Saturday, March 31, 2012

HO dan Locum

seperti yang dikatakan oleh dr izwan ismail, Isu 'houseman' (HO) membuat locum buat suatu perkara yang baru. Kebanyakannya membuat locum di luar waktu kerja bagi menambah sumber pendapatan.

Walaubagaimanapun mengikut Undang-undang Malaysia Akta 50 - Akta Perubatan 1971, adalah menjadi satu kesalahan bagi HO (ie. pemegang APC sementara) untuk membuat locum serta hukuman boleh dikenakan kepada mereka. Malah ada HO yang pernah ditangkap sebelum ini dan dikenakan tindakan tatatertib diatas kesalahan mereka itu.

Realitinya, ramai HO yang membuat locum.
HO buat locum = Langgar peraturan = Kerja yg salah
Apabila kerjanya salah, maka apakah status wang yang diperolehinya? Halal atau haram?

Menurut pandangan ulama-ulama, pada waktu wujudnya akta rasmi yang melarang, ia secara rasminya dianggap haram dari sudut hukum Islam atas dasar "kewajiban taat kepada pemerintah dalam hal yang tidak berkait dengan maksiat dan demi kemaslahatan umum yang dilihat oleh pemerintah". Pada masa yang sama, HO itu sendiri dapat memudaratkan pesakit locum yang mereka temui ketika memberikan rawatan dan ubat kepadanya kerana pengalaman serta pengetahuan yang masih cetek dan baru di dalam bidang perubatan.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Tepuk dada, tanya Iman.

Kebenaran itu kadang kala sungguh pahit

Friday, March 30, 2012

Life and how it goes part 1

Tibe2 tgh berguling2 malam ni, sambil mendengar lagu yang berkumandang dari laptop aku.( dah macam azan plak) lolx..aku terpikir, macam mana aku bleh jadi doktor.. satu cite2 yg tak pernah aku fikirkan dulu.. so, malam ni, aku nk cite skit ttg hidup aku kt korang.. ada ke pon org baca kan? so tkpela, bleh la anak aku ke, cucu aku ke baca bila aku dah tkde nnti.. hehe..

Muar, Johor, 1 Mac 1987, jam berapa ntah..setelah 9 bulan aku berusaha untuk meneruskn hidup didalam perut mak aku, dari zaman aku masih lagi dalam bentuk zigot, akhirnya aku beryaha mengeluarkan diri aku dari perut mak aku, dengan berat sebnyak 4kg. berat tuh.. menurut riwayat mak aku, akulah anak yg paling susah dikandung..mcm2 nak..nak lahirkan pon susah.. dulu, bila mak aku ckp cmtu, aku bkn nye bleh bygkan sgt pon, tp skang bila dah byk sambut baby tlg persalinan, bru aku tahu betapa siksanyalah nak melahirkan tu.

masa aku kecik2 aku ada byk nama, masa kat sarawak, arwah abang panggil aku adik "ontong" masa kat muar (kampung) orang kampung panggil aku piyos, dah macam toyota vios plak nama aku kan.. aku mengenal apa itu muqaddam, apa itu surah2 sejak dari kecil lagi, beralaskan rehal, malam2 aku bawak muqaddam ke rumah jiran kat kampung untuk mendalami ilmu mengaji.. Alif date a,  Alif bawah i, alif depan U, A I U, bgitulah setiap malam ku, sehinggalah aku boleh membaca ayat2 al quran.. zaman tu, mana ada lagi metod2 baru mcm Iqra, hehe..

aku kemudiannya menetap di kuching sarawak, sampailah umur 4 tahun, kemudian kami berpindah ke Ipoh perak, di rapat setia. kami pindah sebab ada pengalamn hitam di sarawak, sekaligus mengikut papa pindah kerja ke perak. tak lama lepas tu, kami pon pindah ke pekan razaki, sebuah penempatan baru diiipoh. masa tu umur 6 tahun, nak mula tadika dah. aku betadika di tadika kemas, kampung sungai rokam, nama je kampung, tapi skang dah ala2 mcm kampung baru kt KL gitu la.hehe.. setiap hari mama akan bawak aku nek basikal pegi tadika, sebelum ketadika mesti mama akan sikatkan rambut, pakai gel jenama elizabeth, beli kat pasar malam. dulu, mana pandai nak beli mcm skang, loreal, gatsby bagai, cukup pakai gel elizabeth tu, dalam pack plastik, cukup utk 2 bulan, efek dia takder dah mcm strong hold kt gel2 skang, tapi mmg keras gila ayam, even ada angin taufan pon, rambut maintain je..heheheh...

