Sebenarnya dah lama nak buat post pasal benda ni, tapi malas, n disebabkan hari ni ada dua sahabat saya yg post di facebook berkenaan menatang ni, sorang sokong, sorang tak, maka aku pon rasa nak share la jugak pandangan aku tentang benda ni.
Jom kita ketahui dulu apa itu PTPTN
PTPTN atau Perbadanan Tabung pendidikan Nasional diperkenalkan pada tahun 1997
atas tujuan mengurus bantuan pinjaman kewangan untuk pelajar di
peringkat pengajian tinggi. Pinjaman kewangan ini diharapkan dapat
membantu meringankan beban keluarga selama anak-anak mereka melanjutkan
pengajian tinggi yang kebiasaannya memakan belanja yang besar selama
tempoh pengajian. Bukan sahaja yuran pengajian yang ditanggung, pinjaman
kewangan PTPTN juga merangkumi pembelanjaan kos sara hidup.-dipetik dari blog sahabar saya.
Jadi pada pandangan saya, sebenarnya, PTPTN ini boleh dihapuskan/dikurangkan hanya bila:
1. untuk keluarga yang benar2 tidak mampu.
2. untuk mereka yang memperoleh pointer lebih dari 3 atau anugerah dekan
Kenapa saya berpandangan berikut?
1. untuk memberi semangat kepada anak keluarga miskin untuk terus belajar
2. memberi motivasi kepada pelajar yang mengambil PTPTN untuk berusaha lebih gigih.
Apa yang terjadi kalau PTPTN dihapuskan?
1. pelajar akan sambil lewa, kurang motivasi dalam diri, memandangkan mereka tahu samada belajar
betul2 atau tidak, mereka tetap akan dibiayai.
2. Kurangnya kualiti pada diri pelajar dan graduan yang dihasilkan tidak akan memenuhi kehendak
pasaran sehingga terjadi masalah pengangguran.
3. Sudah tidak ada perbezaan antara pelajar cemerlang dengan yg tidak cemerlang kerana perbezaan itu penting utk memotivasi pelajar utk belajar dengan gigih,
Jadi apa yang boleh di syorkan:
JANGAN mansuhkan tapi di PERBAIKI dengan cara:
1. kalau memang duit PTPTN adalah suntikan dari rakyat, kurangkan bunga yang katanya melampau, sebaliknya cukuplah hanay utk membiayai bagian pengurusan PTPTN.
2. Pengurangan pembayaran bagi keluarga anak miskin atau percuma bagi anak keluarga miskin yang cemerlang.
3. Pengurangan pembayaran balik PTPTN bersesuaian dengan hasil akhir pengajian,
4. mungkin anda boleh syorkan?
Jadi, anda fikirlah yang mana yang bagus, jgn terpengaruh kepada isu politik, hutang itu ke hutang ini, sebaliknya lihat dari sisi untuk kebaikan pendidikan dan kualiti pelajar2 kita.
Wallahualam.
dr3142
No comments:
Post a Comment