Sunday, December 21, 2014

kehidupan seorang houseman di Malaysia - part 2

lama juga hari esok aku tuh.. (dari entry sebelum) hehehe

ok sambung cerita ,
ok my 2nd posting is paediatrics.. i hate paediatrics!!!! hahah.. jangan silap, aku bukan benci kanak2, aku suka kanak2 tapi aku tak suka posting ni, and aku takkan penah ada rasa nak ambil bidang ni..

aku rasa budak2 sangat fragile, so aku taknak n tak sanggup tengok budak2 kecik, baby yang kene intubate, sakit teruk... owh cannot cannot... hahaha

well posting ni a bit heavy buat aku, seriusly aku mmg bodoh subjek ni.. dari U lagi.. hahah...tapi ntah macam mana vivar time exam U untuk paeds aku bleh dapat A.. hahaha.. ok ada unsur2 bongkak di situ..

haha, posting ni tak byk cerita sgt, except dekat posting ni ada undang2 yg HO tak boleh turun makan di kantin. kalau nak, sorang p tapau utk ramai2 makan di atas. tapi tak kesah pun. ok je... heheh..

kat posting ni, ada masa2 yg mencabar, terutama paeds standby, atau kitorang lebih suka panggil sebagai doraemon. so bilamana dan tatkala ada baby di syaki bakal lahir dalam keadaan tidak bagus , maka team kami akan dipanggil utk standby.

selalunya, bila MO dah bagi kepercayaan, HO boleh pi standby sorang2, kalau ada pape baru panggil MO. selalunya tak terjadi apa2la, baby kluar nangis jugak. tapi dua kali aku diuji. pertama, lepas lahir baby tak nangis and denyut nadi lemah, so dlm keadaan nervous tahap dewa, cuba ingat balik NRP, buat ikut prosedur, tapi ntah macam mana baby tak respon bagus, terpaksa intubate (masuk hos dalam mulut bagi bantu pernafasan), masa nak intubate baru MO datang, and MO cakap, "haa, intubatela,... kalau tak dpt intubate tak lulus paeds, extend!".. lagi la gluppp... hahah.. tapi Alhamdulillah dapat jugak intubate...

2nd is baby kat labour room, thick meconium stained liquor (TMSL), which mean suspect baby dah telan taik dia sendiri.. kluo2, baby tak nangis, aku plak standby sorang... baby kalau klua tak nangis, TMSL mmg kene direct suction.. time ni MO tak turun lagi, sibuk kat NICU.. aku gagahkan diri yakinkan diri utk buat direct suction sendiri.. Alhamdulillah, berjaya, baby nangis, lepas tu baru MO sampai.. and ingt lagi MO tu cakap , "wa.. u buat direct suction sendiri?? serius r?? ".. i was like.. heppy nye tht day.. rasa dapat selamatkan nyawa baby... hehehe.. ok ada unsur nak bongkak lagi kat situ.. hahah..

masa aku paeds, MO best2.. walaupun mereka ada yg kuar perli, tapi kuat2 perli pun , diorang suka mengajar, and diorang akan back up kami, kalau kene marah dengan specialist, ataupun bila specialist nak extend. so kalau mmg attitude ok, diorang akan tolong. which is sgt best.

masih ingt lagi di NICU, prosedur pasang UVC and UAC ni sangat jarang.. mungkin cuma 2 kali dalam sebulan. so bila ada prosedur ni, (yang selalunya malam hari dekat2 pagi buta) kami akan kol mereka yg tak oncall utk dtg buat sekali begilir2. owh ya dekat hospital ni, mostly prosedur masa zaman aku, HO yg buat, sebab MO sini tak ramai, dan HO pon tak ramai. so prosedur ni selalu makan masa 3 smpai 4 jam. jadi, HO yg dtg akan bawak makanan, makan sama2, gilir2 buat.. best sgt masa ni.. yela keje ramai2, so kurang skit beban orang yg mmg tgh oncall, so org oncall boleh focus buat admission and keje2 wad lain..

