2 saya yang setuju dengan saya.. walau apapun saya masih baru di bidang ini, mungkin ada yg lebih power yg lebih mengerti selok belok tentang benda ni..

wallahualam...

till then peeps, wassalam.

dr3142




Sunday, December 8, 2013

Kau ingat jadi doktor kaya?

Kalau aku kayaaaa.... Kalau aku kayaaaa ooooo.... Haha.. Lagu awi rafael dan altimet yg sgt meaningful...

 Neway ramai yg ingat jadi doktor tu kaya..( len la kalau jadi doktor pakai di hospital swasta) .. Apa lagi sebagai doktor muda.. Seriously beb, nampak mcm byk gaji tu, tp yg hakikat hakiki hakikunya... Its not worth what u working for.. Apa lagi houseman... Dan aku masih tak faham kenapa masih ramai yg nak jdi doktor, walau oun kononya menurut dato s, yg akan terjadi lambakan doktor tahun mendatang.. Rily meh? Maybe sebab aku di sandakan so aku tak nampak la.. N still, dengan lambakan doktor tu kenapa nak naikkan working hour houseman? Walaupun kami di sandakan tak terefek sangat sbb mmg dari dulu lgi kami dah keje 65 - 78 hour per week,, its a working horse right? Tapi kalau mmg adik2 mmg nak jadi doktor btol2 bukan sbb title atau fame takpela truskan cita cita murni anda..

Ok kembali kepada topik. Kaya ke doktor? Aku amik houseman sebagai contoh la. Ok mmg la gaji tu ok.. Tp tak ckp utk melabel kami sebagai kaya.. Tak cukup utk tujukan ayat kepada kami seperti ini "ala keje doktor, sibuk mcm tu apede hal, gaji banyak maaa..." Serius seriusly and serius shit, anda2 diluar sana mmg tidak mahu kerja seperti kami... Sedangkan diriku ini pun kengkadang penah terasa macam kenapa la aku amik medic.. Tatkala aku masih lagi terhegeh2 mak habiskan houseman yg tinggal 4 bulan lagi ni, kawan2 aku dah habis buat master n even ada yg tgh amik phd...aku? Nak amik master pon belom tentu dapat nanti weyh.. Hahahah...

Mmg org len akan cakap, ala kami pon bz jugak, keje balik malam jugak... Tapi anda, anda dan anda, sanggupka, kluar pagi balik malam, atau dekat2 maghrib?kerja paling sedikit 65 jam seminggu.

 Anda sanggup berpeluh2 berlari kesana sini trace result lab, escort pesakit, ? Sanggup ka kene maki ngn bos( luckily kt tempat keje aku tkde) depan pesakit?  Sanggup ke menahan makian dan gelagat pesakit yg hendak dilayan sebagai vvvvvvip walaupun tau ini hanyalah hospital kerajaan yg kadang resource pon tak pernah nak cukup?Mampu melaya kerenah pesakit yang hanya batuk sedikit di malam hari tapi risau macam esok akan mati? Mampu melayan pesakit2 yang degil, dan pemarah apabila mendapat layanan lambat di unit pesakit luar? Pesakit yang defaulted yang tak compliance dengan ubat, yg tiap2 kali masuk hospital kerana kesalahan sendiri? Anda mungkin tidak tau, atau mungkin tau tapi buat2 tak tau, yg setiap kali anda pergi ke unit pesakit luar, anda hanya bayar berapa ringgit, tapi anda mendapat ubat percuma yg nilainya kadang mencapai ratusan ringgit, tp bila rasa badan macam dah sehat skit, anda berhenti makan ubat kemudian datang balik hospital kerana sakit, dan dalam masa yg sama masih meletakkan kesalahan pada doktor? Ok dah melalut skit..haha..

Jadi anda rasa berbaloikah bayaran yang kami dapat.. Ok isu ikhlas tak ikhlas kerja kerana Allah, bukan permasaalahn disini.. Kalau bukan sebab tu, mmg dah lama dak doktor2 lari. Cuma kadang kami kesal, dicemuh, diperkatakan..

