Monday, January 28, 2013

kota kinabalu in a day

whew... sangat2 penat... sandakan - kota kinabalu - sandakan back to back. malam ni pergi esok balik.. nasib baik jugak la pergi jer driving, balik naik flight, kalau tak mmg tak bangun2 aku tidur.. heheh..

kami bergerak dari sandakan around 620pm, dengan berjenterakan sebuah MyVi 1.5 milik kawan aku, kami pon bergerak dari sandakan. since she postcall, and another one pon seorang gadis jugak, so i decided juz let me drive la. what again aku takut skit kalau perempuan yg bawak. hahah.. lgipon aku mmg suka drive.

the road sgt2 menguji skill memandu, from sandakan till telupid, still ok jalan, walaupun ada beberapa jerawat la, but got one part in telupid , jalan dia mmg teruk belobang2, i guest for 5 km mcm tu. so mmg aku drive ala2 mcm main game dirt 2. (its a popular rally game). 

n then kami sampai ranau, then kundasang. kat kundasang aku paling suka, scenery dia mmg cantik, even at 9pm, disebabkan bulan purnama, so aku dpt nampak the amazingness, greatness, beutifullness of gunung kinabalu. mmg sangat2 cantik. tak dapat nak terjemahkan dengan kata2.n then from kundasang, the road after that, mmg best, so many sharp turns, and thick mist! aku rasa macam dalam movie.. u can only see mist in front of you, even dah bukak fog light,high beam, ko tak nmpak apa2 pon, juz 6-10 meter infront of u je yg u boleh nampak. dua2 gadis yg naek kete ngan aku dah tak jadik tidur, sbb takut. aku plak mmg layan la jalan tu, sbb best, tackling the corners, hearing the tyres screeching.. mmg best... hahahah...

kami sampai kk dalam jam 11 pm.quiet fast right?? aku pon tak sangka boleh sampai seawal tu. apa2 pon, i have to admit, this myvi car is  hell damn a tough car. masih teguh berdiri dengan 4 tayar.hehehe..

malam tu, aku tidur sorang2 kat promenade hotel kota kinabalu, yerla dah tak kawen lagi kan, kalau dah kawen mestila ada gadis yg menemani tidur.. hahah..

the next day, bangun dalam jam 8 pagi (badan sakit2 semua), sambung jalan2 di kk. i went to pasar philipines, merdeka square, bukit bendera, tanjung aru, pastu mall apa lagi satu tu, lupa plak aku apa nama dia. i end up my visit in kompleks sukan kt tanjung aru kot, nama dia, cuz my fren's sister ada pertandingn paintball, so we join her watching the game. then from there, we go straight to the airport to catch our flight at 815pm.


waaa, tak sabar rasanya nak pergi sabah road trip this coming end of february.. sure it will b fun.. a 7 days road trip ..huerm.. best best.. hehehe

ok till then peeps..

p/s: here couple of panoramic kota kinabalu pictures i took from bukit bendera.





Wednesday, January 16, 2013

listen listen listen

ape kejadahnya benda ni??


mula2 aku tak tau pon mende ni, pagi2 bukak fb sementara nak mandi pi keje, tgk wall penuh dengn status listen listen listen.. even sampai hari ni pon tak habis2 lagi pasal benda ni, ahmadlutfi pon tak terlepas dari membuat video parodi berkenaan benda ni.

n then aku pon bukak la video youtube tentang natang listen listen listen nih, n baru la aku faham. 

itula susahnya bila a so called professional person, tried to show off how professional he or she is.

habis semua benda nak dikaitkan, kucing anjing, ikan jaws yg tak terlibat dalam politik malaysia pon dilibatkan. (adake pon binatang yg join politik?) soklan tak terjawab jugak.

memalukan orang islam je, wat again bila dia cakap "kita sebagai orang islam...bla ba bla"..
 "maaza taf a'lun li maza la taf a'lun" atau bahasa pasarnya, cakap tak serupa bikin.

respect people than people will respect you, n u nid to know how to respect.

learn on how to accept others opinion,suggestion, idea.

be wise.

dun b a coward

speak for the truth


time to sleep...ZzZzzzz
saje nak bising2 skit , bosan tgk setiap hri pon wall pnoh ngan listen listen listen.