Mama ajar aku baca abc memang brutal, hahaha... beliau amik keratan2 akhbar yg tulisan dia beso2 pastu dia sambung2kan suruh aku baca, kalau aku mcm bebal skit, habislah aku kene marah.. hahaha.. tapi, teknik ni mmg berjaya.. kejap je aku dah boleh membaca. small the pieces la bak kata apek senario.. hehe. masa hari penyampaian hadiah tadika, cikgu announce aku dpt no 1. masa tu aku mcm, tak kisah, yang aku pikir nak p kedai kecik kat sebelah tadika tu, beli sagu pastu balik nek basikal ngn mama, n tgk satria baja hitam ngn gaban kat tv. hahaha.. Aku membesar ngn zaman Gaban, satria baja hitam, jetman, cybercop, power rangers, streetfighter, superhuman samurai, dan macam2 lagi. haha..best woo zaman tu.

aku kemudiannya masuklah ke darjah satu di sekolah kebangsaan sg rokam. sekolah "kampung" yang berprestasi bagus kat perak ni la kononnya waktu tu. ingat lagi masa hari pendaftaran, kat bahagian cita2, bleh2 bapak aku buat cita2 aku nk jadik polis, guru ngn doktot ke bomba aku tk ingt.. hahah.. gile, tak pernah terpikir semua cita2 tu. tapi, apa aku kisah? sebab aku masih ngn dunia fantasi aku.. haha. permainan apa je aku tak men masa sekolah rendah?s pepsi cola, pegang2 tiang, galah panjang, polis entri. kalau kat sekolah agama rakyat plak, main gasing, yoyo, main bola pakai plastik yang dibalut2 jadik mcm bola mmg best. paling canggih  masa tu main kereta dash yankuro.. perghh.. masyuk, lagi2 plak masa tu ada kartun dia kt tv, apa dlm katun tu buat, kami pon nak buat gak, pakai bulu ayam letak kat kete tula nak bgi stabil kononnya.. race kat dalam longkang je pon,hahaha. tapi tu dah cukup menunjukkan satu kepuasan. kalau nak cite, byk benda best2 dulu, zaman sekarang? hampeh, kecik2 duk kerumun, ingat men apa, sekali men ipad.. mak hangg...hahah.. kalau dulu, kumpul2 buat apa? men tutup botol, mian lawan pemadam, main batu seremban, men digimon haaaa.. best tu digimon, belom digimon goncang lagi.. hahah macam2.. 

tapi yang pastinya masa sekolah rendah2, cita2 aku cuma satu, nak jadik mufti perak! hahha.. mmg macam kelakar, tapi serius mmg aku nak jadik mufti perak..so, aku target nak masuk SMA Izzuddin Shah, ipoh. skolah ni masa zaman aku dulu, mmg skolah menengah agama yg popular la, ramai yg nak masuk. disebabkan konon nak jadik muftila, aku kat sekolah rendah aku pakai songkok. haha..sampai ada yg cop aku jadik geng songkok..bukan setakat tu, perhimpunan setiap hari isnin, aku la yg selalu baca doa..buat2 mcm tak mo baca, tapi sebenarnya nak, tapi malu.... lolx..