Sakit hati tak kalau anda penat2 kerja, kadang tidak makan, tapi pesakit atau org luar yang tak memahami ckp mcm ni:

"Kerja doktor, tapi lembab, kami dah lama tunggu ni di luar, kami byk urusuan ni.."
" doktor, cukai kami bayar untk bayar gaji doktor, jadi tgkla keluarga kami baik2"
" saya dah tunggu dari tadi,doktor buat tak kisah je.. Ingat saya apa kayu?lembab btol perkhidmatan.."

Kami kadang2 masa untuk diri sendiri pun tkde , yg dah ada keluarga kadang, nak main ngn anak2 pun tkde masa..

Post ni bukan rungutan sbb gaji kami tak sesuai dengan kerja , tp sekadar nak bgtau, kami tidak pernah menganggap gaji kami besar, malah kadang tak terenjoy pun dengan gaji yg kami ada. Cuma kepada rakyat jelata fahamilah  kerjaya tabib tabib mu ini... Hahaha...

Ada terbaca di surat khabar tentang hierarki gaji di malaysia;

Mula mula rasa mcm huerm... Sedih hahahaha.. Tp lepas baca satu fakta di paper;



Sejuk hatii... Hahahhaha.. Walaupun aku antara yg 11% tu, still... Terubat hati.. Hahahhaahah



Okla till then peeps....

Dr3142



Monday, October 28, 2013

hollaaaa~

fuhh fuhh.. berdebu sudah blog ku.. hahaha.. byk benda nak tulis tapi tak berkesempatan.. this time nak share skit la apa yg aku dah lalui sepanjang 5 posting yg aku tempuhi, and currently im in medical posting.. :)

alhamdulillah, setakat ni, semua nya berjalan lancar.. hidup sebagai houseman di hospital sandakan ni, setakat yg aku lalui, menarik dan menghiburkan.. (huem proper ke description aku ni? hahaha)

mcm2 pengalaman aku dpt, rawat patient kene gigit buaya la, kene langgar babi hutan, which is sumtimes funny, but its true..

ada yg nak jodohkan aku ngn anak diorg la, n yg best tgh makan kat kedai, tiba2 nak byr dah ada org byr kan.. maklumlah, sandakan ni tak besar mana.. heheh..

ada sekali tu, tgh jalan2 kat bandar, ada org jerit dari jauh, doktor! , n seriusly aku pun tak ingt siapa dia.. tiba2 dia ckp, "doktor, haritu sebelum balik sy lupa bha mo mintak no telefon ko, sy mau kasik ko udang, besar2 bha".. pas tgk muka btol2, baru aku cam, dia baru je kluar 2 minggu yg lalu dari hospital.

cuma apa yg aku kesalkan kt sini, tentang kesedaran pesakit tentang sakit mereka.. kadang2 kami yg risau lebih tapi diorang tk peduli pun.. bg ubat tak makan, n then dah sakit teruk baru nak datang hospital.. 

kalau nak cerita semua panjang, hahaha.. nak taip pun malas.

tu blom cerita pasal hantu lagi.. hahaha... 

apa2 pun, tak lama lagi housemanship aku bakal berakhir, nak jadi MO sudah, semakin besar la maksudnya tanggungjawab.. mampu ke aku nnti.. hahaha Wallahualam.. pelan2 kayuh..

pada adik2 yg nak jadik doktor, kalau yg dah start belajar takpela, tp kalau yg masih baru terpk nak jadik doktor, pkir pkirkanlah, btol ke nak jadi doktor? hahaha... mmg nampak mcm best, bila org tanya kerja apa? sy doktor.. oooo .. tapi menanggung beban sbg doktor tu, uuuuuu... hahahaha.. 

okla, till then peeps.

salam,
dr3142

p/s: nak tunjuk sumting... im part of malaysia history now!!!! yeayyy... hahha.. walaupun cuma mengeluarkan sebutir peluru di kaki.. hahaha...





