lama dah tak update. update kali ni dan lepas2 ni mungkin akan lebih kearah kisah2 dan pengalaman yg menarik (bagi aku la.. hehe) aku sebagai doktor.. baik dari houseman, MO emergency department, MO pembedahan AM sehinggalah sekarang sbg MO bedah saraf.
-------------------------------------------------------------------
masih ingat ketika bertugas sebagai HO di jabatan pembedahan. di hospital tempat aku bertugas ni, "oncall" di jabatan pembedahan dan orthopedic merupakan waktu oncall yg sgt disukai ho. mana tidaknya, masuk jam 4pm pulang jam 12pm keesokkan harinya. melainkan kalau tidak cukup ho (selalunya memang tidak cukup ) alamatnya kena masuk jam 6 pagi dan pulan jam 12 keesokkan harinya la. hehe.
haritu merupakan giliran utk aku oncall. kami oncall sekurang kurangnya 8 kali sebulan. seperti biasa lepas makan tengah hari, tidur sekejap kemudian dalam jam 330 petang aku akan ke hospital (yang cuma 10minit sahaja dari rumah sewa) untuk ambil passover dan ikut round petang. malam ni kami cuma berdua sahaja oncall, memandangkan ho tida cukup. aku sebagai first call akan incharge wad pembedahan lelaki dan perempuan, manakala kawanku yang secondcall akan incharge icu dan bilik pembedahan.
mcm biasa melangkah je aku dalam wad, jururawat2 dah mula pesan.
"duktur kau jgn jonah2 aaaaa, penuh sudah wad kita ini"
kebetulan kami baru sahaja menjalankan AVF/BCF carnival. jadi mmg penuh la was tu.
aku mmg dikenali sebagai jonah / dewa maut sbb setiap kali aku oncall mesti byk admission ataupun ada sahaja yang meninggal. pesakit2 yg kronik, yang sudah lama menunggu hari, seperti ada appointment, time aku oncall juga la bru mereka meninggal dunia. tapi apa2pun semua itu kehendak tuhan juga kan. takde kaitan dgn aku pun. tpi biasa la kalau kerja dihospital mesti ada doktor yg akan dilabel mcm ni.
malam ni seperti malam2 biasa aku menjalankan tugas2 oncall aku. mmg slalunya jarang dapat makan semasa oncall sbb bz. tpi slalunya nurse2 akan bawa makanan2 ringan di kaunter cukup utk isi perut.
admission demi admission aku clerk satu persatu . bila siap clerk sambung pula oncall review pesakit2 di wad. selesai wad lelaki di tingkat 3 naik ke wad wanita pula di tingkat 5 .
belum sempat habis buat review, MO dan specialist dah datang utk buat round. nasib baik tau case, kalau tidak mmg masaklah kene dengan specialist masa round.. hahah...
habis round dengan mereka, aku sambung buat kerja2 wad. seperti malam2 biasa tiada apa yg berbeza pun. jam dah pukul 12 malam, suana sepi di wad ditemani bunyi2 dari mesin ventilator, dan cardiac monitor. aku naik wad wanita, utk clerk satu patient baru masuk. diagnosis; acute appendicits..
aku mmg suka menyanyi. tu salah satu cara aku hilangkan stress dan menghiburkan hati. nurse2 pun sudah terbiasa. kadang, tengah me "resus" pesakit pun aku boleh menyanyi kecil sbb aku rasa lebih tenang.
selesai aku clerk pesakit yang bru masuk tu , tiba-tiba ada makcik usia lingkungan 65 tahun menyanyi
" dah lama tak berjumpa, rindu rasa hati.. ingin ku bertemu dengan mu........."
aku pun yg merupakan peminat lagu2 ni tanpa segan silu pun sambungla menyanyi lagu ni..