masa aku sekolah rendah, aku dua kali jadik pengawas.. haha, sekali memang aku dilantik disebabkan cikgu nampak dedikasi, dan kaliber aku sebgai pemimpin, cewah, dan sekali lagi jadik sebab aku mintak.. hahaha.. masa darjah 3, sebulan lepas aku jadi pengawas, aku jumpa penyelia petang, masa tu Pn Bariah. aku hasut member aku sorang, amzar nama dia, jumpa cikgu, kami nak letak jawatan, sebab nnti tk cukup masa nak beljar, hahahahhaha... gile punya reason, aku pon tak tau kenapa aku leh wat reason mcm tu..haha.. pastu masa darjah 6, kebetulan cikgu kelas aku, dia yg lantik pengawas, so aku dtg jumpa aku ckp, cikgu, saya nak jadik pengawas la boleh? cikgu tanya kenapa? aku pon jawab, sebab mama saya ckp kalau jadik pengawas, senang nak mintak masuk sekolah asrama.. hahahha.. padehal mak aku tak cakp pon mcm tu.. hahahha...

aku masih ingt lagi, aku masuk pertandingan pidato, wakil sekolah tu. haha..masa tu nak pi pertandingan peringkat daerah kinta,.. aku dpt topik tentang pengguna. bole2 dah ready nak pi, esoknya aku tk dtg sekolah, sebab sakit.. satu sekolah carik, cikgu sampai carik kt toilet, ingat aku nyorok sebab takut.. haha,.. rupanya aku sakit.. hahahha..
masa nak UPSR, mama cakap, kalau tak dapat 5A, ko keje je la kat kedai mamak kat depan tu.. gile, boleh stress aku walaupun seumur aku ni masih belum mengenal erti stress, sampaila hari pengumuman, cikgu bleh rajin tu, nak sebut nama satu2 siapa yang dpt 5A. dah sampai nama ke 41 orang, nama aku masih takder lagi, gila, dlm otak aku dah berlegar2 dah, aku kene keje kedai mamak la pasni, mampus aku.. hahah.. tiba2 cikgu sebut, yang ke 42, Muhamad fairuz bin samsuddin... aku pon.. yeayyyy.. hahah.. gile, mana tak happy, sbb dgn tersebutnya nama aku, secara otomatik, bye2 mamak.. hahahhaha... lega weyh...

adoi, banyak aku membebel nih.. nntila aku sambung lagi untuk sekolah menengah nye.. hehehe.. salam..

Thursday, March 29, 2012

whats happen when people ask a question that state the obvious??

hahah.. see the title up there? try watch this video.. its funny but its true... lolx


Sunday, March 25, 2012

Angin ahmar : Stroke? 2 stroke? 4 Stroke?

Masih teringat persembahan kumpulan sepah di dalam maharaja lawak yang ada menyebut tentang stroke menjadi 2 stroke dan kemudian menjadi 4 stroke. menurut shuib 2 stroke kalau hanya lumpuh sebelah tangan dan kaki, dan 4 stroke bila dah lumpuh keempat2 anggota badan. Ianya mungkin berbunyi seperti kelakar, saya juga turut ikut tertawa. tapi anda semua jgn terkejut kalau apa yg dikatakan shuib tu sebenarnya betol. tp kalau tak terkejut takpela.. hehehe..

Angin ahmar, atau Stroke adalah merupakan suatu keadaan yang terdiri dari gejala hilangnya fungsi sistem pusat saraf fokal atau global yang berkembang cepat dan berlansung lebih dari 24 jam ataupun sehingga menyebabkan kematian.

Saya akan jelaskan dengan ringkas dan mudah untuk difahami.

Apa sebenarnya yang menyebabkan terjadinya stroke?

Penyebab terjadinya stroke adalah tergantung kepada jenis stroke itu sendiri. stroke terbagi kepada dua iaitu:
1. stroke haemorrhagic
2. stroke non- haemorrhagic

Stroke haemorrhagic/pendarahan
stroke haemorrhagic terjadi apabila pembuluh darah di otak pecah sehingga terjadinya pendarahan di otak. pendarahan boleh terjadi dimana-mana bahagian otak. Lokasi pendarahan otak ini sangat penting, kerana manifestasi gejala adalah tergantung dari lokasi tersebut.

antara penyebab sering terjadinya stroke haemorrhagic adalah seperti;
1. hipertensi/darah tinggi
2. accident/trauma
3. pendarahan yang disebabkan tumor
4. gangguan pada bentuk pembuluh darah.