Friday, August 9, 2013

salam lebaran :) --- sakit perut, jangan ambil mudah

salam dan salam sejahtera kepada smua orang.. dah lama gila tak update, last update january tak silap aku.. lama gila.. menunjukkan betapa busy nyer hidup aku (walaupun kadang takde la busy sgt) hahaha...

di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri minal aidil wal faizin kepada semua umat islam di seluruh dunia.. raya tahun ni, aku masih balik kampung keseorang tanpa isteri di sisi, yerla dah nama pun tak kawen lagi kan.. hehehe...



hari ni raya kedua, kenapa aku tergerak nak tulis blog ni sebab malam tadi aku sakit perut sangat2..hahaha... sejak keluar dari department surgical ni asal sakit perut je aku dah suspen.. mana tak nya kadang sakit perut skit je tetapi sekali tgk betol ada yg usus bocor la, appendic la apa la.. suspen2.. haha.. so sakit perut yg sgt dasat malam tadi sangat merunsingkan otak aku.. tp alhamdulillah, setelah kentut berkali2 dan berat seketul dua, akhirnya perut ku dah tak sakit, n dah boleh melantak seperti biasa.. hahah..

ok peeps, hari ni aku nak kongsi skit pasal acute abdomen (sakit perut) yang kadang kita abaikan and anggap hanya sebagai perkara biasa, tetapi kadang boleh membawa parah.

apa itu acute abdomen?? acute abdomen secara pasarnya adalah sakit perut yg terjadi dengan tiba2, dalam waktu kurang dari 24 jam, dengan sebab yang tidak diketahui... 

haa, sebab2 dia tu tergantungla dekat mana tempat sakit dan macam mana sakit dia.

ni benda yg sakit kalau berdasarkan lokasi;

kadang2 kalau berdasarkan sakit tu sendiri boleh tau apa benda yang sakit, contohnya;
1. sakit perut mencucuk sampai ke belakang rasanya - radang pankreas, bocor usus kecil
2. sakit perut kanan terasa sampai ke bahu kanan - radang saluran/ pundi empedu.
dan ada la beberapa lagi yg aku lupa dan malas nak ingat di hari raya ini.. haha..




yang penting kalau ada sakit perut sehari tak hilang2, cepat2 la jumpa doktor, tak payah tunggu lama2, tak payah nak tunjuk hero... dari jadi teruk kang dari hero jadik zero.. heheh..

ok peeps.. thts all, selamat lebaran semua... assalamualaikum

dr3142

Monday, January 28, 2013

kota kinabalu in a day

whew... sangat2 penat... sandakan - kota kinabalu - sandakan back to back. malam ni pergi esok balik.. nasib baik jugak la pergi jer driving, balik naik flight, kalau tak mmg tak bangun2 aku tidur.. heheh..

kami bergerak dari sandakan around 620pm, dengan berjenterakan sebuah MyVi 1.5 milik kawan aku, kami pon bergerak dari sandakan. since she postcall, and another one pon seorang gadis jugak, so i decided juz let me drive la. what again aku takut skit kalau perempuan yg bawak. hahah.. lgipon aku mmg suka drive.

the road sgt2 menguji skill memandu, from sandakan till telupid, still ok jalan, walaupun ada beberapa jerawat la, but got one part in telupid , jalan dia mmg teruk belobang2, i guest for 5 km mcm tu. so mmg aku drive ala2 mcm main game dirt 2. (its a popular rally game). 

n then kami sampai ranau, then kundasang. kat kundasang aku paling suka, scenery dia mmg cantik, even at 9pm, disebabkan bulan purnama, so aku dpt nampak the amazingness, greatness, beutifullness of gunung kinabalu. mmg sangat2 cantik. tak dapat nak terjemahkan dengan kata2.n then from kundasang, the road after that, mmg best, so many sharp turns, and thick mist! aku rasa macam dalam movie.. u can only see mist in front of you, even dah bukak fog light,high beam, ko tak nmpak apa2 pon, juz 6-10 meter infront of u je yg u boleh nampak. dua2 gadis yg naek kete ngan aku dah tak jadik tidur, sbb takut. aku plak mmg layan la jalan tu, sbb best, tackling the corners, hearing the tyres screeching.. mmg best... hahahah...

