Sunday, March 25, 2012

Angin ahmar : Stroke? 2 stroke? 4 Stroke?

Masih teringat persembahan kumpulan sepah di dalam maharaja lawak yang ada menyebut tentang stroke menjadi 2 stroke dan kemudian menjadi 4 stroke. menurut shuib 2 stroke kalau hanya lumpuh sebelah tangan dan kaki, dan 4 stroke bila dah lumpuh keempat2 anggota badan. Ianya mungkin berbunyi seperti kelakar, saya juga turut ikut tertawa. tapi anda semua jgn terkejut kalau apa yg dikatakan shuib tu sebenarnya betol. tp kalau tak terkejut takpela.. hehehe..

Angin ahmar, atau Stroke adalah merupakan suatu keadaan yang terdiri dari gejala hilangnya fungsi sistem pusat saraf fokal atau global yang berkembang cepat dan berlansung lebih dari 24 jam ataupun sehingga menyebabkan kematian.

Saya akan jelaskan dengan ringkas dan mudah untuk difahami.

Apa sebenarnya yang menyebabkan terjadinya stroke?

Penyebab terjadinya stroke adalah tergantung kepada jenis stroke itu sendiri. stroke terbagi kepada dua iaitu:
1. stroke haemorrhagic
2. stroke non- haemorrhagic

Stroke haemorrhagic/pendarahan
stroke haemorrhagic terjadi apabila pembuluh darah di otak pecah sehingga terjadinya pendarahan di otak. pendarahan boleh terjadi dimana-mana bahagian otak. Lokasi pendarahan otak ini sangat penting, kerana manifestasi gejala adalah tergantung dari lokasi tersebut.

antara penyebab sering terjadinya stroke haemorrhagic adalah seperti;
1. hipertensi/darah tinggi
2. accident/trauma
3. pendarahan yang disebabkan tumor
4. gangguan pada bentuk pembuluh darah.

Stroke non-haemorrhagic/infark
stroke non-haemorrhagic terjadi apabila terdapat bahagian dari otak yang tidak mendapat suplai darah sehingga menyebabkan mati (infark).

penyebab terjadinya stroke jenis ini ialah:
1. kelainan pembuluh darah otak
2. penyakit degeneratif pembuluh darah/arteriosklerosis (pada perokok, diabetes, kolesterol tinggi,  alkohol, riwayat keturunan)
3. hipertensi/darah tinggi

Apalah gejala-gejala stroke?
seperti yang saya cakap, gejala stroke adalah tergantung dari lokasi pendarahan/infark, tapi secara umum, gejala-gejalanya adalah seperti berikut:
1. susah untuk berbicara/bunyi macam pelat
2. tiba2 lumpuh anggota badan sehingga tiba2 terjatuh
3. muka senget/herot
4. hilang deria sentuh, deria sakit,deria tekan,
5. sakit kepala
6. rasa kebas pada anggota tubuh
7. gangguan penglihatan

dan macam-macam lagi

Jadi sekiranya anda mengalami gejala-gejala tersebut terutama bicara pelat, lumpuh tiba2, segera dapatkan rawatan kerana, pada stroke, penanganan awal adalah sangat penting dalam menentukan prognosis (kebaranglian) untuk sembuh.


Apa yang anda boleh lakukan untuk hindari stroke?
apa yang penting dalam hindari stroke adalah lifestyle. tak dinafikan, ada juga yang dah jaga pemakanan, exercise setiap hari, tapi still kene jugak. so itu mostly disebabkan oleh riwayat keturunan. so apa yg boleh kita buat untuk kita hindari stroke?
1. Diet yang seimbang, kurangkan makan makanan yang berkolesterol tinggi. kurangkan garam
2. jangan merokok
3. banyakkan berolahraga
4. sekiranya anda mempunyai penyakit darah tinggi, diabetes, sentiasalah follow up penyakit anda, dan ambil ubat dengan teratur.
5. hindari alkohol
6. lakukan pemeriksaan kesihatan berkala.

Apa sahaja yang sering dilakukan dan diberikan pada penderita stroke?
1. CT scan kepala
2. Pemberian ubat antiplatelet (mengelak terjadi penggumpalan darah)
3. ubat darah tinggi sekiranya tekanan darah lebih dari 180mmHg (sistol)
4. Physioteraphy 
5. dan beberapa tindakan lain sekiranya keadaan sangat parah

Alrite, saya rasa cukup itu saje yang penting utk anda semua ketahui.  sama-samalah kita jaga kesihatan kita selagi masih sihat ni.. :) inga!! ACT F.A.S.T!!. Assalamualaikum.


by;
dr3142




No comments:

Post a Comment