Stroke non-haemorrhagic/infark
stroke non-haemorrhagic terjadi apabila terdapat bahagian dari otak yang tidak mendapat suplai darah sehingga menyebabkan mati (infark).

penyebab terjadinya stroke jenis ini ialah:
1. kelainan pembuluh darah otak
2. penyakit degeneratif pembuluh darah/arteriosklerosis (pada perokok, diabetes, kolesterol tinggi,  alkohol, riwayat keturunan)
3. hipertensi/darah tinggi

Apalah gejala-gejala stroke?
seperti yang saya cakap, gejala stroke adalah tergantung dari lokasi pendarahan/infark, tapi secara umum, gejala-gejalanya adalah seperti berikut:
1. susah untuk berbicara/bunyi macam pelat
2. tiba2 lumpuh anggota badan sehingga tiba2 terjatuh
3. muka senget/herot
4. hilang deria sentuh, deria sakit,deria tekan,
5. sakit kepala
6. rasa kebas pada anggota tubuh
7. gangguan penglihatan

dan macam-macam lagi

Jadi sekiranya anda mengalami gejala-gejala tersebut terutama bicara pelat, lumpuh tiba2, segera dapatkan rawatan kerana, pada stroke, penanganan awal adalah sangat penting dalam menentukan prognosis (kebaranglian) untuk sembuh.


Apa yang anda boleh lakukan untuk hindari stroke?
apa yang penting dalam hindari stroke adalah lifestyle. tak dinafikan, ada juga yang dah jaga pemakanan, exercise setiap hari, tapi still kene jugak. so itu mostly disebabkan oleh riwayat keturunan. so apa yg boleh kita buat untuk kita hindari stroke?
1. Diet yang seimbang, kurangkan makan makanan yang berkolesterol tinggi. kurangkan garam
2. jangan merokok
3. banyakkan berolahraga
4. sekiranya anda mempunyai penyakit darah tinggi, diabetes, sentiasalah follow up penyakit anda, dan ambil ubat dengan teratur.
5. hindari alkohol
6. lakukan pemeriksaan kesihatan berkala.

Apa sahaja yang sering dilakukan dan diberikan pada penderita stroke?
1. CT scan kepala
2. Pemberian ubat antiplatelet (mengelak terjadi penggumpalan darah)
3. ubat darah tinggi sekiranya tekanan darah lebih dari 180mmHg (sistol)
4. Physioteraphy 
5. dan beberapa tindakan lain sekiranya keadaan sangat parah

Alrite, saya rasa cukup itu saje yang penting utk anda semua ketahui.  sama-samalah kita jaga kesihatan kita selagi masih sihat ni.. :) inga!! ACT F.A.S.T!!. Assalamualaikum.


by;
dr3142




Wednesday, March 21, 2012

Buasir: apa itu buasir ? dan kenapa harus malu?

Buasir merupakan satu penyakit yg tak asing bagi kita. kita sering dengar orang duk sebut, "haa, tu duk lama tak mo bangun2 tu kene buasiq la tu", ada jugak yg ckp, "jgn cangkung lama2 buasir nanti", tapi sebenarnya anda semua tahu tak apa itu buasir??

bagi mereka yang menderita buasir, penyakit ini baginya adalah suatu yg memalukan. sebenarnya, yang menjadikan ia memalukan tu adalah disebabkan oleh orang sekeliling, ataupun sifat masyarakt kita yg memandang buasir tu sbg eeeeee, kene buasir. dan ada juga yg mentertawakan. tak bleh la mcm tu kan, sbb buasir ni bukannya berjangkit pun, pastu tak membunuh pon, takdenya kalau kita duk sebelah orang buasir, kita pon bleh kene buasir.. so, jomlah kita kenali serba sedikit apa itu buasir.

Buasir tu bahasa kita, dalam bahasa medic nya ia juga dikenali sebagai haemorrhoid.. diberi nama hemorrhoid kerana ianya bersangkut paut dengan punca dari terjadinya buasir iaitu terdapat bendungan / tekanan pada pembuluh darah balik/ vv haemorhoidalis di kawasan rectum paling bawah ataupun anus (lubang bontot -sopan tak? aku tk sure perkataan sopan apa). haemorrhoid ni sendiri terbagi kepada dua iaitu internal dan external. ni tak yah saya bahas, yg penting anda tau apa je simtom dan management dia.

