Monday, November 23, 2015

BPH, bengkak kelenjar prostat, benign prostate hyperplasia.. bende tu??


                                                          assalamualaikum dan apa khabar..  

lama dah tak menhupdate blog ni... bersin2 aku dibuatnya tiup debu kat blog ni.. hehe...anyway  hari ni nak share skit pasal penyakit yang paling   sering kena pada orang lelaki dan paling banyak aku tengok di klinik.

BPH @ benign prostate hyperplasia @ pembengkakan kelenjar prostat adalah meruapakan penyakit yang sering dialamai oleh lelaki terutama yg berusia 60 tahun keatas. kadang2 ada yg dpt mengalaminya seawal 50 tahun. jadi apa tu prostat. prostat merupakan kelenjar yg terdapat pada setiap lelaki, terletak di bawah pundi kencing, dan terdapat saluran kencing melaluinya. fungsi prostat sendiri  adalah mengasilkan semen (cairan) untuk sperma.,

saiz prostate normal adalah dalam 20g. dan akan membesar apabila kita semakin tua.. ianya akan terjadi pada semua orang.. cuma bezanya ada yang tidak bernasib baik, pemberannya akan datang bersama symptom yg tidak best. dan ada pula datang bila umur dah lebih dari 80 tahun. apa2 pun ini semua kuasa tuhan,



Gejala2 BPH
gejala2 BPH boleh la rujuk kat table atas ni haa..
so bahaya ke BPH ni? bahaya tu takla.. cuma simptom dia tu troublesome.
so apa kita kene buat bila ada BPH ni???
ok untuk mereka yang pertama kali datang dengan gejala BPH, selalunya kami akan melakukan pemeriksaan DRE (digital rectal examination) dengan memasukkan jari kedalam lubang najis anda untuk melihat/merasa konsistensi, saiz, permukaan prostate anda.
kemudia kami akan menghantar satu tes darah yang bernama PSA (prostate spesific antigen).
USG juga akan dilakukan sekiranya perlu.

kemudian anda akan diberikan ubat utk prostate.
selalunya urutan perubatan dia macam ni.. ni secara general la k..
kita start dengan satu jenis ubat dari kategor alpha blocker.. (terazosin, alfuzosin ) ni guna dia utk kasi relax "otot" prostate.
jika ubat ini sudah dimaksimumkan tapi masih ada symptom, kita akan beri satu lagi ubat dari golongan 5a reductase inhibitor, ni guna dia kt hormon testosteron, susah skit nak explain.
kalau dengan dua ubat ni pon masih ada sympton, kita akan offer patient utk operation (TURP) transurethral resection of prostate. lagi2 pada mereka yg selalu datang dengan keluhan tidak boleh kencing sehingga memerlukan host/catheter utk kencing.

selain tu kita tgk jugak keputusan darah PSA yang kita ambil. selalunya normal PSA less than 5 ng/ml. kalau lebih, kita akan ulang balik selepas beberapa bulan kita start ubat tadi. TETAPI jika nilai PSA lebih dari 5 utuk beberapa kali bacaan, kita akan offer pesakit utk biopsy (TRUSS biopsy) utk mengambil sample prostate secubit dua utk diahntar ke makmal. ini kerana apabila PSA persistent tinggi kita khuatir pesakit menghidap kanser prostat.

perlu diingat juga sekiranya PSA anda kurang dari 5 tetapi anda memiliki gejala2 BPH, anda masih perlu dirawat dengan ubat2 yang saya bagitau tadi..

dan ingat! KANSER prostat kalau ditermui dan dirawat dengan cepat akan dapat diawat sepenuhnya.

jadi apa lagi... sekiranya anda lelaki, berumur terutama 50 tahun dan keatas. memiliki gejala2 tersebut, segeralah ke klinik berhampiran dan minta utk dijalankan pemeriksaan.

sekiranya ada sebarang pertanyaan, jgn segan jgn malu.

boleh email saya di carz3142@gmail.com

sayangilah prostat anda!! hehehe

salam

dr3142