Thursday, January 8, 2015

Serangan jantung.. dalam bentuk apa dia datang??

salam sejahtera, salam 1 malaysia..

seperti tajuk di atas, kalini saya nak menyentuh sedikit tentang sakit jantung. usia paling awal penah saya jumpa kene sakit jantung adalah seawal 14 tahun dan 28 tahun.. nampak seperti tak logik, tapi ia betul2 berlaku. kini serangan jantung bukan lagi khusus untuk mereka yang sudah berusia, tetapi juga pada mereka yg masih muda...

tapi kenapa? mungkin kerana faktor pemakanan zaman sekarang, kita dimanjakan dengan fast food, snack2 dan pelbagai lagi. sehingga beberapa penyakit tidak lagi hanya lazim terjadi pada usia lanjut..

jadi macam mana gejala serangan jantung??

ini yang menjadi kecelaruan dan kekeliruan bagi masyarakat, bahkan kami sebagai org yg bertugas di unit kesihatan juga susah utk tahu gejala sakit jantung  apabila ia benar2 datang..(apa aku merepek ni?) haha.

masa aku eh saya, eh aku la senang... ok masa aku belajar dulu, kami diajar yg sakit jantung gejala dia yang tipikal adalah sakit jantung sebelah kiri, menjalar ke tangan kiri dan leher kiri - menjalar tu tidak semestinya dalam bentuk sakit juga, boleh juga rasa seperti kebas atau lenguh.

orang tanya, doktor, macam mana sakit jantung boleh sampai ke tangan ke leher rasanya... haaa.. ni adalah disebabkan oleh fenomena ataupun suatu kondisi yang kita panggil sebagai "referred pain", nak explain susah dan panjang, so cuba google.. hehehe..

sepanjang bekerja, pelbagai cara orang sakit jantung datang, ada yg betul2 mcm dalam textbook, tapi ada juga dalam cara yang berbeza. jgn terkejut kalau ada org sakit jantung tapi datang dengan keluhan sakit telinga kiri, tapi bila diperiksa telinga normal dan juga pening kepala.

ada yg datang dengan keluhan gastric, ada yg datang cuma dengan keluhan sesak nafas. dan semuanya tanpa diiikuti oleh sakit dada sebelah kiri.

jadi boleh nampak kan, sakit jantung seolah2 nampak mudah untuk dikesan jika berpegang kepada textbook, tapi realitinya ia boleh datang dalam pelbagai bentuk.

Jadi setelah setahun bekerja di kecemasan, aku buat kesimpulan sendiri, (ni kesimpulan aku ek, takde kene mengena samaada yang masih hidup mau pun mati), barang siapa, terutama yang mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, kolesterol, ataupun lelaki yang berusia lebih 40 tahun, dan wanita yang sudah menopause, ataupun wanita berusia lebih 45 tahun, orang yang kuat merokok, atau adalah salasilah ketururan (mak, ayah) yang mengidap penyakit jantung, berwaspadalah, ataupun segera ke hospital sekiranya anda mengalami;

sakit dada (tak kira lokasi dan apa jua bentuk, macam kene tekan ke, macam kene cucuk ke, rasa berat kat dada ke)
rasa tak selesa kat dada
sesak nafas
sakit gastric bak kata org awam
atau kebas tangan kiri sahaja

yang mana gejala2 ni, jadi tatkala anda sedang buat kerja, dan hilang bila anda berehat .. ataupun cuma muncul saat anda sedang stress, atau bekerja atau bercucuk tanam, atau even naik
tangga (tapi kalau naik tangga 2 tingkat semput tu tak kira la, aku pun semput gak kengkadang.. hehe).

untuk orang perempuan  kadang dia boleh datang dgn
tak leh tidur malam, rasa tak sedap kat dada
ataupun makcik2 datang cakap, ntahla nak, makcik rasa tak sedap badan, terutama kat dada
rasa cemas tak tentu pasal datang dan pergi (kadang boleh disebabkan anxiety disorder)

tak rugi kalau kita pergi periksa cepat kan?
kalau takde pape baguslah, tapi kalau ada pape? 

ok lah tu je.. celoteh petang ni...

salam sore...

dr3142