"biarpun hati ini menyatakan benci.. namun hakikat kau masih ku sayang...."
p/s: ni lagu arrow bertajuk - niat di hati tak nak berpisah.
haaa sambung lgi doktor... makcik tu encourage aku utk smbung..
aku pun "mana boleh makcik, lepas ni part2 tinggi dah... kang satu wad dengar"...
kami sama2 ketawa.. sambil aku periksa tangan kanan beliau yg baru sahaja menjalani BCF operation, utk make sure BCF dia ok sambil dilihat oleh anak lelaki beliau yg berusia belasan tahun.
makcik: muda lagi kamu nak.. berapa lah umur kamu?
aku : tua dah makcik, 26 dah.hehe..
makcik : muda la itu.. kalau tua, mcm makcik. sakit sana sakit sini. darah tinggi, kencing manis, buah pinggang pun rusak sudah.
aku: biasala makcik, makin tua makin byk penyakit.
makcik: duktur mesti sudah kawin kan.. duktur duktur sekarang smua muda2 hensem2 cantik2.
aku: tidakla makcik.. biasa2 saja.. blom kawin lgi. tpi.... not available.. hahaha..
makcik: mmg la tidak makcik tidak pun cakap kau hensem.. makcik ckp duktur2 lain..
aku: tepuk dahi.. malu sbb perasan..
makcik: hahahaha... gurau ja bha... kamu pun hensem juga bha...
makcik ada anak perempuan ... baru jak habis belajar tu.. kamu mau ka jadi menantu makcik..
aku: hahaha.. makcik ni buat lawak plak.. mana boleh. dia mesti dh ada bf. saya pun dah ada gf.
makcik : iya kan.. tpi kalau kamu mau atau sudi boleh ja jdi menantu makcik..
aku: hahahahhaha... ada2 je makcik ni
makcik: nnti makcik sudah sembuh sihat. dtg la ruma makcik.. tpi rumah makcik kecik ja.. boleh la kalau kau mai tinguk anak dara makcik tu.. hehehe
aku: hahaha... insyaallah, tak janji ek makcik... makcik sy nk pgi belakang dl aa
. ada kerja lain lgi..
aku pun berlalu pergi. anak makcik tu pun tutup langsir di katil beliau.
sblom turun wad, aku sempt dgr sedikit pertelingkahan mulut antara makcik tu dgn anaknya.. tak taula sbb apa.. tpi .. bairlah.. jgn kau sibuk jaga tepi kain org.
jam 2 pgi aku naik lgi ke wad wanita, tgk2 pesakit di acute bed, dan tgk2 balik case note / bht mana tau kalau ada yg aku termissed. malam tu mmg wad perempuan full house. nurse tk senang duduk. ntah mcm mana aku tergerak nk tlg amik vital sign pesakit2.
sampai ke makcik tdi, aku buka langsir, nmpak anak beliau sedang tidur smbil memeluk tgn beliau. aku kjutkan anak dia sbb nak periksa tekanan darah. tapi pelik.. kenapa sejuk je tngan makcik ni.
cek nadi.... astahgfirullah..
nursee! bawak crash cart cepat!
aku cepat2 melompat atas katil makcik utk CPR.
call dr **** cepat ! yang merupakan MO bertugas pada malam tu
kak, kami ambil alih cpr.. yg lain prepare intubation set .. ubat tu and ubat ni....
Alhamdulillah, disebabkan banyak pengalaman me resus pesakit.. intubation bukan lah asing bagi aku ..
by the time MO dtg, darah smua dah ambil, pt pon dah intubate, tpi still ongoing cpr.. masih gagal mendapatkan nadi pesakit..
berapa lama sudah ibu kau sejuk mcm ni?? tanya aku pasa anak beliau.
tidak pula ku perasan.. tpi baru jak dia pergi birak setengah jam yg lalu...balas anaknya...
birak??..... huerm.. heart attack la ni... getus hti kecil ku..
kalau berdasarkan pengalaman aku kt hospital ni.. pesakit kalau ada heart problem collapsed lepas berak, mesti sbb heart attack..
mungkin ada kaitan dgn straining...
setengah jam berlalu...
masih tiada tanda2 yg makcik akan kembali..
sambil cpr.. aku tringat perbualan aku ngn mkcik tu.. sedih... manataknya bru je bersembang... menanyi sama2...ttibe dia nak pergi dah...
akhirnya kami terpksa berhenti CPR memandangkan makcik langsung tidak memberikan tanda2 utk kembali...
minta maaf makcik.. kami dah cuba buat yang terbaik...
Innalillah... damailah kau disana bersama orang2 yg soleh.. aminn....