Thursday, May 15, 2014

i still dont understand! penyesalan jadi doktor?

salam subuh semua..hehe.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk mengerjakan solat subuh pada hari ni.. tiba2 terdetik nak usik blog aku ni.. merajuk dah dia, tak kene belai berapa bulan dah.. heheh..

1st thing is, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinNya aku berjaya tamatkan latihan housemanship aku tepat 2 tahun seperti yg dikehendaki oleh KKM. dulu tak sabar nak habis HO, sekarang dah jadi MO, byk bebanan yg ditanggung, sebab sekarang dah tak bleh nak discuss2 dengan MO dah, but dah kena start buat keputusan sendiri..

well, aku sgt berminat dengan surgery, tapi kerana tiada kekosongan, aku dicampakkan ke department kecemasan dan trauma sementara menanti kekosongn yg tidak tahu kapan akan tiba. mungkin terus balik semenanjung je nnti.. heheh...

kehidupan di unit emergency and trauma department atau nama glam dia ETD, sangat menguji diri ni. dari segi tahap kesabaran, tahap kekuatan mental, tahap kepintaran, tahap membuat keputusan dan pelbagai tahap lain.. hahaha.. sangat menarik, but then sangat scary.. hahah.. yelakan, dalam hospital ETD adalah first liner. semua pesakit ETD yang terima dahulu.. kat sinilah kita kene perah otak, memikirkan diagnosa2 penyakit yg dimiliki pesakit dan menstabilkan pesakit2 yg tidak stabil sebelum dibawa ke wad2 yg berkenaan..

okay cukup disitu.. tujuan aku menulis hari ni, bukanlah sebab nak cerita pasal pengalaman aku kat etd, which is nnti aku akan buat post lain la pasal pengalaman di ETD.

tujuan aku menulis hari ni adalah kerana aku masih tidak faham kenapa masih ramai pelajar2 yang masih tergila gilakan bidang medic ni.. khususnya doktor perubatan.

mungkin mereka tidak sedar bidang ini sangat tough. dan mungkin mereka tidak sedar lambakan pelajar perubatan sekarang yang lambat laun akan menyebabkan adanya lambakan doktor2 di Malaysia yang sekarang sudahpun dapat dilihat.

setiap tahun, malaysia akan melahirkan tidak kurang dari 4000++ doktor pelatih. dah banyak sgt sekarang. rakan2 saya yg menjalankan housemanship di semenanjung yg telahpun mula menjadi medical officer, banyak yg "floating" kerana tidak banyak tempat atau kekosongan di hospital2 semenanjung untuk jawatan itu. ada yang kena floating di bank darah, di makmal perubatan dan pelbagai lagi.

doktor2 contract yang diambil dari negara luar contohnya india, myanmar, pakistan, pun mulai tahun ini sudah tidak lagi boleh menyambung contract mereka setelah expired kerana memberi ruang kepada doktor2 tempatan untuk bekerja. 

ini merupakan satu situasi yang mengkhuatirkan. apa lagi buat adik2 yg baru sahaja berjinak2 sebagai medical student.

bukan saya ingin menakutkan. tapi ini adalah hakikatnya. sedangkan saya sendiri berasa takut kerana ini bermakna saya kena cepat untuk mengambil master atau spesialisasi. kerana dengan kadar graduasi pelajar2 perubatan, tidak mustahil dan sudah pasti perebutan kerusi untuk mengambil master akan terjadi.

ada ura2 yang mengatakan mungkin akan bermulanya sistem kontrak untuk medical officer. dengan erti kata lain, kalau u bagus kontrak u kene sambung, kalau u kurang bagus, u harap la org lain lebuh kurang bagus, kalau tak, bye2.. kalau sampai ini terjadi, mmg makin banyak la klinik2 swasta tumbuh yg sekarang ni pun dah macam cendawan tumbuh selepas hujan.

competition semakin hebat, kene kuat kalau nak berada didalam bidang ni.. seriusly aku pun tak hebat mana pun. tapi cuba untuk menghebatkan diri, kalau tidak, susah nak pegi lebih jauh.

itulah sebabnya aku tak faham kenapa masih ramai nak amik medic.

seriously bagi mereka yg belum terlambat, tolonglah fikir masak2 betulke memang nak ambil medic. lainla kalau mmg korang dah minat sangat. macam dalam post saya sebelum ni, saya dah cakap, tak semestinya result power kene amik medic. tidak sama sekali. ambilllah bidang lain. sebelum anda menyesal.

mak ayah pun, jgnla paksa anak2 tu amik medic, kalau mereka tak mampu, takpayahla sanggup habiskan duit hantar anak keluar negara. medic tu tak menjanjikan kekayaan. banyak bidang lain yg boleh buat duit. serious. apalagi sekarang kita dah masuk zaman dimana tahap pendidikan bukan lagi penentu derajat kekayaan seseorang.

dan sekali lagi, saya bukan nak melemahkan semangat kamu semua.. tapi ini adalah hakikatnya. sesuatu yg kamu kene hadapai apabila kamu grad nanti kalau kamu ambil bidang ni.. syukur sebab adik saya dengar cakap saya dan dia ambil doktor gigi walaupun dia juga dapat tawaran biasiswa untuk mengambil perubatan.

huerm cukup tu saja la kut. renung dan fikir fikirkanlah.

sekian.

wassalam
dr3142