exam aku masa ni, aku kene dua case. dengan dua specialist.

first month exam, vivar, dapat case cyanotic heart disease. dia bagi case scenario, then kita kene fikir sampai dpt diagnosis yg dia nak.. 1st trial aku tak lepas.. hahahah.. nasib specialist baik, dia bagi peluang kali kedua. nah, kali kedua dapat diaphramatic hernia dengan pneumothorax... fuh.. seb baik lepas.. sebab kebetulan baca pasal topik ni..

exam nak lulus paeds.. aku dpt case senang je, so lepas la.. haha...

aku rasa tu je kot cerita kat paeds.. 

lepas ni aku crita pasal posting ke 3 aku plak... ciou

salam

dr3142

Saturday, December 13, 2014

kehidupan seorang houseman di Malaysia -part 1

badan penat, otak pun penat, tapi ntah kenapa malam ni susah nak melenakan mata, walaupun tau esok pagi perlu bangun dan kerja seperti biasa..

tengah2 browsing internet, duk scroll FB atas bawah walaupun aku tgk sama je smua tapi still boleh scroll dua tiga kali, aku terpanggil utk membaca surat kepada akhbar berkenaan khidupan houseman yg kononnya ditindas, terseksa and so on. kemudian ada pulak surat balasannya juga.. mungkin dah takde isu lain yg boleh dibincangkan sampai surat khabar pon boleh menjadi media membalas surat.. hehehe...

so, tengah2 baca benda2 ni, buat aku terpikir balik macam mana perjalanan houseman aku dulu.
ada suka dan ada duka nya.. kalau nak suka je, susah plak kang.. hehehe..

tulisan aku ni bukanlah sebagai jawapan atau nak compare atau apa2 jelah yg berkaitan dengan surat di akhbar tu, tapi hanyalah sebagai nukilan aku untuk berkongsi dengan sape2 je la yang terlintas, melintas ataupun terpintas blog aku ni and terasa nak membaca tentang kehidupan aku sebagai ho dulu.. hehehe..

houseman, HO, atau Hamba Orang, semuanya berada dalam kategori yg sama.

16 April 2012, merupakan hari pertama aku melaporkan diri sebagai HO di sebuah hospital di sabah. aku melapor diri seorang diri. pada mulanya ada seorang lagi akan melapor bersama aku, tapi ntah mana pegi dia aku pon tak tau. haha.. Sesampai disana aku disambut oleh seorang schoolmate lama, dan dirumah dialah aku menagih simpati selama lebih kurang 3 minggu, sebelum aku berpindah ke rumah lain.

semasa melapor, aku bertemu dengan kak siti dan kak alva. syukur kedua2nya sgt baik dan membantu. aku dibagi masa sehari utk setelkan dokumen perjalanan, lembaga hasil, dan sebagainya sebelum dibawa bertemu dengan HOD department yg akan aku pergi. keesokannya, aku pon dibawa la berjumpa dengan HOD department yg aku nak pegi, masa tu aku di propose utk masuk ke department ONG (sakit puan) sebagai posting pertama aku. nak masuk departmen ni tak mudah. aku masih ingat, aku dibawa ke klinik pakar sakit puan untuk bertemu dgn HOD. setibanya disana, aku seolah2 tidak diterima masuk , kerana yela aku 1st posting, lepastu graduate indon plak lagi, nak plak masuk department yg paling banyak medikolegalnya dan perlu kepantasan dan kecekapan dalam bekerja. aku sgt down masa ni, yela depan aku sendiri pakar2 macam berfikir taknak terima aku, dan minta kalau boleh aku dihantar ke department lain dulu.. setelah dalam 15 minit mereka berbincang depan aku, akhirnya HOD pun cakap, okaylah, you join sajelah.. and pakar yang satu plak lagi cakap, " adik, awak kena kerja keras, lagi2 awak dari luar, make sure lepas saya balik cuti, saya nak tgk progress awak, ok?".. dub dab dub dab jantung aku.. aku dibagi rehat sehari, sebelum memulakan kehidupan sebagai ho ONG .

