berdasarkan entry aku kali ni, setelah sekian lama menyepi aku nak share skit tempat2 utk korang nak buat event wedding especially melayu kat ipoh perak ni.
share ni bukan sebab apa, sebab aku rasa macam susah gila nak cari kat ipoh ni, dgn waktu yang terhad (sebab aku kerja di sabah) dan juga banyak tempat yang dah tutup la , full la dan bagai..
so disini aku just nak bgi guide takpun kongsi la tempat2 yang aku ada jumpa atau saja2 survey. untuk tahu tempat dgn lebih detail korang leh google sendiri la ek.. hehehe,, n maybe korang pon leh share jugak kat sini tempat2 yg korang jumpa..
Ipoh town hall |
Indoor (yg boleh sewa dewan sahaja tanpa perlu ambil makanan dri mereka-hotel/ballroom)
1. dewan carsem, berdekatan airport ipoh (~rm1500-2000)
2. dewan polis udara ipoh - bersebelahan airport ipoh (rm1500)- katanya taun depan nak tutup utk lebih privacy
3. dewan mess pegawai kanan polis ipon (harga tak sure, tapi bagi mereka yg ada jawatan dalam polis, lebih senang nak buat disini)
4. dewan rapat setia ipoh (rm1500-2000)
5.dewan dato ahmad said, kg sungai rokam ipoh (rm 500)
6. Dewan risda ipoh (berdekatan dgn JPJ ipoh) rm 1500
7. Dewan RTC simpang pulai rm1500-2000 ( permohonan buat masa ni ditutup, boleh kontek mereka smula by december- kononnya suda tidak mahu disewakan kepada awam)
8. Dewan tabung haji ipoh di medan kidd rm 1500 (buat masa ni permohonan di tutup jugak, sebab ada renovation, boleh kontek mereka semula by january next year)
9. ipoh town hall di depan stesen kereta api ipoh (rm1500)- kene isi borang , tunggu nasib dpt ke tak, kalau ada cable lagi senang.
10. MH hotel ipoh, sebelah jaya jusco kinta city ipoh, -boleh sewa dewan sahaja rm9000 utk 5 jam
11. Tai thong/tropicana grand ballroom - sebelah casuarina ipoh dewan sahaja rm 6500 muat 30 meja bulat, rm13000 muat 60 meja.
12. dewan UMNO sebelah casuarina ipoh ( permohonan tutup utk tahun depan) maybe sape ada cable bleh dapat
13. Dewan SUK (setiausaha kerajaan negeri) jalan pglima bukit gantang - pun tutup -maybe siapa ada cable pon bleh dpt jugak.
14. ipoh royal golf club - rm10k member rm12k non member
15. dewan ILP ipoh
16. Dewan St John ambulan ipoh
tropicana grand ballroom |
outdoor
1. sunway lagoon ipoh beach wedding - rm110 per pax (skali makanan)
2. adonis bridal house - rm70-180 per pax (sekali makanan)
3. P.O.R.T ipoh , ada stage bagai rm 1500 sewa tempat sahaja
4. D'Polo restaurant (berdepan dengan padang polo ipoh) harga tak tau
ps: sila book sekurang kurangnya 1 tahun sebelum , apalagi kalau yg berniat nak buat masa cuti sekolah, susah beb..