Friday, December 13, 2013

vaksin pada bayi dan kanak-kanak. suatu keperluan? atau memudaratkan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
sementara nak menunggu raja lawak kul 10 satgi, saje merajinkan diri menhupdate blog..

kali ni, suka nak singgung senggol sentuh sedikit mengenai isu vaksin.

sejak kebelakang kedepan ni, hangat isu vaksin diperkatakan.. haramlah, ada unsur zionis la, membawa penyakit kepada kanak2 la apa la dan pelbagai lagi.. 

disini, suka saya sharekan serba sedikit apa yg saya tau tentang vaksin.. dan ini mungkin adalah pandangan peribadi saya. apa2 persoalan boleh kemukakan kepada saya. sebelum saya pergi lebih lanjut, meh saya tunjuk dulu, jadual pemberian vaksin di malaysia.


okay macam ni, saya rasa tak perlu saya jelaskan dengan lebih detail, tapi cukuplah saya jelaskan secara am apa sebenarnya vaksin tu ok.

vaksin ni sebenanrnya digunakan adalah sebagai langkah untuk mencegah atau melindungi dari terkena sesuatu penyakit dengan cara mengenalkan sistem imun tubuh dengan virus yg mati/ yg sudah dilemahkan dengan tujuan agar sistem imun kita akan membina antibodi (pahlawan) yang akan melawan sesuatu penyakit sekiranya individu tersebut terdedah kepada penyakit itu pada masa akan datang.

contoh senang, orang yang dah biasa makan kat tempat kotor, makan tepi jalan, guna air yg kotor, kalau pegi makan kat mana2 dia susah nak kena cirit birit, sebab apa? sebab sistem imun dia dah terbiasa dengan kuman2 tersebut. tapi kita selalu kutuk je cakap, ala perut tong sampah mmg la tak sakit.. hehehe..

side efect? setakat yang saya tahu, paling pun side effect adalah demam, itu pun bukan la semua org demam, masing2 adalah berbeza. yela rambut kaler semua hitam tapi dalam semua len2 kan.. tapi serius ni, sepanjang saya belajar, side effect yang saya tau adalah demam, dan mungkin alergi. tapi mcm saya cakp la, org tak sama semua.. ko makan ketam smpai bengkak2 bibir, aku makan satu besen rilek je sedap beb.. hehe..

adala plak kata, kalau amik vaksin terutama MMR, boleh kene autism.. pulak dah.. ok jom kita tengok balik macam mana bleh datang nye isu autism ni.. yg jugak merupaka soklan ujian lisan aku masa student medic dulu.. (aku tibai je jawab sbb mmg tak tahu, tapi mungkin sebab doa mak aku power, so jawapan aku btol.. hahaha).. seperti yg kita tau, or korang mungkin tak tau, tapi dah bleh tau dah bile tengok kat jadual di atas, vaksin MMR diberikan pada saat usia 12 bulan, ada sesetangah negara 12-15 bulan. haa, dan bagi mereka yg baca tentang autism, penyakit ini selalunya muncul tatkala usia sekira 15-18 bulan, ada yg kata 12-18 bulan. so disini ada coincidence di situ. so mulalah spekulasi kononnya vaksin MMR ni menyebabkan terjadinya autism. tapi setelah kajian dilakukan, ternyata tiada kaitan antara vaksin MMR dan autism.. 

ok pahe dok ni? hehe..

ada yang cakap macam ni, (termasuklah kakak aku, tapi nak wat camne anak dia, so apa2 jadi dia kene tanggunglah aku dah bgi nasihat)..
" takyah bagi vaksin, kan dah ada habbatussauda, madu semua.. cukup semua tu.. vaksin tu kan sebagai wasilah je, semuanya ketentuan Allah"

ok bila orang dah cakap mcm tu, apa yg ko mampu nak jawap? hahaha... aku dalam hati hanya mampu berkata, wasilah tak wasilah yg penting usaha nak melindung anak.. doiii...

ada jugak ckp macam ni
" tapi doktor, habbatussauda ngn madu semua pun meningkatkan imunisasi badan, so buat apa nak vaksin2 lagi?"

doii.... tak paham la ni beza vaksin dengan habbatussauda n madu pelbagai..

meh saya perjelaskan lagi perbezaan antara mereka ni:

madu, habbatussauda, vitamin C, atau semua supplement peningkat daya tubuh yang len dia cuma meningkatkan .. saya ulang, cuma meningkat sistem imunisasi tubuh supaya lebih kuat.

