Saturday, December 13, 2014

kehidupan seorang houseman di Malaysia -part 1

badan penat, otak pun penat, tapi ntah kenapa malam ni susah nak melenakan mata, walaupun tau esok pagi perlu bangun dan kerja seperti biasa..

tengah2 browsing internet, duk scroll FB atas bawah walaupun aku tgk sama je smua tapi still boleh scroll dua tiga kali, aku terpanggil utk membaca surat kepada akhbar berkenaan khidupan houseman yg kononnya ditindas, terseksa and so on. kemudian ada pulak surat balasannya juga.. mungkin dah takde isu lain yg boleh dibincangkan sampai surat khabar pon boleh menjadi media membalas surat.. hehehe...

so, tengah2 baca benda2 ni, buat aku terpikir balik macam mana perjalanan houseman aku dulu.
ada suka dan ada duka nya.. kalau nak suka je, susah plak kang.. hehehe..

tulisan aku ni bukanlah sebagai jawapan atau nak compare atau apa2 jelah yg berkaitan dengan surat di akhbar tu, tapi hanyalah sebagai nukilan aku untuk berkongsi dengan sape2 je la yang terlintas, melintas ataupun terpintas blog aku ni and terasa nak membaca tentang kehidupan aku sebagai ho dulu.. hehehe..

houseman, HO, atau Hamba Orang, semuanya berada dalam kategori yg sama.

16 April 2012, merupakan hari pertama aku melaporkan diri sebagai HO di sebuah hospital di sabah. aku melapor diri seorang diri. pada mulanya ada seorang lagi akan melapor bersama aku, tapi ntah mana pegi dia aku pon tak tau. haha.. Sesampai disana aku disambut oleh seorang schoolmate lama, dan dirumah dialah aku menagih simpati selama lebih kurang 3 minggu, sebelum aku berpindah ke rumah lain.

semasa melapor, aku bertemu dengan kak siti dan kak alva. syukur kedua2nya sgt baik dan membantu. aku dibagi masa sehari utk setelkan dokumen perjalanan, lembaga hasil, dan sebagainya sebelum dibawa bertemu dengan HOD department yg akan aku pergi. keesokannya, aku pon dibawa la berjumpa dengan HOD department yg aku nak pegi, masa tu aku di propose utk masuk ke department ONG (sakit puan) sebagai posting pertama aku. nak masuk departmen ni tak mudah. aku masih ingat, aku dibawa ke klinik pakar sakit puan untuk bertemu dgn HOD. setibanya disana, aku seolah2 tidak diterima masuk , kerana yela aku 1st posting, lepastu graduate indon plak lagi, nak plak masuk department yg paling banyak medikolegalnya dan perlu kepantasan dan kecekapan dalam bekerja. aku sgt down masa ni, yela depan aku sendiri pakar2 macam berfikir taknak terima aku, dan minta kalau boleh aku dihantar ke department lain dulu.. setelah dalam 15 minit mereka berbincang depan aku, akhirnya HOD pun cakap, okaylah, you join sajelah.. and pakar yang satu plak lagi cakap, " adik, awak kena kerja keras, lagi2 awak dari luar, make sure lepas saya balik cuti, saya nak tgk progress awak, ok?".. dub dab dub dab jantung aku.. aku dibagi rehat sehari, sebelum memulakan kehidupan sebagai ho ONG .

malam sebelum mula kerja, aku tak dapat tidur, aku resah, gelisah, terpikir2, tak tau macam mana la esok ni.. jam 6 pagi dah start keje, kene tagging sampai kul 10 mlm at least.

tapi bukan soal jam kerja yang aku pikirkan, tapi lebih kepada knowledge dan cara kerja di hospital nanti yang aku tau pastinya lain dengan masa aku belajar dulu.. apalagi aku graduate indonesia, semua orang akan pandang rendah, n pandang sebelah mata je.

Universitas Kristen Krida Wacana..pftt.... kebenda nama U macam ni??? tak pernah dengar pun.. aku sendiri mula2 malau nak bagitau aku U mana.. ( untuk adik2 lepasan SPM diluar sana, dulu U ni antara dua U swasta di indonesia yang diakreditasi oleh MMC dan kerajaan malaysia untuk buat medic, dan merupakan antara dua U yang tidak boleh dimasuki oleh agen2 yang sesuka hati memasukkan studen asal ada duit.. namun bermula tahun 2011 rasanya, U ni pun dah dicemari oleh studen2 yang dimasukkan oleh Agen)..

tapi takpe , aku nekad, tempuh je la .. nak patah balik dah tak boleh..