Gejala

internal haemorrhoid
1. rasa tak selesa/tekanan pada rektum
2. keluar darah, terutama bersama2 najis yang dikeluarkan
3. kadang boleh terkeluar mucus/ lendir, yang ni hati2 kadang2 boleh menyebabkan terjadinya infection, yang kemudiannya menyebabkan rasa gatal.
4. apabila haemorrhoid terlalu besar boleh terjadi prolapse haemorrhoid/ terdapat tonjolan kluar dari rektum/anus menyebabkan rasa sakit dan bengkak. tonjolan ni kadang masih boleh dimasukkan balik pakai jari, kadang tak boleh, tergantung level keparahan dia.

contoh internal haemorrhoid dengan tonjolan yang terkeluar


external haemorrhoid
1. terdapat bengkak berbentuk seperti anggur di luar anus
2. sakit dan sangat mengganggu
3. gatal
4. boleh terbentuk gumpalan darah/ blood clot yg menyebabkan rasa sakit yg amat sangat dan boleh berlanjut sampai beberapa hari, sehinggalah gumpalan hilang.

contoh gumpalan darah pada external haemorrhoid

Jadi bagaimana boleh terkena haemorrhoid ni?
buasir ni selalunya terjadi disebabkan oleh lifestyle kita, oleh sebab itu ia juga boleh dicegah dan ditangani melalui lifestyle kita juga. so apa la lifestyle tersebut?

1. suka mencangkung lama2 dalam toilet ketika buang air besar. kalau memang dalam 5 minit dah cangkung tu tak keluar jugak, stop dulu rehat. kebanyakan masyarakat kita, siap bawak surat khabar baca time buang air, ada yg sms, ada yg bawak laptop pon ada..
2. selalu melalukan aktiviti yang memerlukan kita meneran seperti kerja2 yang sering memerlukan seseorang mengangkat beban yang berat.
3. kurang makan serat, sehingga menyebabkan terjadinya susah buang air besar / sembelit.

apa persamaan yang ada pada kesemua tabiat diatas? persamaan nya ialah, semuanya melibatkan tekanan/peneranan(ada ke istilah ni? ) sehingga menyebabkan pembuluh darah ke rektum anus tertekan.

tapi ada juga yg terjadi bukan disebabkan oleh tabiat seperti:
1. gangguan pada pergerakan usus seperti sembelit dan diarrhea
2. obese
3. kehamilan dan melahirkan
4. keturunan

so apa management dia?

1. kalau masih blom terlalu parah, boleh la merendamkan bahagian anus tu dengan cara duduk di dalam air suam sekitar 10 minit beberapa kali sehari.
2. krim atau suppositoria (yg mcm peluru duk cucuk kt anus) dan vasoprotektif oral yang mengandungi flavanoid untuk mengurangkan bengkak dan sakit.

skiranya dengan cara diatas masih gagal, maka tindakan-tindakan yang lebih aggressive akan dilakukan seperti:
1. sclerotherphy
2.banding
3.photo and electrocoagulation
4. haemorrhoidectomy

jgn risau, semua tindakan tersebut tidak mematikan, dan jgnlah malu dengan duk pikir terutama lelaki, malu nanti nurse nampak punggung.hehe

Dan yang penting adalah, lakukan lah pencegahan dengan mengamalkan lifestyle yang baik, jangan malu dan segeralah untuk berubat, kerana semakin lama semakin tidak bagus kerana boleh terjadi beberapa komplikasi yang tidak diingini.

jadi kepada anda yang mempunyai teman yang kena buasir, jgn lah pulaukan, atau perli, atau kutuk apa lagi mentertawakannya, sebaliknya bawalah dia berubat dengan segera.


Tuesday, March 20, 2012

Nak kurangkan buncit?