malam sebelum mula kerja, aku tak dapat tidur, aku resah, gelisah, terpikir2, tak tau macam mana la esok ni.. jam 6 pagi dah start keje, kene tagging sampai kul 10 mlm at least.

tapi bukan soal jam kerja yang aku pikirkan, tapi lebih kepada knowledge dan cara kerja di hospital nanti yang aku tau pastinya lain dengan masa aku belajar dulu.. apalagi aku graduate indonesia, semua orang akan pandang rendah, n pandang sebelah mata je.

Universitas Kristen Krida Wacana..pftt.... kebenda nama U macam ni??? tak pernah dengar pun.. aku sendiri mula2 malau nak bagitau aku U mana.. ( untuk adik2 lepasan SPM diluar sana, dulu U ni antara dua U swasta di indonesia yang diakreditasi oleh MMC dan kerajaan malaysia untuk buat medic, dan merupakan antara dua U yang tidak boleh dimasuki oleh agen2 yang sesuka hati memasukkan studen asal ada duit.. namun bermula tahun 2011 rasanya, U ni pun dah dicemari oleh studen2 yang dimasukkan oleh Agen)..

tapi takpe , aku nekad, tempuh je la .. nak patah balik dah tak boleh..

Alhamdulillah, semuanya berlalu, berjalan dengan lancar, semasa di department ni. dapat rakan sekerja semua nya sangat membantu, walaupun aku yg paling junior kat situ, tapi tiada senior yg membuli , sebaliknya diorang mengajar aku semua benda.teamwork sangat best. saling cover mengcover, takde istilah berkira.. aku pun sgt hairan, susah nak dapat team macam ni.. and peliknya sampai aku habis HO, semua depatment, mostly rakan sekerja tak berkira buat kerja, except beberapa orang la.. but mostly, thunbs up la.. MO pun mengajar, takde pon kene maki ke, kene jerit ke, which is aku sangat suka..

3 minggu pertama memang aku terkial2, cuba nak catch up semua benda, blood taking, istilah2.. aku dtg keje jam 530 pagi, sebab aku review pesakit masih pelan, so aku perlu dtg awal utk siapkan review cepat. tapi lepas tu, alhamudillah, everything just keep getting better and better for me..  aku rasa first posting kat ONG mmg sgt membantu, dia mengajar aku utk kerja pantas dan cekap, apetah lagi kami disini HO tak ramai. yela sapela yg nak dtg sabah sarawak kan..

setiap kali oncall, ada 3 orang. sorang akan cover labour room, sorang jaga PAC and maternity ward dan sorang lagi jaga  gynae dan OT. aku rasa oncall aku mostly jaga PAC dan maternity, tapi takpe aku ok je, sebab mmg sgt membantu aku sebagai pendatang baru dalam ho ni..

hidup sgt hectic, kadang kalau sempat makan, makanla, kadang beli je makann, letak kat pantry tapi sampai balik tak makan, bergantung. 

memang tak dapat dinafikan la, aku selalu dijadikan bahan ketawa masa di ONG, disebabkan ketersasulan aku menggunakan bahasa indonesia semasa buat kerja dan juga menulis di dalam case note.
patient jadi pasien, operation jadi operasi, teran (Push ) jadi ngedan, resus fluid jadi cairan resusitasi dan pelbagai lagi.. tapi takperla, tak penah amik hati, kadang benda ni jadi penghibur tatkala penat bekerja. hehehe..

masa ONG banyak benda boleh buat, staff nurse sangat superb dan sangat membantu, kadang kalau kami terlalu letih, terutama di labour room tu, mereka boleh offer lagi, "doktor kamu tidur jela dulu, biar kami yang tengokkan patient, kalau ada yang pelik2 akan panggil," sgt suka dan syg dengan mereka,..sbb mmg letih sangat, lagi2 plak aku mengaku aku sgt jonah semasa di ONG.

