Saturday, October 27, 2012

gaji doktor, banyak? cukup? atau sedikit?

lucu bila ada org yg selalu query tentang gaji doktor terutama gaji para doktor muda yg menyandang UD41.... mereka yg mempersoalkan trutama para graduan 41 tetapi di bidang lain.. kebanyakan mempersoalkan kenapa gaji UD41 banyak sedangkan mereka tidak. 

bagi penyandang UD41 pula, ramai yg mengharapkan gaji mereka lbih dri apa yg mereka dpt sekarang.. at least starting basic dinaikkan rm 500 maybe? hehehe..

bagi aku?

cukup gaji sekarang, tp sgt mengharap utk dinaikkan... aku ada sbb aku sendiri kenapa aku rs gaji UD41 tidak perlu dipersoalkan atau dibandingkan malah wajar diberi perhatian lebih dan dinaikkan juga gaji doktor2 di tingkat gaji yg lain.

1.  belajar
kami melalui tempoh waktu belajar yg lama utk mendapatkn title MD atau MBBS, tempoh yg panjang, yg sgt memerah otak dan kadang sgt menstresskan.. ada yang fail satu paper maka failla satu semester.

2. jam kerja
kami bekerja sgt lama, walau kerajaan tlh menetapkan sekitar 60-62 jam seminggu tp kami ttp ada yg bkerja smpai 72 jam seminggu.. Off hanya sekali seminggu.

3. tingkt tekanan yg tinggi
melayan kerenah patient yg kadang sangat mencabar kesabaran, melayan kerenah para MO yg kadang mengalahkan specialist tingkt emosi dan kesialannya, melayan specialist yg kadang sgt2 menguji kesabaran dgn sikap mereka yg undescribeable. " ssungguhnya mo n specialist d tempat aku bek2 je, ni aku ckp bgi mereka yg trutama di semenanjung".

4. risiko
kami org yg pling berisiko tinggi utk terkena penyakit akibat jangkitan dr patient dan sering terdedah kepada suasana berpenyakt kerana lama di hospital.

5. kerana kami mmg layak utk mendapat kenaikam gaji
sekian trima kasih.. hahaha

ada je lgi sebab2 lain, malas nak tulis, sbb kalau aku tulis banyak2 pon, bukannya dpt naik pon gajo... hahha

Sunday, September 23, 2012

MY RIG... yeahhh..!!

wahhh dah lama gila tak update blog... well nothing to story2 pon, except, aku dah pon habiskan deparment Obstetric and gynae... muahaha.. now im in paeds... puas mengadap2 mak2 budak, sekarang mengadap budak2 plak... hohoho.. actually i like kids, but i don like the disease.. huhuhu..

well, entry kali ni, juz nak share ttg rig aku.. pc rig.. actually dulu aku tak tau pon pebende la rig ni, sampai la aku buat custom pc, barula aku tau apa tu pc rig.. 

mulanya macam nak ganti laptop DELL aku yg dah byk berjasa kat aku sejak dia dilahirkan, tk pernah buat masalah, melainkan masalah kene virus, otherwise sgt bagus, sehat sejahtera.. tapi sekarang dia dah berusia, dah tak mampu nak keje lebih masa.. heheh.. since aku ni jenis kaki mendownload 24 jam, kadang layan game (sape kate doctor takder life? hahaha).. so i need a new one, either high end spec laptop or a pc.

mulanya macam nak beli seketul i Mac, tapi bila pikir balik, kalau pakai pc ni, dua tiga tahun nak kene tukar, i Mac tu seketul mau rm4-6k.. nak upgrade, mana leh upgrade mcm pc biasa.. kene beli imac sebiji.. so setelah berpikir panjang, aku pon bercadang buat custom PC satu.. so, apa2 hal, bleh upgrade bila2 masa, n lebih jimat.. and FYI, full spec iMac nye harga, korang leh dapat one super pc ok.. n boleh upgrade bila2 masa je..

so, aku pon pi la satu kedai komputer kat sandakan ni, Datasoft namanya, tambah tolak darab bahagi, akhirnya terjadilah sebiji PC utk aku.. 

spec dia lbih kurang macam ni la:

Intel® Core™ i7-3770 Processor (8M Cache, up to 3.90 GHz)
Gigabyte Z77-D3H Ultra durable motherboard
Gigabyte GeForce GTX 670 OC 2048mb
8Gb Corrsair  ram
120 GB Kingston SSD
1TB maxtor HD
NRP modular 700W power supply
Acer 23" LED monitor
Logitech wireless mouse and keyboard

cooling, aku tak pakai air la, pakai angin je, sbb bilik dah pakai aircond, dah ckp sejuk dah... hohoh.. well, it may not be the fastest or the strongest pc dekstop, but im very2 puas hati dengan dia.. muahahaha.....okay la tu je... kat sandakan ni tak byk hiburan, apa lagi jadi doktor, kluar pagi, balik malam, nak kluar dah penat, so,kene la cari hiburan sendiri, n for me, this is my entertainment.. hahahahah.... ok la... thts all.. salam..

Wednesday, July 18, 2012

Belajar medic di russia dan indonesia, kenapa mesti diperlekehkan?

