Monday, June 23, 2014

Emergency department with the so not emergency patient

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, sudah hampir 7 bulan aku bekerja dekat emergency and trauma department ni a.k.a ETD

walaupun cuma jangka masa yg singkat, namun pelbagai cerita, suka duka, pahit manis dapat dirasakan di ETD ni.

tapi benda yg paling nak ditekankan dalam post ni adalah, keluhan dan rintihan kami sebagai pegawai perubatan dalam melayani pesakit2 di ETD.

untuk perhatian para pengguna, para pesakit. di dalam ETD, biasanya kami di bhagikan kepada 3 zone. zone merah, kuning dan hijau. 

zone merah : perlu dilihat dengan segera.
zone kuning : perlu dilihat dalam masa 30 minit
zone hijau : perlu dilihat dalam masa 90 minit.

pesakit2 dibahagikan kepada zone2 ini berdasarkan pada betapa kritikalnya kondisi mereka.

untuk hospital2 kerajaan adalah susah untuk kami memenuhi kriteria masa rawatan diatas disebabkan kurangnya kakitangan dan pegawai perubatan, dan pesakit yg selalu menjadi mangsa adalah pesakit di zone hijau. ini kerana kami perlu mengutamakan mereka yg lebih kritikal dari anda. bukan kami sengaja tidak mau melayani pesakit2 di zone hijau.

adalah sedih kecewa dan pilu hati, apabila kami diherdik, di kutuk di laman sosial, di hina apabila kami gagal melihat pesakit2 di zone hijau secepatnya. kami cuma manusia, bukanlah robot . dan kami tidak dapat membelah membahagi badan kepada 4 bahagian dalam masa.

apa yang paling mengecewakan adalah mereka yang marah-marah dan memaki hamun hanyalah pesakit yang cuma datang dengan keluhan batuk dan selesa bermula hanya beberapa jam yang lalu. kadang ada yang terus masuk kedalam bilik doktor, mau dirinya dilihat dahulu. tidak boleh bersabar sudah? kamu cuma bayar RM1 sama seperti pesakit lain, tapi kenapa kamu tidak boleh bersabar seperti yang lain?

sepanjang beberapa bulan saya di ETD ni ada beberapa pesakit yang saya sendiri tidak faham kenapa mereka sanggup datang jam 2-3 pagi sedangkan mereka boleh datang lebih awal? saya faham kalau ibu bapa yg risaukan anak2 kecil mereka, tetapi bagaiman dengan yang lain? sebagai contoh yg saya jumpa.

1. jam 3 pagi datang ke hospital kerana siang tadi terlupa ada temu janji dengan doktor pakar di hospital. jadi datang sekarang hanya kerana hendak mendapatkan tarikh temu janji yang baru. disuruh ambil temu janji baru besok sahaja di klinik pakar, malah menjadi marah dan memaksa saya utk telefon doktor department lain hanya sekadar untuk mendapatkan tarikh baru buat dia. dah dapat  tarikh baru, tak puas hati , minta temu janji lebih awal..... 

2. datang jam 2 pagi, kononnya anak tak dapat tidur, batuk selesema. bila saya tanya anak beliau, adik sakit dah berapa lama, si anak diam je. kemudia si ibu ckp, bgtau la doktor, kamu sakit apa.. terkejut bila anak cakap, " mana ada saya sakit ibu, kan ibu yg sembang dgn ayah tadi nak datang hospital MC"...

3. datang jam 3.30 pagi, doktor, saya mau ubat, saya ada itu sendawa dari jam 3 tadi, tidak pandai hilang. saya tanya kenapa ko ada sendawa, ko minum ka tadi? pesakit cakap, yalah, tadi minum2 dengan saya punya kawan.. doktor saya mau ubat yg boleh terus hilang cepat ok.

dan macam2 lagi.. 

perlu ke datang jam2,3 pagi utk sakit2 macam ni..? bukan kami melarang, tapi cuba lah reasonable skit. sgt tidak cemas dan trauma. 

adohai....hahaha..

apa2 pun, aku enjoy kerja di jabatan ni sementara menunggu kekosongan di jabatan pembedahan..

till then peeps.

p/s : pesanan dari aku, kalau setakat baru sehari dua batuk demam selesema, tak payah la p hospital, beli je ubat kat farmasi. pegi hospital lagi mendedahkan diri anda kepada byk penyakit walaupun aku tau sebenarnya korang dtg sebab kat spital dgn hanya rm1, anda boleh dapat macam2 ubat. so, kalau rasa boleh tunggu lama, sila la dtg. peace!

wslm, selamat berpuasa!


dr3142