terpanggil utk menulis entry tentang ni sebab salah satu sahabt saya kol sebentar tadi menanyakan tentang anaknya yg sedang cirit birit dan muntah2
cirit-birit/ diare dan muntah2 adalah merupakan satu penyakit yg lazim pada anak2, memandangkan sistem pertahann tubuh anak masih lemah, dan apetah lagi habit anak2 yg suka memasukkan/makan sesuka hati setiap sesuatu yg dipegangnya.
lazimnya penyebab utama diare adalah virus, rotavirus khusunya, yg selalunya boleh sembuh dengan sendirinya. tetapi adalah berbahaya kalau najis anak2 kelihatan bercampur darah, atau seperti air cucian beras, kerana boleh jadi disebabkan oleh kuman2 berbahaya yg menyebabkan penyakit seperti cholera, amoebiasis dan disentri.
diare dan muntah2 amnya adalah merupakan gejala2 bagi penyakit yg disebut sebagai AGE (acute gastroenteritis) acute= terjadi dengan mendadak, tiba2 dan cepat, gastroenteritis = radang pada sel2 saluran pencernaan khusunya perut.
apa yg perlu anda lihat dan ketahui pada anak2 apabila mereka mula muntah2 dan cirit birit?
1. berapa kerap dalam sehari?
2. berapa banyak setiap kali muntah/cirit?
3. lebih banyak muntah/cirit dari asupan cairan?
4. adakah anak keliatan lemas? tidak aktif?
5. adakah mata kelihatan lebih cengkung?
6. adakah anak masih sedar? atau sudah keliatan seperti mengantuk2?
7. adakah masih ada air mata apbila menangis?
8. adakah anak keliatan sangat haus?
9. adakah demam?
10. sudah berapa hari?
11. adakah penyakit lain yg mendahului seperti batuk, selesema, demam?
12. adakah ahli keluarga lain yg mengalami perkara yg sama?
13. kalau menggunakan botol susu, adakah puting botol susu benar2 bersih?
14. dan macam2 lagi..
jadi apa yg perlu anda lakukan apabila anak terkena cirit birit dan muntah2?
pada anak2, tidak digalakkan pemberian ubat anti muntah dan anti diare.
pengubatan adalah berdasarkan gejala seperti yang ditunjukkan didalam gambar di bawah:
Plan A:
pemberian cairan gantian (ORS - air garam, atau 100 plus pada anak2 yg lebih besar) sebanyak 10ml bagi setiap kilogram berat anak, untuk setiap kali muntah/cirit, contohnya berat anak 10kg, jado 10ml x 10kg =100ml untuk setiap kali muntah atau cirit. sekiranya masih menyusu, teruskan sahaja.
Plan B:
pemberian cairan gantian 75ml / kg berat badan, dan perlu dihabiskan dalam 4 jam. kemudia keadaan anak dinilai semula. contohnya berat anak 10kg, jadi 75 x 10 = 750 cc, dihabiskan dalam 4 jam. bawa ke hospital untuk dilihat doktor.
Plan C;
memerlukan cairan gantian melalui pembuluh darah ; segera bawa kehospital.
nota kaki: pemberian cairan gantian terutama ORS hendaklah diberikan per sudu, sedikit demi sedikit, jangan dibagi terlalu banyak sekaligus, kerana akan menyebabkan muntah.
ingat! sekiranya anak memang lansung tidak boleh minum/makan kerana muntah setiap kali pemberian cairan/makanan walaupun anak tidak keliatan begitu lemas, segera bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan plan C
by, dr3142
Thank you so much doctor for your sharing..doc blh sy tau brp kali cirit sebenarnya untuk budak 6 thn yg boleh menyebabkan bdn dia jadi lemah sampai x boleh jalan contohnya.
ReplyDelete