Ni la yang sering terjadi kepada graduate dari Russia dan indonesia.. the latter the worst.. stigma masyarakat, even MO, dan specialist di Malaysia terhadap graduan2 dari 2 negara ni di beberapa hospital mmg mejatuhkan moral graduan2 (HO-HO) yg sedang bekerja.. kenapa mesti jadi mcm ni? adakah mmg disebabkan performa graduan2 ini yg menyebabkan mereka berkata begitu, atau adakah mungkin disebabkan graduan dari negara dunia ketiga yg dipandang rendah (indonesia)?

ye saya Graduan dari indonesia, dan kenapa saya nak malu? saya belajar 5-6 tahun jugak, belajar benda yang sama juga, cuma expose terhadap patient berbeza dgn cara di Malaysia.

ada kawan saya, sedang HO di sebuah hospital di semenanjung. antara keluhan2 mereka yg dapat saya copy paste :
"Sekadar nk meluahkan perasaan. Teruk sgt ke kita yg graduate from indo ni?? Rasa down gler n rs nyesal mkn satu bilik dgn specialist2 td. Mayb they dunno im grad Indonesia. Diorg kutuk gler2 td Ho from Indonesia ....hmmmm salah kita ke kena hantar blaja kt Indonesia?"
"my specialist ckp camni kt aku:'' i blaja oversea jgk, but i'm from ireland, bukan dr negara kelas ketiga mcm u lah kn'' dpn ho2 laen,, rse nk terjun bgunan jer!! "
kenapa perlu sentimen macam tu? kenapa perlu menghina macam tu? saya admit, selagi kita masih HO blom jadi specialist, kita akan terus diinjak2, walaupun kita btol.. dan saya admit, mmg kami ada kekurangan, tapi tak salah kan ajar, kami boleh belajar. bagi kami masa utk adapt. lainla kalau mmg kami bebal sangat ajar tak dapat2. y must u treat ur colleague mcm tu? aku suka dgn komen sorang kawan aku pas dia kene hina/ jerit ngn satu senior mo/ specialist which i forget, dia ckp mcm ni:
"i am new, i am learning, i admit that im not interested in the current field, but i try my best... if i make a mistake, do correct me. ill not repeat them... but why is it in this profession, ppl have to behave like such assholes and yell at each other; i have no idea... what problem does it solve? you tell me nicely, i wont do it again. you shout at me also i wont do it again... all u do is create a hostile environment to work in... whateva la... if u were such a perfect HO previously who made no mistakes, y not just teach your fellow juniors... if u think we are not up to par with you, y not just guide us to become perfect like you... HAISH!!!"
ada benarnya apa yg dia cakap. semua orang masa tgh mula jadik HO, semua nya sama, takder yg terus2 dah hebat..kami tak tau, tolongla ajar, kami salah tolong btolkan, Insyaallah kami dpt penuhi apa yg diminta. atau adakah sebab ianya adalah adat turun temurun? tapi kenapa nak diteruskan budaya macam ni? kita orang terpelajar, ada otak utk berfikir.
ini sekadar luahan hati, walaupun benda ni tak terjadi kat aku, tapi aku mewakili mereka rasa benda2 ni mcm tak patut la diteruskan. menghilangkan semngat orang, menjadikan suasana kerja tk nyaman, takkan setiap hari nak p kerja dengan hati tak senang, terpaksa? tapi kalau dah mmg cara mengajar dgn cara menjerit2, no cooment la. juz plz, jgn double standard, tak smua org sama..
kepada graduate dari russia ke, indonesia ke, takyahla rasa malu, takyahla merendah diri sgt, yakin pada diri, rasa rendah diri sgt, dan malu cuma akan menyebabkan korang semakin di pandang rendah... masa seminggu pertama aku posting, aku pon mcm rasa down, dah le dtg sorang2, dari indonesia, masuk department yg paling busy, dalam hati macam boleh adapt ke aku ni nanti? resah je memanjang.. but thnx god, masa first day aku kat situ, aku post dengan satu budak UM, bila aku ckp kt dia yg aku risau, sbb aku dari indonesia, tak tau buat apa2, tak tau bleh catch up ke tak, dia cakap 
" fairuz, dun worry, actually it doesnt matter from which U you came from, the most important thing is ur attitude, u willing to work hard, u willing to learn, n jgn pernah malu kalau kene tegur disebabkan salah, if u can do this, then for sure u can survive, semua orang sama je dari mula, tak kisah la dari U mana pun, dari UM ke, ireland ke, mula2 datang, semua pon blur jugak"
Alhamdulillah, aku masih survive sampai setakat ni.. hahaha... so, takyah malu2, kita semua mampu, jgn malu dengan almamater kita, jgn segan dgn apa yg kita ada, yakin je, kalau tersasul bahasa ke terutama dari indonesia, contohnya aku terlajak ckp byk kali, operation aku ckp operasi, push aku ckp ngedan, refleks hammer aku cakap palu refleks, SFH( simphysis fundal height) aku ckp TFU tinggi fundal uteri, patient aku tulis pasien dan byk lagi, juz assume is as a joke.. tak yah malu2, benda ni smua akan hilang dengan berlalunya masa.... juz always bear in mind :
"kalau benih itu baik, campak kat mana pun dia akan tumbuh, dan kalau dah mmg tak boleh, even guru dari langit turun sekali pon tetap sama jugak"
 maksudnya, semuanya terletak pada diri anda, bukan dari tempat anda belajar. so, instead of keep thinking on "ah macam mana ni, malunye aku dari indonesia and bla bla bla..." better u keep focusing on proving urself that u r better than those yg dari University yg bg mereka hebat dan dipandang mulia, tinggi or whatsoeva, or at least on par with them... 
trust yourself.
keyla.. thats all, sekadar nukilan di petang hari, sebab tgh kecewa kenapa kami yg dri indonesia dan russia sering dipandang hina.. lolx...
salam
 
dr3142..