contoh la .. kat kilang emas ni ada 10 pak guard je, tapi sebab dah bagi extra duit (vit c, habbatussauda, etc) kat syarikat pak guard, so dia tambah pak guard, tu diaa ada 30 pak guard, tapi pak guard ni semua fresh graduate, dia tak pernah lagi kene test power, so tiba2 satu hari datang la team perompak ala2 italian job.. so apa jadi, sekelip hidung je emas tu semua kena sapu.. pak guard2 ni tak sempat nak buat apa2 pun lagi..

so kat sinila guna vaksin..

kilang emas ni pon kemudian bagi la extra duit lagi untuk syarikat pak guard ni supaya diorang lebih siap sedia lepas ni.. so apa syarikat ni buat? dia kasikla test pekerja2 dia dengan situasi-situasi rompakan sebenar, mungkin 3 bulan sekali, atau 6 bulan sekali,(vaksin) tanpa memberitahu pak guard2 ni.. so bila datang rompakan sebenar diorang lebih bersedia dan dah tau dah macam mana nak handle..

so paham dah apa beza vaksin dengan yang lain2? vaksin ni lebih kepada kualiti dan yang len2 tu lebih kepada kuantiti.. 

sistem imunisasi tubuh pun macam tu jugak.. ada dalam sel imunisasi tubuh kita panggi memory cell, so dia ni la yang akan ingat infection2 sebelum ni dan handle benda2 ni..

harap hangpa pahamlah.. seronok jugak cerita2 pak guard lawan2 nih..hhahaha..

ok, so kalau dah vaksin, mmg takkan terkena penyakit la?

ok disini pun ada satu lagi kesilapan persepsi masyarakat, vaksin hanya mencegah dan cuba melindungi, belum tentu kalau dah vaksin takkan kene penyakit tu.. 

mesti akan ada yang cakap," laaaa... kalau macam tu bek takyah kasik vaksin kalau bleh kene jangkit jugak..."

apa lagi kalau tak vaksin kan?? kan? kan? haha..

orang pakai payung pun belum tentu tak basah kan kalau hujan lebat? 
orang nek moto pakai helmet, belum tentu lagi kepala dia tak apa2 kalau eksiden kan?

ada jugak yang tanya, halal ke vaksin ni?

ok kalau berdasarkan fatwa ulama malaysia tahun 1998 kut ke 1989, nnti korang cekla kat jakim rasanya, sesungguhnya pengambilan vaksin2 ini adalah diharuskan, Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci, sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar diperolehi, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan.. ok? so setakat ni, saya tak habis kaji plak isi2 kandungan vaksin yg sedia ada... sebab buat post ni pon cam instant sangatkan... hahaha...

berdasarkan pengalaman masa clinical dan kerja, mmg banyak pengalaman aku dengan org yg bervaksin dan tidak bervaksin.. ok jujurlah k, setakat ni, kalau pesakit yang datang teruk2, kancing gigi, batuk kering yg teruk, semuanya tidak pernah mengambil vaksin.. suratan atau kebetulan? wallahualam, mungkin suatu hari nanti, bila cukup resource boleh saya buat kajian atau penelitian terhadap mereka yang mengambil vaksin dan yang tidak mengambil vaksin..

tapi serius, kalau anda pernah nampak org yang tak divaksin kene penyakit2 ni, menderita depan mata, dan ada yang sampai mati.. mmg korang akan vaksin smua anak2 yang ada.. trust me... huhu...

n then persoalan hubungan vaksin dengan zionis? merupakan agenda zionis? (dah macam virus T dalam resident evil plak.. haha..) .. Wallahualam, saya tida arif tentang hal ni. nak baca di internet, macam semuanya duk copy paste je, takder sumber yg mmg betul2 benar dan sahih...

saya rasa tu je kot.. tak tau nak explain apa lagi.. mungkin ada yg tertinggal ke apa ke.. kalau ada pertanyaan, jgn malu2 tanya je.. saya tak bang org nyer. kita terima dengan terbuka hati sebarang kritikan dan saranan..

cuma nasihat dari saya, beringat sebelum kene.. jangan kerana duk percaya cakap org vaksin itu la ini la, org yg kita sayang yg merana..

dan sekali lagi, ini adalah pandangan peribadi saya, tidak dibayar oleh mana2 company pharmaceutical (tapi kalau diorang nak sponsor aku kawen ok jugak.. hahaha), dan mungkin juga ada sahabat2 saya yang setuju dengan saya.. walau apapun saya masih baru di bidang ini, mungkin ada yg lebih power yg lebih mengerti selok belok tentang benda ni..

wallahualam...

till then peeps, wassalam.

dr3142




No comments:

Post a Comment