Alhamdulillah, semuanya berlalu, berjalan dengan lancar, semasa di department ni. dapat rakan sekerja semua nya sangat membantu, walaupun aku yg paling junior kat situ, tapi tiada senior yg membuli , sebaliknya diorang mengajar aku semua benda.teamwork sangat best. saling cover mengcover, takde istilah berkira.. aku pun sgt hairan, susah nak dapat team macam ni.. and peliknya sampai aku habis HO, semua depatment, mostly rakan sekerja tak berkira buat kerja, except beberapa orang la.. but mostly, thunbs up la.. MO pun mengajar, takde pon kene maki ke, kene jerit ke, which is aku sangat suka..

3 minggu pertama memang aku terkial2, cuba nak catch up semua benda, blood taking, istilah2.. aku dtg keje jam 530 pagi, sebab aku review pesakit masih pelan, so aku perlu dtg awal utk siapkan review cepat. tapi lepas tu, alhamudillah, everything just keep getting better and better for me..  aku rasa first posting kat ONG mmg sgt membantu, dia mengajar aku utk kerja pantas dan cekap, apetah lagi kami disini HO tak ramai. yela sapela yg nak dtg sabah sarawak kan..

setiap kali oncall, ada 3 orang. sorang akan cover labour room, sorang jaga PAC and maternity ward dan sorang lagi jaga  gynae dan OT. aku rasa oncall aku mostly jaga PAC dan maternity, tapi takpe aku ok je, sebab mmg sgt membantu aku sebagai pendatang baru dalam ho ni..

hidup sgt hectic, kadang kalau sempat makan, makanla, kadang beli je makann, letak kat pantry tapi sampai balik tak makan, bergantung. 

memang tak dapat dinafikan la, aku selalu dijadikan bahan ketawa masa di ONG, disebabkan ketersasulan aku menggunakan bahasa indonesia semasa buat kerja dan juga menulis di dalam case note.
patient jadi pasien, operation jadi operasi, teran (Push ) jadi ngedan, resus fluid jadi cairan resusitasi dan pelbagai lagi.. tapi takperla, tak penah amik hati, kadang benda ni jadi penghibur tatkala penat bekerja. hehehe..

masa ONG banyak benda boleh buat, staff nurse sangat superb dan sangat membantu, kadang kalau kami terlalu letih, terutama di labour room tu, mereka boleh offer lagi, "doktor kamu tidur jela dulu, biar kami yang tengokkan patient, kalau ada yang pelik2 akan panggil," sgt suka dan syg dengan mereka,..sbb mmg letih sangat, lagi2 plak aku mengaku aku sgt jonah semasa di ONG.

walaupun kami bz, tak ramai HO, kerja lebih 80 jam seminggu, tapi kami tak pernah plak terpk nak tulis kat paper ke apa ke. disaat hospital hospital di semenanjung semuanya kerja mengikut shift mostly, kami masih lagi bekerja semi-oncall kerana jumlah ho yang sedikit dan sampai aku habis HO pun tak pernah pun merasa shift ni. org ramai cakap ala, hospital district, pesakit tak ramai. jangan silap, walaupun kami district, tapi kami merupakan tertiary hospital.

alhamdulillah pejam celik pejam celik cukup 4 bulan, aku selesai ONG, sangat lega sebab tak kena extend ke apa.. seterusnya aku pergi ke departmen kanak2 plak.

sambung esok.. hehehe.. 

4 comments:

  1. "yela sapela yg nak dtg sabah sarawak kan.." ??!!
    THAT IS SO RUDE

    ReplyDelete
  2. overall recommended x ho di hdok utk medical grads drpd oversea?

    ReplyDelete
  3. salam dr. antara tawau dan sandakan mana lagi ok? betul ker ada yg ckp nanti kita stuck kat sabah sarawak tak boleh balik? �� tq for your time.

    ReplyDelete
  4. Saya bekas HO tawau
    Lepas HO terus boleh sambung MO di semenanjung. Request je pemindahan, isi borang hntr ke pejabat, sngat mudah, dari tiket ke kargo barang, semua FOC, dpt claim elaun gangguan lg sebulan gaji..

    ReplyDelete