Assalamualaikum semua, pasti ramai yg berada di luar sana yg mengalami masalah yg sama, iaitu buncit, termasuklah aku, walaupun tkla buncit sgt, tp stil ttp buncit, so kat sini aku nak share la, 3 senaman yang boleh dilakukan setiap hari, untuk menurunkn buncit. credit to menshealth.com utk video ni. aku dah try n konsisten utk 3 minggu, ada skit la perubahan. insyaAllah lama2 nnti nmpkla ketul2 pack.. lolx.. so jomla try.. :)

shoveling


hot potato


dumbbell skier swing

Saturday, March 17, 2012

Bahaya dari infeksi bakteria

kita semua pernah mengalami atau terkena infeksi bakteria. baik dari sejak lahir sehinggalah tua, semua orang tidak lepas dari terkena infeksi ini. baik batuk, sakit perut, cirit-birit ber episod, sampailah ke bisul, pasti ada kene mengena ngn natang bakteria ni. tapi yg bgusnya kebanyakan dari kita telah pergi berubat dulu sebelum infeksi ini menjadi lebih teruk sehingga menimbulkan komplikasi. Jom kita tengok, apa yg boleh terjadi kalau kita biarkan infeksi bakteria yg biasa kita alami tanpa atau lambat kita ubati.

Infeksi saluran kencing (ISK)

saluran kencing melibatkan ginjal, ureter, pundi kencing, dan uretra. kesemua bagian ini boleh terkena infeksi terutama saluran kencing bagian bawah ( pundi kencing dan uretra ).

ISK ini sering tidak kita sedari, selalunya ia datang dengan gejala sering kencing, rasa panas bila kencing, air kencing warna keruh dan juga rasa sakit pada pelvis (wanita ) dan rektal (pada lelaki). jika dibiarkan tanpa diubati, infeksi ini boleh merebak keatas sehingga menginfeksi ginjal dan seterusnya boleh menyebabkan terkena penyakit ginjal yg perlu diubati seumur hidup.

Otitis Media (OM)

OM merupakan infeksi yg terkena pada telinga tengah. infeksi ini sering merupakan lanjutan dari infeksi saluran nafas yang selalunya seringa mengenai kanak-kanak, dan OM juga sering merupakan infeksi telinga yang didapat oleh mereka yang suka berenang.

gejala seperti sakit pada bagian telinga dalam, demam, gangguan pendengaran, sakit tekak dan kadang boleh keluar cairan dari telinga baik warna jernih sampailah macam nanah. pada kanak2 gejala boleh lebih teruk seperti gangguan keseimbangan, dan asyik nangis je. sekiranya dibiarkan, ianya boleh menginfeksi tulang mastoid (mastoiditis), hilang pendengaran, meningitis dan lumpuh sarah muka.

orang dewasa pula boleh terkena penyakit meniere (vertigo + hilang pendengaran + dengan berdengung).

infeksi pada tekak (laryngitis)

walaupun kebanyakan sakit tekak disebabkan oleh virus, namun ada juga yg disebabkan oleh sekumpulan bakteria yang dikenali sebagai Streptococcus pyrogenens. infeksi tekak jenis ini lebih sering mempunyai gejala yang lebih teruk dari yg disebabkan oleh virus. gejala adalah seperti, sakit tekak, tonsil merah dan membengkak, dan kadang tu kt tonsil ada macam putih-putih, kelenjar limfa leher membengkak, demam, sakit kepala, ruam dan lesu. pada anak kecil pulak kadang tu ada sakit perut ngan muntah-muntah.

jika tidak diobati, bakteria ni boleh menjalar dan menginfeksi tonsil, sinus, kulit, darah dan juga telinga tengah. dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan inflamasi pada ginjal dan demam rheumatic.

Bacteraemia

sering dikenali sebagai keracunan darah "blood poisoning". bacteraemia merupakan keadaan diaman bakteria yg bahaya terdapat didalam darah. bakteria ni boleh masuk kedarah melalui pelbagai cara, spt:luka kat tangan, infeksi ditempt lain, ataupun pada prosedur2 seperti operasi gigi, dan injeksi. tapi jgnlah takut nk operasi gigi or injeksi, sbb ada safety measure dia.

gejala adalah seperti tiba2 demam tinggi, rasa jantung cam berdebar (nadi meningkat), rasa sejuk2, tak lalu makan, muntah-muntah, sakit pada bagian abdomen, dan rasa macam tak larat sangat mcm seolah2 rasa sakit berat.