walaupun kami bz, tak ramai HO, kerja lebih 80 jam seminggu, tapi kami tak pernah plak terpk nak tulis kat paper ke apa ke. disaat hospital hospital di semenanjung semuanya kerja mengikut shift mostly, kami masih lagi bekerja semi-oncall kerana jumlah ho yang sedikit dan sampai aku habis HO pun tak pernah pun merasa shift ni. org ramai cakap ala, hospital district, pesakit tak ramai. jangan silap, walaupun kami district, tapi kami merupakan tertiary hospital.

alhamdulillah pejam celik pejam celik cukup 4 bulan, aku selesai ONG, sangat lega sebab tak kena extend ke apa.. seterusnya aku pergi ke departmen kanak2 plak.

sambung esok.. hehehe.. 

Tuesday, November 11, 2014

Habatussauda @ habasyi 88 dan minyak zaitun @tursina murah meriah..

Assalamualaikum, bersesuaianlah dengan tajuk post aku kalini,
hehe, saje nak promote habbatussauda yang mmg tidak asing lagi merupakan salah satu amalan atau Sunnah Nabi kita Muhammad S.A.W.

memandangkan owner supplement ni adalah kawan skolah lama dulu, so sajalah mempromote sambil mencarik sedikit rezeki .

so, bagi mereka yg berada di sandakan, boleh dapatkan terus dari saya, beli banyak lagi murah la ye, bagi yang tak berada di sandakan, dun worry boleh je saya postkan. :)

ni boleh baca lah kelebihan dan manfaat masing2 product..
nak tahu lebih lanjut? jgn segan jgn silu, boleh pm pm at carz3142@gmail.com.. :)








untuk harga jgn risau ni saya bagi senarai harga, ni ceiling price ok, so jgn malu jgn segan boleh nego nego.. sama2 lah kita menajaga kesehatan kita sambil menambah pahala.. hehe

dan harga juga sudah termasuk kost penghantaran!!!

hehe

. Habasyi88 120 kapsul (H120) RM58
Habasyi88 125 kapsul (H125) RM60*
Habasyi88 210 kapsul (H210)  RM80
Habasyi88 60 ml (H60ML) RM45*
Habasyi88 120 ml (H120ML) RM75
Tursina88 65 kapsul (T65) RM30
Tursina88 125 kapsul (T125) RM45*
Tursina88 210 kapsul (T210). RM60
Tursina 350 ml (T350ML) RM60
HabbatOlive 125 kapsul (HO125) RM55*New

* bestseller


itu saje..

salam.
dr3142

Monday, October 20, 2014

Wedding hall, Dewan kahwin di Ipoh, Perak

salam,
berdasarkan entry aku kali ni, setelah sekian lama menyepi aku nak share skit tempat2 utk korang nak buat event wedding especially melayu kat ipoh perak ni.

share ni bukan sebab apa, sebab aku rasa macam susah gila nak cari kat ipoh ni, dgn waktu yang terhad (sebab aku kerja di sabah) dan juga banyak tempat yang dah tutup la , full la dan bagai..

so disini aku just nak bgi guide takpun kongsi la tempat2 yang aku ada jumpa atau saja2 survey. untuk tahu tempat dgn lebih detail korang leh google sendiri la ek.. hehehe,, n maybe korang pon leh share jugak kat sini tempat2 yg korang jumpa..

Ipoh town hall

Indoor (yg boleh sewa dewan sahaja tanpa perlu ambil makanan dri mereka-hotel/ballroom)

