Thursday, January 7, 2016

Kanser payudara / breast cancer, boleh sembuh sepenuhnya?

salam.. selamat tengah malam.. 
dikala cuti ini, tetibe rasa tegerak nak hupdate blog ni..
kanser payudara... opkos smua orang tau kan?? hehe..

sepanajang aku di jabatan pembedahan.. banyak kes2 kanser payudara ni.. mmg kalau operation day, untuk pesakit wanita mostly akan buat pembedahan yg berkaitan dengan payudara, baik nak buang tumor jinak ataupun tumor ganas (cancer ).

tapi sayang.. boleh kata, ramai yg datang untuk mendapatkan rawatan dalam keadaan sudah terlewat.. ini kisah benar. ada yg datang masa payudara dah busuk, benyek, hitam.. ada yang lebih sadis sudahla busuk, benyek, hitam, bedarah and bila tengok btul2 ada banyak dah ulat kat dalam tu, ada juga yang datang dalam keadaan sepsis (jangkitan kuman yang teruk) akibat dari kanser payudara yg dah pecah berulat tu and last2 meninggal bukan disebabkan kanser itu sendiri, tetapi disebabkan oleh jangkitan kuman yang sangat teruk sehingga merebak kedalam darah..

Jadi, kenapa agak2 mereka tidak datang awal sebenarnya? apabila ditanya antara jawapan yang diberikan adalah:
1. nak cuba ubatan kampung dulu ( setakat ni takde yg berjaya dengan ubatan kampung lagi )
2. tidak ada duit (mereka yg bukan warganegara)
3. takut
4. ingat ketulan biasa sahaja

so bila melihatkan alasan2 tersebut... haih... tak tau la den nak kata apa..... ada tu yang dah terang panajng lebar.. berbuih mulut ghope macam nak kene sawan pun.. still berkeras tak mau ubat apa2.. nak balik n cuba ubat kampung.. 6 bulan kemudian datang.. payudara dah tak ghope payudara....

jadi apa tu sebenanrnya kanser payudara?? akan ku cuba terangkan se-layman boleh.
kanser payudara ni terjadi disebabkan oleh mutasi genetik, yg lebih kepada disebabkan faktor keturunan, terutama mereka yang memiliki adik beradik atau ibu kandung yang memiliki riwayat kanser. 

slalunya kami akan diagnose kanser ini selepas melakukan pemeriksaan, kemudian ultrasound payudara ataupun mammogram dan diambil sedikit isi dari kanser itu untuk dihantar ke makmal untuk melihat jenis kanser. ini juga dikenali sebagai triple assessment. 

orang-orang muda,yg masih datang bulan, usia belasan sampai 20an, kadang selalu jugak ada masalah tetiba ada ketulan di payudara.. tapi selalunya ketulan jenis ini adalah jenis jinak. atau lebih glamer disebut sebagai fibroadenoma. kadang cuma breast cyst. tapi still utk pastikannya kene ambil sedikit sampel isi ketulan itu utk pastikan yang ianya bukan kanser. kalau dah kompem ianya bukan kanser, terpulanglah kepada pesakit, samaada nak operation ke tak.. lagi2 yg muda2 ni.. taknak la ada parut kan, kawin pon tak lagi.. so ada yg tunggu dan lihat, so bila dia semakin besar baru di buang.. tapi ada yg rasa tidak selesa, nak buang, so kami boleh buangkan. bahaya ke tak kalau tak buang? ada yg tanya macam ni.. tidak bahaya. tetapi, kene selalu rajin periksa sendiri. kalau kata ada ketulan baru, datang je balik. takde hal la.

ok berbalik kepada kanser. bila dah buat triple assment, dah tu bende tu kanser.. haa masa ni la, banyak adegan drama dan tarik tali antara pesakit dan doktor. kadang isteri nak operation, tapi suami plak tak nak. kadang suami suruh, isteri tak nak sebab takut. kadang suami isteri dua2 tak setuju sebab konon banyak cerita operation bahya al, chemo radio semua tu bahaya apatah lagi yg banyak dengar hasutan2 dari anasir2 yang hanya tau cakap dan memburukkan2 rawatan yang di offer.. semuanya disebabkan oleh dengar cerita orang.... haih..