kami sampai kk dalam jam 11 pm.quiet fast right?? aku pon tak sangka boleh sampai seawal tu. apa2 pon, i have to admit, this myvi car is  hell damn a tough car. masih teguh berdiri dengan 4 tayar.hehehe..

malam tu, aku tidur sorang2 kat promenade hotel kota kinabalu, yerla dah tak kawen lagi kan, kalau dah kawen mestila ada gadis yg menemani tidur.. hahah..

the next day, bangun dalam jam 8 pagi (badan sakit2 semua), sambung jalan2 di kk. i went to pasar philipines, merdeka square, bukit bendera, tanjung aru, pastu mall apa lagi satu tu, lupa plak aku apa nama dia. i end up my visit in kompleks sukan kt tanjung aru kot, nama dia, cuz my fren's sister ada pertandingn paintball, so we join her watching the game. then from there, we go straight to the airport to catch our flight at 815pm.


waaa, tak sabar rasanya nak pergi sabah road trip this coming end of february.. sure it will b fun.. a 7 days road trip ..huerm.. best best.. hehehe

ok till then peeps..

p/s: here couple of panoramic kota kinabalu pictures i took from bukit bendera.





Wednesday, January 16, 2013

listen listen listen

ape kejadahnya benda ni??


mula2 aku tak tau pon mende ni, pagi2 bukak fb sementara nak mandi pi keje, tgk wall penuh dengn status listen listen listen.. even sampai hari ni pon tak habis2 lagi pasal benda ni, ahmadlutfi pon tak terlepas dari membuat video parodi berkenaan benda ni.

n then aku pon bukak la video youtube tentang natang listen listen listen nih, n baru la aku faham. 

itula susahnya bila a so called professional person, tried to show off how professional he or she is.

habis semua benda nak dikaitkan, kucing anjing, ikan jaws yg tak terlibat dalam politik malaysia pon dilibatkan. (adake pon binatang yg join politik?) soklan tak terjawab jugak.

memalukan orang islam je, wat again bila dia cakap "kita sebagai orang islam...bla ba bla"..
 "maaza taf a'lun li maza la taf a'lun" atau bahasa pasarnya, cakap tak serupa bikin.

respect people than people will respect you, n u nid to know how to respect.

learn on how to accept others opinion,suggestion, idea.

be wise.

dun b a coward

speak for the truth


time to sleep...ZzZzzzz
saje nak bising2 skit , bosan tgk setiap hri pon wall pnoh ngan listen listen listen.


Wednesday, January 9, 2013

Anak cirit birit, muntah-muntah, diare?

terpanggil utk menulis entry tentang ni sebab salah satu sahabt saya kol sebentar tadi menanyakan tentang anaknya yg sedang cirit birit dan muntah2

cirit-birit/ diare dan muntah2 adalah merupakan satu penyakit yg lazim pada anak2, memandangkan sistem pertahann tubuh anak masih lemah, dan apetah lagi habit anak2 yg suka memasukkan/makan sesuka hati setiap sesuatu yg dipegangnya.

lazimnya penyebab utama diare adalah virus, rotavirus khusunya, yg selalunya boleh sembuh dengan sendirinya. tetapi adalah berbahaya kalau najis anak2 kelihatan bercampur darah, atau seperti air cucian beras, kerana boleh jadi disebabkan oleh kuman2 berbahaya yg menyebabkan penyakit seperti cholera, amoebiasis dan disentri.

diare dan muntah2 amnya adalah merupakan gejala2 bagi penyakit yg disebut sebagai AGE (acute gastroenteritis) acute= terjadi dengan mendadak, tiba2 dan cepat, gastroenteritis = radang pada sel2 saluran pencernaan khusunya perut.