1. dewan carsem, berdekatan airport ipoh (~rm1500-2000)
2. dewan polis udara ipoh - bersebelahan airport ipoh (rm1500)- katanya taun depan nak tutup utk lebih privacy
3. dewan mess pegawai kanan polis ipon (harga tak sure, tapi bagi mereka yg ada jawatan dalam polis, lebih senang nak buat disini)
4. dewan rapat setia ipoh (rm1500-2000)
5.dewan dato ahmad said, kg sungai rokam ipoh (rm 500)
6. Dewan risda ipoh (berdekatan dgn JPJ ipoh) rm 1500
7. Dewan RTC simpang pulai rm1500-2000 ( permohonan buat masa ni ditutup, boleh kontek mereka smula by december- kononnya suda tidak mahu disewakan kepada awam)
8. Dewan tabung haji ipoh di medan kidd rm 1500 (buat masa ni permohonan di tutup jugak, sebab ada renovation, boleh kontek mereka semula by january next year)
9. ipoh town hall di depan stesen kereta api ipoh (rm1500)- kene isi borang , tunggu nasib dpt ke tak, kalau ada cable lagi senang.
10. MH hotel ipoh, sebelah jaya jusco kinta city ipoh, -boleh sewa dewan sahaja rm9000 utk 5 jam
11. Tai thong/tropicana grand ballroom - sebelah casuarina ipoh dewan sahaja rm 6500 muat 30 meja bulat, rm13000 muat 60 meja.
12. dewan UMNO sebelah casuarina ipoh ( permohonan tutup utk tahun depan) maybe sape ada cable bleh dapat
13. Dewan SUK (setiausaha kerajaan negeri) jalan pglima bukit gantang - pun tutup -maybe siapa ada cable pon bleh dpt jugak.
14. ipoh royal golf club - rm10k member rm12k non member
15. dewan ILP ipoh
16. Dewan St John ambulan ipoh

tropicana grand ballroom

outdoor
1. sunway lagoon ipoh beach wedding - rm110 per pax (skali makanan)
2. adonis bridal house - rm70-180 per pax (sekali makanan)
3. P.O.R.T ipoh , ada stage bagai rm 1500 sewa tempat sahaja
4. D'Polo restaurant (berdepan dengan padang polo ipoh) harga tak tau

ps: sila book sekurang kurangnya 1 tahun sebelum , apalagi kalau yg berniat nak buat masa cuti sekolah, susah beb..




Monday, June 23, 2014

Emergency department with the so not emergency patient

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, sudah hampir 7 bulan aku bekerja dekat emergency and trauma department ni a.k.a ETD

walaupun cuma jangka masa yg singkat, namun pelbagai cerita, suka duka, pahit manis dapat dirasakan di ETD ni.

tapi benda yg paling nak ditekankan dalam post ni adalah, keluhan dan rintihan kami sebagai pegawai perubatan dalam melayani pesakit2 di ETD.

untuk perhatian para pengguna, para pesakit. di dalam ETD, biasanya kami di bhagikan kepada 3 zone. zone merah, kuning dan hijau. 

zone merah : perlu dilihat dengan segera.
zone kuning : perlu dilihat dalam masa 30 minit
zone hijau : perlu dilihat dalam masa 90 minit.

pesakit2 dibahagikan kepada zone2 ini berdasarkan pada betapa kritikalnya kondisi mereka.

untuk hospital2 kerajaan adalah susah untuk kami memenuhi kriteria masa rawatan diatas disebabkan kurangnya kakitangan dan pegawai perubatan, dan pesakit yg selalu menjadi mangsa adalah pesakit di zone hijau. ini kerana kami perlu mengutamakan mereka yg lebih kritikal dari anda. bukan kami sengaja tidak mau melayani pesakit2 di zone hijau.

adalah sedih kecewa dan pilu hati, apabila kami diherdik, di kutuk di laman sosial, di hina apabila kami gagal melihat pesakit2 di zone hijau secepatnya. kami cuma manusia, bukanlah robot . dan kami tidak dapat membelah membahagi badan kepada 4 bahagian dalam masa.

apa yang paling mengecewakan adalah mereka yang marah-marah dan memaki hamun hanyalah pesakit yang cuma datang dengan keluhan batuk dan selesa bermula hanya beberapa jam yang lalu. kadang ada yang terus masuk kedalam bilik doktor, mau dirinya dilihat dahulu. tidak boleh bersabar sudah? kamu cuma bayar RM1 sama seperti pesakit lain, tapi kenapa kamu tidak boleh bersabar seperti yang lain?

sepanjang beberapa bulan saya di ETD ni ada beberapa pesakit yang saya sendiri tidak faham kenapa mereka sanggup datang jam 2-3 pagi sedangkan mereka boleh datang lebih awal? saya faham kalau ibu bapa yg risaukan anak2 kecil mereka, tetapi bagaiman dengan yang lain? sebagai contoh yg saya jumpa.