Ni cara nak cek payudara sendiri.. boleh buat depan cermin setiap kali lepas mandi..


so bila nak operation bila nak chemo bila nak radio??? actually panjang sangat kalau nak explain bab ni.. ok saya cerita simpel je..

mostly breast cancer kene operation.. ada pelbagai jenis operation.. masing2 ada pro dan con nye.. tapi nak tak nak kene buang la.. kalau tak buang apa jadi?? maka ianya akan merebak ke tisu2 lain, seterusnya merebak ke anggota / organ tubuh yang lain.

tapi kadang kalau cancer/tumor terlalu besar atau melekat dengan otot dada, maka chemotherpy adalah pilihan dulu, dengan harapan lepas buat chemo, cancer tu akan mengecil dan barula boleh nak buat operation,

so berbalik kepada topik post ni, boleh sembuh ke??
ok  kanser payudara ni ada stage2 dia.. stage I smpai IV. bawah setiap stage tu ada lagi sub2 kategori dia. so stage I sampai III boleh dikira sebagai early stage. stage IV tu lambat dah le..

kalau stage I boleh dikatakan dengan operation dan rawatan pesakit mempunyai harapan hidup atau survival rate selama 5 tahun sebanyak 99%. dan peratusan ini akan berkurangn seiring dengan peningkatan stage. bila dah stage IV survival rate tu boleh turun smpai hanya 20%. 

jadi jgn takut dan jgn ragu2.. mulala rajin2 kan diri buat pemeriksaan payudara sendiri. kalau ada rasa sesuatu yang memusykilkan, segeralah berjumpa dengan doktor yang berdekatan dengan anda.. ada rasa ketulan ke, atau ttiba ada cairan keluar dari puting walaupun tidak menyusukan anak kecil dan sebagainya.

ingat! lagi awal anda didiagnos, lagi tinggi peluang anda untuk sembuh sepenuhnya..

owh ya hari tu ada orang tanya , doktor kawan saya cakap, dia sekarang paliatif .. dah sembuh dah katanya, setiap hari makan ubat je... saya perbetulkan, buka sembuh dah tu kak... paliatif tu bila dah late stage cancer dia.. tu selalunya lepas kita operation, rawatan dia bukanla untuk menyembuhkan, tetapi sebaliknya adalah utk mencegah dari terus merebak, dan memperpanjangkan usia dia kalau diizinkan tuhan la... tapi cancer tu sudah unlikely untuk sembuh atau dibuang....

kalau nak tanya apa, dila drop comment kat bawah takpon email je,.. insyaAllah.. akan dijawab segera kalau tak bz..

salam

dr3142



4 comments:

  1. Salam, saya nak tnya. Kalau tumor invasive ductal carcinoma, 2 cm, dimana sudah dibuang lump itu di bhgian breast.. Dr mencadangkan to remove all the breast, and axillary lymph node. The problem is, kami x diterangkan other option macam radiation theraphy ke apa. boleh tuan terangkan sikit other option?

    ReplyDelete
  2. Salam, saya nak tnya. Kalau tumor invasive ductal carcinoma, 2 cm, dimana sudah dibuang lump itu di bhgian breast.. Dr mencadangkan to remove all the breast, and axillary lymph node. The problem is, kami x diterangkan other option macam radiation theraphy ke apa. boleh tuan terangkan sikit other option?

    ReplyDelete
  3. maaf kerana lambt sgt reply.. sgt bz dgn department bru.
    invasive ductal cancer ni merupakan common type utk breast cancer..
    so slalunya mmg akan di operation dl.
    terapi tgntung kepada saiz.. dn juga adakah dia dh merebak ke tempt lain.
    kalau mngiku kes puan, kemungkinan doctor suruh buang smua utk mengelakkan ia dri merebak ke tempat lain.
    slalunya scan seperti CT TAP - thorax abdomen pelvic atau bahasa pasarnya scan satu badan akan dilakukan utk mengetahui adakah ada penyebaran ke tempat lain. skiramya ada bru mungkin doctor akan cdgkan perlu chemo/radio..

    ReplyDelete
  4. maaf kerana lambt sgt reply.. sgt bz dgn department bru.
    invasive ductal cancer ni merupakan common type utk breast cancer..
    so slalunya mmg akan di operation dl.
    terapi tgntung kepada saiz.. dn juga adakah dia dh merebak ke tempt lain.
    kalau mngiku kes puan, kemungkinan doctor suruh buang smua utk mengelakkan ia dri merebak ke tempat lain.
    slalunya scan seperti CT TAP - thorax abdomen pelvic atau bahasa pasarnya scan satu badan akan dilakukan utk mengetahui adakah ada penyebaran ke tempat lain. skiramya ada bru mungkin doctor akan cdgkan perlu chemo/radio..

    ReplyDelete