apa yg perlu anda lihat dan ketahui pada anak2 apabila mereka mula muntah2 dan cirit birit?
1. berapa kerap dalam sehari?
2. berapa banyak setiap kali muntah/cirit?
3. lebih banyak muntah/cirit dari asupan cairan?
4. adakah anak keliatan lemas? tidak aktif?
5. adakah mata kelihatan lebih cengkung?
6. adakah anak masih sedar? atau sudah keliatan seperti mengantuk2?
7. adakah masih ada air mata apbila menangis?
8. adakah anak keliatan sangat haus?
9. adakah demam?
10. sudah berapa hari?
11. adakah penyakit lain yg mendahului seperti batuk, selesema, demam?
12. adakah ahli keluarga lain yg mengalami perkara yg sama?
13. kalau menggunakan botol susu, adakah puting botol susu benar2 bersih?
14. dan macam2 lagi..

jadi apa yg perlu anda lakukan apabila anak terkena cirit birit dan muntah2?
pada anak2, tidak digalakkan pemberian ubat anti muntah dan anti diare.

pengubatan adalah berdasarkan gejala seperti yang ditunjukkan didalam gambar di bawah:


Plan A:
pemberian cairan gantian (ORS - air garam, atau 100 plus pada anak2 yg lebih besar) sebanyak 10ml bagi setiap kilogram berat anak, untuk setiap kali muntah/cirit, contohnya berat anak 10kg, jado 10ml x 10kg =100ml untuk setiap kali muntah atau cirit. sekiranya masih menyusu, teruskan sahaja.

Plan B:
pemberian cairan gantian 75ml / kg berat badan, dan perlu dihabiskan dalam 4 jam. kemudia keadaan anak dinilai semula. contohnya berat anak 10kg, jadi 75 x 10 = 750 cc, dihabiskan dalam 4 jam. bawa ke hospital untuk dilihat doktor.


Plan C;
memerlukan cairan gantian melalui pembuluh darah ; segera bawa kehospital.

nota kaki: pemberian cairan gantian terutama ORS hendaklah diberikan per sudu, sedikit demi sedikit, jangan dibagi terlalu banyak sekaligus, kerana akan menyebabkan muntah.


ingat! sekiranya anak memang lansung tidak boleh minum/makan kerana muntah setiap kali pemberian cairan/makanan walaupun  anak tidak keliatan begitu lemas, segera bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan plan C

by, dr3142

Monday, January 7, 2013

After 9 month

wah, berhabuk sudah blok ku ni, bidak sudah bha.. "ops, kluar dah dialek sabah aku".. hehehe..
pejam celik pejam celik dah 9 bulan aku menjejakkan kaki ke sabah sebagai seorang tabib kerajaan.

Bermula dari OnG, ke paediatrics, sekarang aku beralih ke posting ke 3 aku iaitu Orthopedics.. department "santai menyantai" bagi HO di hospital sandakan ni. tak banyak sangat kerja, setiap hari pon kerja cuci luka org, masukkan balik tulang yang terkeluar dan beberapa lagi. 

tapi aku suka kata2 sahabat aku yg sorang ni, dah la hensem, kacak, bergaya lagi.. hahah.. masa first day aku masuk department ni, aku ada ckp, aduh bosan gila, apa lagi sebelum ni aku dah disibukkan dengan ibu2 yg sarat mengandung dan anak2 yg banyak kerenah.. tapi sahabat aku yg sorang ni dengan rileknya cakap " rileks bro, kat department ni la ko nak mempertajamkan skill ko memandang tak banyak sangat benda nak buat" bila aku pikir balik, btol jugak tu.

so, sebulan sudah aku kat department ni, dan aku tk rasa pon yg department ni santai, agak sibuk, cuma bezanya, time lunch, kadang2 leh makan kt luar.. hahaha.. thts all la aku nak cerita, tak tau nak cerita apa lagi selain aku baru je berabis duit beli x-box.. hahahah....

akhirnya dengan kehadiran x-box, aku berjaya mencompletekan set home theatre aku yg cukup utk menghiburkan aku di bandar sandakan yg kurang menghiburkan ini.. hahahah