1. jam 3 pagi datang ke hospital kerana siang tadi terlupa ada temu janji dengan doktor pakar di hospital. jadi datang sekarang hanya kerana hendak mendapatkan tarikh temu janji yang baru. disuruh ambil temu janji baru besok sahaja di klinik pakar, malah menjadi marah dan memaksa saya utk telefon doktor department lain hanya sekadar untuk mendapatkan tarikh baru buat dia. dah dapat  tarikh baru, tak puas hati , minta temu janji lebih awal..... 

2. datang jam 2 pagi, kononnya anak tak dapat tidur, batuk selesema. bila saya tanya anak beliau, adik sakit dah berapa lama, si anak diam je. kemudia si ibu ckp, bgtau la doktor, kamu sakit apa.. terkejut bila anak cakap, " mana ada saya sakit ibu, kan ibu yg sembang dgn ayah tadi nak datang hospital MC"...

3. datang jam 3.30 pagi, doktor, saya mau ubat, saya ada itu sendawa dari jam 3 tadi, tidak pandai hilang. saya tanya kenapa ko ada sendawa, ko minum ka tadi? pesakit cakap, yalah, tadi minum2 dengan saya punya kawan.. doktor saya mau ubat yg boleh terus hilang cepat ok.

dan macam2 lagi.. 

perlu ke datang jam2,3 pagi utk sakit2 macam ni..? bukan kami melarang, tapi cuba lah reasonable skit. sgt tidak cemas dan trauma. 

adohai....hahaha..

apa2 pun, aku enjoy kerja di jabatan ni sementara menunggu kekosongan di jabatan pembedahan..

till then peeps.

p/s : pesanan dari aku, kalau setakat baru sehari dua batuk demam selesema, tak payah la p hospital, beli je ubat kat farmasi. pegi hospital lagi mendedahkan diri anda kepada byk penyakit walaupun aku tau sebenarnya korang dtg sebab kat spital dgn hanya rm1, anda boleh dapat macam2 ubat. so, kalau rasa boleh tunggu lama, sila la dtg. peace!

wslm, selamat berpuasa!


dr3142







Thursday, May 15, 2014

i still dont understand! penyesalan jadi doktor?

salam subuh semua..hehe.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk mengerjakan solat subuh pada hari ni.. tiba2 terdetik nak usik blog aku ni.. merajuk dah dia, tak kene belai berapa bulan dah.. heheh..

1st thing is, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinNya aku berjaya tamatkan latihan housemanship aku tepat 2 tahun seperti yg dikehendaki oleh KKM. dulu tak sabar nak habis HO, sekarang dah jadi MO, byk bebanan yg ditanggung, sebab sekarang dah tak bleh nak discuss2 dengan MO dah, but dah kena start buat keputusan sendiri..

well, aku sgt berminat dengan surgery, tapi kerana tiada kekosongan, aku dicampakkan ke department kecemasan dan trauma sementara menanti kekosongn yg tidak tahu kapan akan tiba. mungkin terus balik semenanjung je nnti.. heheh...

kehidupan di unit emergency and trauma department atau nama glam dia ETD, sangat menguji diri ni. dari segi tahap kesabaran, tahap kekuatan mental, tahap kepintaran, tahap membuat keputusan dan pelbagai tahap lain.. hahaha.. sangat menarik, but then sangat scary.. hahah.. yelakan, dalam hospital ETD adalah first liner. semua pesakit ETD yang terima dahulu.. kat sinilah kita kene perah otak, memikirkan diagnosa2 penyakit yg dimiliki pesakit dan menstabilkan pesakit2 yg tidak stabil sebelum dibawa ke wad2 yg berkenaan..