keadaan ini memerlukan perhatian yg serius, kerana sering menyebabkan kematian. jika dibiarkan boleh berlanjut sampai menjadi sepsis yang lebih buruk, sehingga menyebabkan terjadinya penggumpalan darah, kegagalan beberapa organ tubuh sehingga menyebabkan kematian.


haa.. so dah tau kan ttg bahaya nya infeksi bakteria ni, so kalau sakit, ada infeksi ke apa ke, cepat2la berubat, jangan biar je, sebab stigma rakyat kita ni selalu cakap "ala skit je ni, nnti sembuh sendiri". mmg boleh sembuh sendiri, tpi kalau anda kurang bernasib baik, tak ke bahaya? so. pikir pikirkanlah.. mencegah lebih baik dari mengobati.


Sunday, March 11, 2012

Penyakit kencing manis, "Diabetes" dan Mekanisme keseimbangan gula darah

semua pasti sudah tahu apa itu diabetes, iaitu merupakan suatu penyakit yang disebabkan oleh terjadinya peningkatan kadar glukosa (gula) didalam darah lebih dari 7.0 mmol/l @ 126 mg/dl (gula darah puasa) atau lebih dari 11.1 mmol/l@ 200 mg/dl (OGTT) yang boleh disebabkan secara genetik/keturunan, ataupun didapatkan apabila sudah dewasa.

Bagaimana tubuh mengawal kadar gula di dalam darah?



Glukosa merupakan antara elemen penting didalam tubuh, ia tak ubah seperti minyak/diesel bagi kenderaan untuk bergerak. Glukosa didalam tubuh akan diubah menjadi tenaga untuk kita melakukan kerja sehari-hari.

glukosa memerlukan bantuna dari hormon di pancreas untuk dapat masuk kedalam sel2 tubuh dan seterusnya digunakan sebagai energi. namun, kadang-kadang sel-sel di dalam tubuh gagal untuk bertindak/ merespon dengan insulin, sehingga menyebabkan glukosa tidak dapat digunakan oleh sel2, menyebabkan terjadinya timbunan glukosa didalam darah. Keadaan ini disebut sebagai resistensi insulin.

ada juga keadaan dimana sejak dari kecil/ secara keturunan memang sel-sel pancreas gagal menghasilkan insulin, sehingga sejak dari kecil, pesakit memerlukan bantuan insulin dari luar untuk mengawal kadar glukosa didalam darah.

pada keadaan apabila glukosa tidak dapat masuk kedalam sel, dan menumpuk didalam darah, semakin lama semakin banyak, maka keadaan inilah yang dikatakan sebagai diabetes.

Gejala diabetes yang paling utama adalah banyak makan, banyak minum, dan banyak buang air. mengapa ini boleh terjadi?? begini penjelasannya: "patofisiologi gejala diabetes" secara ringkas

apabila sel gagal mendapatkan glukosa, sel-sel akan berada dalam keadaan "lapar", kerana sel-sel ini memerlukan glukosa untuk menghasilkan ATP seterusnya kepada energi. disebabkan kelaparan ini, sel-sel akan menghantar signal ke otak mengatakan mereka lapar (kekurangan glukosa) sehingga menyebabkan otak menterjemahkannya dan menyebabkan kita makan untuk mengatasi rasa lapar tersebut.

keadaan glukosa yang tinggi didalam darah pula menyebabkan terjadinya peningkatan konsentrasi/kepekatan darah. ini menyebabkan cairan-cairan dari dalam sel yang bersifat kurang pekat/hipotonik akan ditarik masuk kedalam saluran darah sehingga menyebabkan sel-sel kekurangan air. keadaan ini akan menyebabkan sel-sel menghantar ransangan ke otak yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk haus, sehingga menyebabkan pesakit akan sering minum, dan secara tidak lansung akan sering buang air kecil.

pesakit diabetes juga akan merasa lesu, turun berat badan walaupun banyak makan (msg saya kalau nak penjelasan kenapa berat badan turun walau makan banyak), mual, pandangan kabur, mulut kering dan kulit gatal-gatal.