Wednesday, January 9, 2013

Anak cirit birit, muntah-muntah, diare?

terpanggil utk menulis entry tentang ni sebab salah satu sahabt saya kol sebentar tadi menanyakan tentang anaknya yg sedang cirit birit dan muntah2

cirit-birit/ diare dan muntah2 adalah merupakan satu penyakit yg lazim pada anak2, memandangkan sistem pertahann tubuh anak masih lemah, dan apetah lagi habit anak2 yg suka memasukkan/makan sesuka hati setiap sesuatu yg dipegangnya.

lazimnya penyebab utama diare adalah virus, rotavirus khusunya, yg selalunya boleh sembuh dengan sendirinya. tetapi adalah berbahaya kalau najis anak2 kelihatan bercampur darah, atau seperti air cucian beras, kerana boleh jadi disebabkan oleh kuman2 berbahaya yg menyebabkan penyakit seperti cholera, amoebiasis dan disentri.

diare dan muntah2 amnya adalah merupakan gejala2 bagi penyakit yg disebut sebagai AGE (acute gastroenteritis) acute= terjadi dengan mendadak, tiba2 dan cepat, gastroenteritis = radang pada sel2 saluran pencernaan khusunya perut.

apa yg perlu anda lihat dan ketahui pada anak2 apabila mereka mula muntah2 dan cirit birit?
1. berapa kerap dalam sehari?
2. berapa banyak setiap kali muntah/cirit?
3. lebih banyak muntah/cirit dari asupan cairan?
4. adakah anak keliatan lemas? tidak aktif?
5. adakah mata kelihatan lebih cengkung?
6. adakah anak masih sedar? atau sudah keliatan seperti mengantuk2?
7. adakah masih ada air mata apbila menangis?
8. adakah anak keliatan sangat haus?
9. adakah demam?
10. sudah berapa hari?
11. adakah penyakit lain yg mendahului seperti batuk, selesema, demam?
12. adakah ahli keluarga lain yg mengalami perkara yg sama?
13. kalau menggunakan botol susu, adakah puting botol susu benar2 bersih?
14. dan macam2 lagi..

jadi apa yg perlu anda lakukan apabila anak terkena cirit birit dan muntah2?
pada anak2, tidak digalakkan pemberian ubat anti muntah dan anti diare.

pengubatan adalah berdasarkan gejala seperti yang ditunjukkan didalam gambar di bawah:


Plan A:
pemberian cairan gantian (ORS - air garam, atau 100 plus pada anak2 yg lebih besar) sebanyak 10ml bagi setiap kilogram berat anak, untuk setiap kali muntah/cirit, contohnya berat anak 10kg, jado 10ml x 10kg =100ml untuk setiap kali muntah atau cirit. sekiranya masih menyusu, teruskan sahaja.

Plan B:
pemberian cairan gantian 75ml / kg berat badan, dan perlu dihabiskan dalam 4 jam. kemudia keadaan anak dinilai semula. contohnya berat anak 10kg, jadi 75 x 10 = 750 cc, dihabiskan dalam 4 jam. bawa ke hospital untuk dilihat doktor.


Plan C;
memerlukan cairan gantian melalui pembuluh darah ; segera bawa kehospital.

nota kaki: pemberian cairan gantian terutama ORS hendaklah diberikan per sudu, sedikit demi sedikit, jangan dibagi terlalu banyak sekaligus, kerana akan menyebabkan muntah.


ingat! sekiranya anak memang lansung tidak boleh minum/makan kerana muntah setiap kali pemberian cairan/makanan walaupun  anak tidak keliatan begitu lemas, segera bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan plan C

by, dr3142

Monday, January 7, 2013

After 9 month

wah, berhabuk sudah blok ku ni, bidak sudah bha.. "ops, kluar dah dialek sabah aku".. hehehe..
pejam celik pejam celik dah 9 bulan aku menjejakkan kaki ke sabah sebagai seorang tabib kerajaan.

Bermula dari OnG, ke paediatrics, sekarang aku beralih ke posting ke 3 aku iaitu Orthopedics.. department "santai menyantai" bagi HO di hospital sandakan ni. tak banyak sangat kerja, setiap hari pon kerja cuci luka org, masukkan balik tulang yang terkeluar dan beberapa lagi. 

tapi aku suka kata2 sahabat aku yg sorang ni, dah la hensem, kacak, bergaya lagi.. hahah.. masa first day aku masuk department ni, aku ada ckp, aduh bosan gila, apa lagi sebelum ni aku dah disibukkan dengan ibu2 yg sarat mengandung dan anak2 yg banyak kerenah.. tapi sahabat aku yg sorang ni dengan rileknya cakap " rileks bro, kat department ni la ko nak mempertajamkan skill ko memandang tak banyak sangat benda nak buat" bila aku pikir balik, btol jugak tu.

so, sebulan sudah aku kat department ni, dan aku tk rasa pon yg department ni santai, agak sibuk, cuma bezanya, time lunch, kadang2 leh makan kt luar.. hahaha.. thts all la aku nak cerita, tak tau nak cerita apa lagi selain aku baru je berabis duit beli x-box.. hahahah....

akhirnya dengan kehadiran x-box, aku berjaya mencompletekan set home theatre aku yg cukup utk menghiburkan aku di bandar sandakan yg kurang menghiburkan ini.. hahahah