okay cukup disitu.. tujuan aku menulis hari ni, bukanlah sebab nak cerita pasal pengalaman aku kat etd, which is nnti aku akan buat post lain la pasal pengalaman di ETD.

tujuan aku menulis hari ni adalah kerana aku masih tidak faham kenapa masih ramai pelajar2 yang masih tergila gilakan bidang medic ni.. khususnya doktor perubatan.

mungkin mereka tidak sedar bidang ini sangat tough. dan mungkin mereka tidak sedar lambakan pelajar perubatan sekarang yang lambat laun akan menyebabkan adanya lambakan doktor2 di Malaysia yang sekarang sudahpun dapat dilihat.

setiap tahun, malaysia akan melahirkan tidak kurang dari 4000++ doktor pelatih. dah banyak sgt sekarang. rakan2 saya yg menjalankan housemanship di semenanjung yg telahpun mula menjadi medical officer, banyak yg "floating" kerana tidak banyak tempat atau kekosongan di hospital2 semenanjung untuk jawatan itu. ada yang kena floating di bank darah, di makmal perubatan dan pelbagai lagi.

doktor2 contract yang diambil dari negara luar contohnya india, myanmar, pakistan, pun mulai tahun ini sudah tidak lagi boleh menyambung contract mereka setelah expired kerana memberi ruang kepada doktor2 tempatan untuk bekerja. 

ini merupakan satu situasi yang mengkhuatirkan. apa lagi buat adik2 yg baru sahaja berjinak2 sebagai medical student.

bukan saya ingin menakutkan. tapi ini adalah hakikatnya. sedangkan saya sendiri berasa takut kerana ini bermakna saya kena cepat untuk mengambil master atau spesialisasi. kerana dengan kadar graduasi pelajar2 perubatan, tidak mustahil dan sudah pasti perebutan kerusi untuk mengambil master akan terjadi.

ada ura2 yang mengatakan mungkin akan bermulanya sistem kontrak untuk medical officer. dengan erti kata lain, kalau u bagus kontrak u kene sambung, kalau u kurang bagus, u harap la org lain lebuh kurang bagus, kalau tak, bye2.. kalau sampai ini terjadi, mmg makin banyak la klinik2 swasta tumbuh yg sekarang ni pun dah macam cendawan tumbuh selepas hujan.

competition semakin hebat, kene kuat kalau nak berada didalam bidang ni.. seriusly aku pun tak hebat mana pun. tapi cuba untuk menghebatkan diri, kalau tidak, susah nak pegi lebih jauh.

itulah sebabnya aku tak faham kenapa masih ramai nak amik medic.

seriously bagi mereka yg belum terlambat, tolonglah fikir masak2 betulke memang nak ambil medic. lainla kalau mmg korang dah minat sangat. macam dalam post saya sebelum ni, saya dah cakap, tak semestinya result power kene amik medic. tidak sama sekali. ambilllah bidang lain. sebelum anda menyesal.

mak ayah pun, jgnla paksa anak2 tu amik medic, kalau mereka tak mampu, takpayahla sanggup habiskan duit hantar anak keluar negara. medic tu tak menjanjikan kekayaan. banyak bidang lain yg boleh buat duit. serious. apalagi sekarang kita dah masuk zaman dimana tahap pendidikan bukan lagi penentu derajat kekayaan seseorang.

dan sekali lagi, saya bukan nak melemahkan semangat kamu semua.. tapi ini adalah hakikatnya. sesuatu yg kamu kene hadapai apabila kamu grad nanti kalau kamu ambil bidang ni.. syukur sebab adik saya dengar cakap saya dan dia ambil doktor gigi walaupun dia juga dapat tawaran biasiswa untuk mengambil perubatan.

huerm cukup tu saja la kut. renung dan fikir fikirkanlah.

sekian.

wassalam
dr3142