komplikasi dari diabetes ni, jgn cakapla, macam-macam boleh kena, jantung, ginjal, mata, luka susah nak sembuh, gangren, potong kaki, potong tangan.. ish ish ish...

jadi kepada mereka yang masih belom kena diabetes mellitus, awas dengan 3 Gejala utama dia, Banyak Makan, Banyak Minum dan Banyak Kencing.... dan ingat juga, tak semestinya orang gemuk je yg boleh kene, orang kurus pon boleh kene diabetes.

sekian wassalam.. =)

*OGTT= oral glucose tolerance test

Tuesday, March 6, 2012

Antibiotik? apa yg perlu anda ketahui dan penggunaannya




Antibiotik berasal dari perkataan Greek yang bermaksud anti = melawan, bios = kehidupan,antibiotik juga dikenali sebagai antibakteria.

antibiotik merupakan racun selektif yang digunakan untuk membunuh bakteria. terdapat banyak compound yang membunuh bankteria tapi dalam masa yang sama turut membunuh sel2 manusia. keajaiban antibiotik adalah kebolehannya untuk membunuh atau melumpuhkan bakteria tanpa merusakkan sel2 manusia. ini dilakukan melalui beberapa mekanisme iaitu:
1. merusakkan dinding sel bakteria
2. melumpuhkan jalur metabolik bagi bakteria
3. melumpuhkan sisntesis protein
4. melumpuhkan replikasi DNA

Penggunaan antibiotik

1. ambil antibiotik dengan cara yang betul
kebanyakan antibiotik diambil secara oral/makan/minum walaupun ada juga yang boleh diambil secara topikal (cream, spray, etc), sedangkan pada penyakit yang teruk, antibiotik boleh diberikan secara intravena melalui suntikan.

apabila doktor memberikan antibiotik, pastikan kita mengambilnya sesuai saranan doktor, baik dari segi berapa lama, berapa banyak dan bila boleh dimakan.

2. habiskan antibiotik yang diberikan
pastikan setiap kali anda diberikan antibiotik, anda makan sehingga kesemua antibiotik tersebut habis sesuai dose yg disarankan oleh doktor anda.
masalah bgi rakyat kita ialah, mereka seringkali stop dari makan antibiotik yg diberikan setelah merasakan yang diri sudah bertambah sihat. ini merupakan satu tindakan yang salah. Mengapa? in adalah kerana, ketika pengambilan antibitiok pada dose awal, antibiotik ini bekerja membunuh kuman2 yang menyebabkan timbulnya penyakit, sedangkan kuman2 yang sama yg lebih kuat masih hidup. dengan menghabiskan kesemua antibiotik yang diberikan, ini memastikan bahawa kuman2 yang lebih kuat turut dibunuh.

dengan tabiat yang selalu tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan, ini akan menyebabkan terjadinya "bacteria resistence" yang boleh membahayakan dan akan menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk sembuh sekiranya terkena infeksi dari kuman yg sama.

3. perhatikan setiap efek samping yg timbul
walaupun secara amnya anbtibiotik adalah selamat untuk dimakan, adalah baik bagi kita untuk melihat sekiranya terdapat efek2 samping yang timbul. antara contoh2 efek samping adalah seperti, rasa tidak sedap di perut, gatal-gatal dan sebagainya. sekiranya simtom2 ini timbul sebaik sahaja anda mengambil antibiotik, sebaiknya anda segera bertemu dengan doktor. dan diingatkan juga agar anda turut melaporkan kepada doktor anda obat apa lagi yang sedang anda gunakan untuk memastikan tidak terjadinya interaksi antara obat yg anda makan dengan antibiotik yg diberikan.

Untuk memastikan antibiotik yang ada terus efektif melawan kuman dan selamat digunakan, ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan.
1.ketahui bila anda boleh dan bila anda tidak boleh menggunakan antibiotik
2.jangan paksa doktor untuk memberikan anda antibiotik sekiranya memang anda tidak memerlukannya menurut doktor anda.
3.ambil antibiotik sesuai saranan doktor
4.jangan mengambil antibiotik tanpa arahan dari doktor
5.kekalkan cara hidup yang sihat dan bersih.


semoga info ini berguna buat anda